Buffet Ramadan 2023 : Berbuka Puasa di BBQ Lamb Kemensah

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini aku berpeluang ke BBQ Lamb Kemensah dan mencuba makanan berbuka puasa walaupun belum masuknya bulan puasa lagi. Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke lokasi popular ini.

Aku yakin pasti ramai yang pernah ke BBQ Lamb Kemensah kan? Kepada yang tak tahu, lokasi BBQ Lamb Kemensah ini terletak berdekatan dengan laluan ke Zoo Negara. Menariknya, di sini terdapat sungai yang airnya mengalir jernih dan pengunjung di sini dapat makan di dalam sungai! Satu konsep yang sangat menarik.

BUFFET RAMADAN 2023: BBQ LAMB KEMENSAH


Baiklah, kepada anda yang masih mencari lokasi dengan makanan yang sedap dan harga yang cukup berbaloi, aku sarankan untuk anda cuba berbuka puasa di BBQ Lamb Kemensah. Kerana apa? Pertamanya terdapat pelbagai makanan yang sedap-sedap belaka terutamanya signature mereka iaitu makanan ber'smoked.



Antara yang anda boleh cuba di sini adalah seperti 'smoked chicken, smoked tenderloin, smoked lamb shoulder' dan semestinya 'smoked duck' dan makanan laut.





Selain itu, terdapat juga makanan dan lauk tradisional melayu yang anda boleh dapatkan di sini seperti gulai daging salai, kari ikan, 'lamb varuval,' ayam masak merah, sup kambing, ikan masak 3 rasa masam dan manis, rendang ayam, 'egg tofu with black fungus,' 'fried chicken with Kam Heong Sauce,' dan pelbagai lagi.












Untuk anda yang mungkin membawa anak kecil dan mungkin selera mereka lebih kepada makanan barat, jangan risau kerana makanan barat turut disediakan seperti carbonara, salad dan spaghetti.




Untuk minuman dan manisan pula, BBQ Lamb Kemensah menyediakan air sirap bandung, lai ci kang, ais kacang dan buah-buahan sebagai pencuci mulut.





HARGA BUFFET RAMADAN BBQ LAMB KEMENSAH

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula tentang harga. Untuk harga buffet Ramadan di BBQ Lamb Kemensah mempunyai tiga harga mengikut tarikh dan minggu yang anda akan datang. Berikut adalah harga mengikut tarikh berbuka puasa;
  • TARIKH : 23 MAC  - 31 MAC 2023
  • DEWASA :  RM68/pax.
  • KANAK-KANAK 6 -12 TAHUN / WARGA EMAS : RM45/pax

  • TARIKH :  1 APRIL - 7 APRIL 2023
  • DEWASA : RM78/pax.
  • KANAK-KANAK 6 -12 TAHUN / WARGA EMAS : RM45/pax

  • TARIKH : 8 APRIL - 18 APRIL 2023
  • DEWASA :RM88/pax.
  • KANAK-KANAK 6 -12 TAHUN / WARGA EMAS : RM50/pax

BBQ LAMB KEMENSAH




Lokasi: BBQ Lamb KL Kemensah, Jalan Taman Zooview, 
Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor 

Facebook : https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah/
Instagram : https://www.instagram.com/bbqlambklkemensah/


Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, anda boleh WhatsApp atau Call di 012-211 4100 

SEKIAN

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم