Enrichz Platform E-Dagang Bantu Usahawan Jana Pendapatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulilah, baru-baru ini telah berlangsungnya Soft Launch untuk sebuah laman web e-dagang iaitu Enrichz di Sunset Glasshouse, Bora Ombak, Putrajaya. 

ENRICHZ MENJADI PLATFORM E-DAGANG BUAT PENGGIAT INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA.


Enrichz merupakan sebuah platform e-dagang di mana menawarkan para pemilik perniagaan untuk memasarkan produk dan jualan mereka dengan lebih mudah. 

Menyedari tentang dunia yang semakin berkembang, terutamanya dalam urusan penjualan pelbagai produk melalui laman web dan aplikasi, platform Enrichz membolehkan untuk pemilik produk untuk peraga barangan mereka tanpa mengira jenis perniagaan. 

Konsep yang diperkenalkan juga menarik iaitu sesiapa boleh memperagakan produk mereka di platform Enrichz dan dalam masa yang sama tiada produk yang sama dijual melalui ejen atau stokis di platform ini. Pemilik perniagaan atau HQ sendiri adalah penjual di platform ini, sekaligus dapat memaksimumkan keuntungan. 

Dimiliki oleh Enrichz Networth Sdn Bhd, perancangan untuk membina laman web e-dagang bermula untuk membantu usahawan sekitar tahun 2020. Alhamdulillah, di tahun 2023 platform Enrichz mula beroperasi dan selepas sahaja soft launch, lebih 100 pengguna telah berdaftar manakala sasaran yang ditetapkan untuk tahun 2023 ini pula adalah untuk mencapai jumlah 100,000 pengguna berdaftar. 


SHOP, SHARE & SMILE


Shop, Share dan Smile  merupakan slogan Enrichz  yang  memberi kelainan  melalui keuntungan berganda  dalam ekosistem yang kondusif. Lebih banyak membeli, lebih banyak ganjaran diperolehi. Lebih ramai dikongsi, lebih selalu tersenyum sendiri!

Platform  perniagaan dalam talian  yang menggunakan konsep gabungan E-Dagang dan Rangkaian Pemarasan (Network Marketing) ini mampu menarik ramai pengguna membeli-belah tanpa sebarang kerisauan kerana produk-produk yang dipasarkan terpilih dan terjamin kualitinya. 


Di samping itu, Enrichz menyediakan ekosistem yang memberikan keuntungan secara menang-menang kepada pengguna dan pembekal.

Enrichz menawarkan tawaran khusus iaitu Enrichz Earn yang mampu membantu meningkatkan ekonomi diri tanpa mengira latar belakang pendidikan mahupun sosio-ekonomi. 

Pelancaran  Enrichz hari ini membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama meneroka platform E-Dagang yang akan memberi impak positif terhadap perubahan pada corak pembelian masa kini.


Pengarah Urusan Enrichz, Encik Fadzli Aziz berkata ;

”Enrichz bukannya platform untuk bersaing dengan platform E-Dagang yang lain, tetapi kewujudannya adalah untuk melengkapkan ekosistem pembelian yang memberi ganjaran dengan hanya membeli, berkongsi dan mencadangkan produk-produk di dalam platform kepada rakan-rakan”.

Sejurus selepas pelancaran, Enrichz bersedia menerima pelbagai penyertaan daripada pelbagai pihak yang ingin mendaftar sebagai Enrichz member (PRORICHZ). 

KELEBIHAN PLATFORM E-DAGANG ENRICHZ



SHOP - Alami pengalaman sempoi membeli-belah di Enrichz dengan mudah untuk pelbagai barangan keperluan yang berkualiti terjamin dengan harga yang berpatutan.

Sistem Enrichz memberikan nilai Enrichz Value (EV) kepada setiap pembelian anda bagi melengkapkan pengalaman sempoi, apabila mencapai syarat-syarat Members Level anda.


SHARE - Manfaatkan rangkaian kenalan dan follower anda dengan berkongsikan link PROrichz anda untuk mereka mendaftarkan diri secara percuma! Kini mereka akan lebih terhubung dengan anda dalam satu rangkaian yang tiada had.

Portal Enrichz anda akan merekodkan nilai EV pembelian terkumpul rangkaian anda pada setiap hari! Lagi banyak nilai EV yang terkumpul, lagi tinggi peluang anda dan rakan rangkaian anda mencapai ganjaran-ganjaran Enrichz Earn! Betul-betul sempoi.

SMILE - Pastinya ganjaran memberikan senyuman! Nikmati ganjaran Enrichz Earn apabila anda dan rangkaian anda berbelanja, berkongsi dan bersiaran langsung di media sosial. Semakin banyak ganjaran anda, semakin lebarlah senyuman itu.


Jom daftar dan membeli belah di Enrichz!

Enrichz Mall : https://enrichz.com/
Instagram : https://instagram.com/enrichz_mall

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم