Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Sukar Tidur Dan Stres

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pada zaman yang mencabar sekarang ni ramai di antara kita yang mengalami stres, kemurungan dan gangguan mental disebabkan pelbagai faktor. Antaranya seperti tekanan di tempat kerja, tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, putus cinta, masalah keluarga dan banyak lagi. 

Aku pasti semua antara kita pernah mengalami stres kan? Tak ada orang di dunia ni tak pernah alami stres. Lagi-lagi zaman sekarang ni yang terlalu banyak cabarannya. 

Bila bercerita mengenai stres, aku nak kongsikan sedikit mengenai pengalaman stres sewaktu aku belajar dulu dan apa kaitannya dengan tidur yang cukup boleh mengawal stres.

Sekitar tahun 2017 dan 2018 di mana aku sedang menghabiskan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda, aku dapati bahawa sepanjang semester aku akan rasa tertekan. Tertekan dengan subjek yang banyak, kerja-kerja kumpulan dan juga thesis yang perlu dihabiskan untuk mendapat segulung ijazah. Aku pasti korang juga pernah lalui apa yang aku lalui.

Antara saranan yang aku dapat daripada pensyarah adalah, selain tenangkan diri perlulah dapatkan tidur yang cukup. Bila aku fikirkan balik, memang waktu tidur aku ketika itu tunggang langgang. Kadang-kadang ada malam yang aku tak tidur langsung. Patutlah waktu kelas selalu mengantuk dan mudah stres. 

Kadang tu walaupun mata mengantuk aku tetap paksa juga nak siapkan tugasan, tapi jadi sebaliknya pula. Aku jadi tak fokus dan tugasan yang nak disiapkan jadi lambat nak siap. Apa yang aku buat asyik tak menjadi sehingga membuatkan aku bertambah stres.

Setelah sedar dengan kesilapan yang dibuat, aku mula susun balik waktu tidur dan  susun juga jadual untuk buat setiap tugasan yang diberikan mengikut subjek. Alhamdulillah, stres makin berkurangan dan aku berjaya habiskan semester dengan jayanya.

Melalui pengalaman yang aku lalui ni, kat sini aku nak tekankan, tidur yang cukup amat penting untuk badan dan minda kita supaya dapat rehat yang secukupnya. Ini membantu kita lebih fokus dengan apa yang kita nak buat keesokan harinya. Berjaga malam atau memaksa mata dan badan bekerja lebih dari had yang sepatutnya bukanlah sesuatu yang sihat. Malah ia boleh mengundang banyak keburukan berbanding kebaikan. 

Bila badan dan minda tak dapat rehat secukupnya, badan kita akan rasa letih, lesu dan tak bertenaga. Minda kita pula akan jadi bercelaru menyebabkan kita mudah naik angin, rasa tertekan dan tidak fokus. Paling bahaya kita berisiko tinggi untuk diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan serangan jantung. 

Aku tau ramai orang di luar sana yang mengalami tekanan sehingga menyebabkan sukar nak tidur malam kerana terlalu memikirkan banyak perkara. Aku juga pernah laluinya. Aku hanya mampu memberikan nasihat supaya jaga waktu tidur kita. Tidur dengan secukupnya dan elakkan tabiat tidur lewat.

Tidur Lebih Mudah Dengan Eskavie Mindtropic


Kalau korang ada masalah sukar nak tidur waktu malam, aku syorkan untuk cuba Eskayvie Mindtropic. Eskayvie Mindtropic ni diformulasikan oleh formulator produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Eskayvie Mindtropic dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan 100% semula jadi untuk membantu menyokong kesihatan minda dan mengatasi masalah susah tidur serta membantu mendapatkan tidur yang nyenyak.

Eskayvie Mindtropic ni dah berjaya bantu ramai orang untuk lebih mudah tidur dan dapatkan tidur yang lena. Banyak maklumbalas pengguna yang berkongsi pengalaman mereka selepas mencuba dan mengamalkannya. Korang boleh lihat sendiri feedback mereka di bawah ni.


Kalau dahulu, tiap kali nak bangun pagi mesti liat nak bangun. Tapi sejak amalkan Eskayvie Mindtropic, dapat tidur dengan lena dan mudah bangun pagi. Bangun tidur pun rasa fresh je dan dapat mulakan hari dengan ceria dan bertenaga. Bila kita dapat tidur yang secukupnya, kita akan lebih bersemangat dan ceria untuk lakukan aktiviti harian.


Serius rasa penat dan tertekan kalau terpaksa cover kerja orang lain. Siapa yang pernah laluinya je yang tahu. Tapi pengguna ni rasa cool je walau pun kerja banyak sejak amalkan Eskayvie Mindtropic. Walaupun tidur lewat tak ada masalah bangun pagi kerana badan rasa fresh dan bertenaga.


Jika sebelum ni susah nak tidur tapi kini pengguna ni dapat tidur dengan lena dan mudah bangun awal. 

Di bawah ni pula video perkongsian daripada salah seorang pengguna Eskayvie Mindtropic. Korang boleh tonton dan dengar perkongsian daripada beliau.


Encik Syukri, 32 tahun, mengalami sukar tidur malam. Disebabkan masalah ini, beliau cepat letih, susah nak fokus, panic attack dan anxiety. Alhamdulillah! Syukur. Kini beliau dapat tidur yang berkualiti, badan rasa segar dan fokus dalam menjalani kehidupan seharian.

Hebat Sangat Ke Eskayvie Mindtropic Ni?


Bagi aku Eskayvie Mindtropic ni sangat la hebat kerana ia dah bantu ramai orang dalam menyelesaikan masalah sukar tidur. Aku pasti, ramai diantara kita yang mengalami masalah sukar nak tidur malam. Lagi-lagi mereka yang semakin meningkat usianya. Masalah kesihatan antara punca mereka sukar nak tidur. Bila tak dapat tidur yang secukupnya, lagilah kesihatan mereka akan merosot. Jadi dengan adanya Eskayvie Mindtropic ni, ia dapat membantu mereka lebih mudah tidur dan dapatkan tidur yang lena.


Kelebihan Eskayvie Mindtropic

  • 100% Bahan Semula Jadi
  • Rasa Tropika Yang Enak
  • Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan
  • Tanpa Gula Tambahan
  • Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award


Manfaat Eskayvie Mindtropic

  • Mengatasi gejala Brain Fog (kabut otak)
  • Merangsang perkembangan sel otak
  • Menguatkan memori
  • Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan
  • Menjadikan mood & emosi lebih terkawal
  • Membantu dapatkan tidur yang lebih lena
  • Menjadikan lebih ceria & gembira
  • Meningkatkan kesihatan tulang & otot

Kalau korang tengok pada bahan-bahan yang digunakan di dalam Eskayvie Mindtropic ni pun ada banyak kelebihan dan manfaatnya tau. 

Di bawah ni adalah 5 bahan utama yang ada dalam Eskayvie Mindtropic.

1. PHOSPHATIDYLSERINE



  • Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. Tapi faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda.
  • Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA dari usia asal. 
  • Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir pada tahap optima.


2. ASHWAGANDHA KSM-66


  • Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.
  • Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).
  • Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.
  • Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.

3. BACOPA MONNIERI


  • Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.
  • Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.
  • Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.

4. MAGNESIUM



  • Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak.
  • Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.
  • Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).


5. SELENIUM

  • Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak dari kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.
  • Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.

Cara Pemakanan Eskayvie Mindtropic


Cara pemakanan Eskayvie Mindtropic ni sangat mudah ya sebab ianya dalam bentuk tablet kunyah dan sesuai diambil tanpa air.

Untuk orang dewasa, disyorkan mengambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan. Manakala untuk kanak-kanak berumur 13-17 tahun pula disyorkan mengambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.

Cara penyimpanannya pula, perlu disimpan di bawah suhu 30C dan terlindung dari cahaya kelembapan. Suhu bilik dah mencukupi.


Kurangkan Stres Dengan Semburan Aromaterapi Eskayvie Neuscential Calme



Eskayvie ada keluarkan produk terbarunya iaitu Eskayvie Nuescential Calme yang boleh digunakan bersama-sama Eskayvie Mindtropic. Fungsinya adalah untuk membantu mengatasi masalah sukar nak tidur waktu malam, membantu tidur lebih nyenyak dan mengurangkan stres. 

Korang boleh tonton video perkongsian Puan Nurizzati binti Safuan, 45 tahun yang mengalami masalah sukar tidur. Asbab penggunaan Eskayvie Nuescential Calme, kini Puan Nurizzati lebih mudah tidur dan dapat tidur dengan lena.


Eskayvie Nuescential Calme dihasilkan dalam bentuk semburan aromaterapi. Jadi ia boleh digunakan di mana-mana sahaja. Dibawah ni antara kebaikan Eskayvie Nuescential Calme:

  • Mengurangkan simptom berkaitan gangguan tidur dan kepenatan serta meningkatkan kualiti kehidupan
  • Mengurangkan stress
  • Membantu untuk tidur lebih lena
  • Meningkatkan aktiviti otak yang penting untuk memberi kesan menenangkan 
  • Mengandungi bahan aktif yang bertindak seperti bahan sedatif untuk memberi kesan relaks dan bertenang. 
  • Membantu mengurangkan simptom anxiety dan depresi.

Tahniah dan syabas aku ucapkan kepada Eskayvie kerana mengeluarkan produk yang banyak membantu orang ramai untuk lebih mudah tidur dan dapatkan tidur yang lebih lena. Aku harap dengan kedua-dua produk dari Eskayvie ni dapat bantu lebih ramai orang diluar sana. Hidup ini lebih bermakna kalau kita tak selalu stres. Stres bukan sahaja memberikan kesan buruk pada diri sendiri, ia juga akan memberikan kesan buruk pada orang sekeliling kita.

Korang yang berminat nak tahu lebih lanjut atau nak dapatkan Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Nuescential Calme ni bolehlah ke website dan social media mereka pada pautan dibawah.


WEBSITE
www.eskayvie.com

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

FACEBOOK
https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq


#EskayvieMindtropic #JanganStresStres

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم