Bob Rock Clothing (BRC) Raikan Anak-Anak Yatim Rumah Amal Al Firdaus


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini aku berkesempatan menghadirkan diri dalam sebuah majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim yang dianjurkan oleh Bob Rock Clothing (BRC) dan Plaza Shah Alam.  Untuk makluman, majlis berbuka puasa ini dianjurkan bagi meraikan anak-anak yatim daripada Rumah Jagaan Amal Al-Firdaus, Denai Alam.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA RUMAH AMAL AL FIRDAUS ANJURAN BOB ROCK CLOTHING (BRC) DAN PLAZA SHAH ALAM


Bob Rock Clothing (BRC) iaitu sebuah perniagaan menjual pakaian lelaki bersaiz besar turut mengambil kesemaptan untuk mengimarahkan bulan mulia ini dengan menggerakkan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR). Menerusi usaha sama dengan Plaza Shah Alam dan beberapa Pertubuhan NGO lain yang terlibat, sebuah majlis berbuka puasa dan juga majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri telah diadakan di Plaza Shah Alam.


Untuk makluman, seramai 45 orang anak-anak yatim Rumah Jagaan Amal Al Firdaus yang terdiri daripada kanak-kanak berumur dari 1 tahun sehingga 6 tahun diraikan dalam majlis yang berlangsung meriah ini.

Menurut En. Syafiq Azizan, Pegawai Pembangunan Perniagaan Bob Rock Clothing, program seumpama ini merupakan aktiviti rutin BRC setiap kali tibanya Bulan Ramadhan dan menjelangnya hari raya.

"Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk rakan korporat atau badan bukan kerajaan agar lebih banyak lagi golongan yang memerlukan dapat diraikan bersempena bulan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi."

Majlis pada hari tersebut bermula dengan penyerahan bahan keperluan daripada mana-mana pihak dan individu yang bermurah hati menyumbang untuk barang keperluan Rumah Jagaan Amal Al Firdaus. Kemudiannya, majlis diteruskan lagi dengan majlis berbuka puasa dan diakhiri dengan majlis penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Jagaan Amal Al-Firdaus.

Melihat anak-anak yatim dari Rumah Jagaan Amal Al Firdaus cukup gembira apabila diraikan dalam majlis ini, ditambah lagi dengan pemberian duit raya pastinya Aidilfitri kali ini lebih meriah.

Untuk anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program CSR Bob Rock, boleh layari laman sesawang https://www.bobrock.com.my/csr@brc


Antara barangan  yang boleh diberikan kepada Rumah Jagaan Amal Al Firdaus adalah seperti bantuan kewangan, lampin pakai buang (saiz S-XL), pakaian harian (untuk umur 2 tahun hingga enam tahun), berus gigi dan ubat gigi.

Sumbangan juga diperlukan seperti sabun mandi, sabun basuh baju, syampu kanak-kanak, tuala, ubat-ubatan seperti krim ekzema, tikar dan pelapik lembut berlipat.

Selain itu, keperluan makanan harian seperti beras, susu, gula, minyak dan lain-lain juga diperlukan.

Sebarang pertanyaan mengenai kebajikan anak yatim itu boleh berhubung dengan Deen di talian 016-9858197 dan Zuraida 012-3274967. 


LOKASI BOB ROCK CLOTHING

Lot F-15, Level 1
Plaza Shah Alam (Plaza Masalam)
Jln Tengku Ampuan Zabedah E9/E
40100 Shah Alam, Selangor


 SEKIAN

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Bagus la Bob Rock Clothing nie sebab memberi. Moga dimurahkan rezki dan menjadi ikutan peniaga-peniaga yang lain gak.

    ReplyDelete
  2. This is a good initiative and sharing with those less fortunate

    ReplyDelete
  3. Tahniah Bob Rock Clothing. Semoga program CSR ini memberi keberkatan kepada perniagaan pakaian mereka. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Setiap tahun raya sure heard about this BRC bah! tahun ini lagi meriah since mereka adakan CSR program ni untuk meraikan Ramadan bersama rumah anak yatim.. good move!

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post