KOPETRO Perkenalkan Platform proLindung untuk Perbaharui Cukai Jalan & Takaful Kenderaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini berlangsungnya satu majlis pelancaran sebuah platform yang memudahkan untuk orang ramai memperbaharui cukai jalan serta takaful kenderaan iaitu platform proLindung. Diadakan dengan meriah, alhamdulillah, aku turut berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran proLindung dan juga Majlis Aidilfitri KOPETRO yang diadakan pada waktu yang sama.

KOPETRO LANCAR PLATFORM PERBAHARUI CUKAI JALAN & TAKAFUL KENDERAAN DALAM TALIAN PROLINDUNG


Pada 11 Mei yang lalu, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah melancarkan platform dalam talian yang dikenali sebagai proLindung, yang membolehkan pengguna memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan lebih mudah, cepat dan selamat.


Pengerusi KOPETRO, Encik Roslan Abdul Rahim berkata, platform ini merupakan satu lagi inisiatif KOPETRO dalam membantu meningkatkan kualiti hidup anggota koperasi dan masyarakat umum yang menggunakan perkhidmatan mereka.

"Dalam era digital yang semakin pesat, proLindung akan memainkan peranan penting dalam memberikan kemudahan kepada pengguna untuk memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan lebih efisien.Platform ini direka khas untuk memudahkan pengguna dalam memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan hanya beberapa klik sahaja," 

ujar beliau di dalam ucapannya di majlis pelancaran tersebut yang diadakan pada Majlis Aidilfitri 'Raya Bersama' KOPETRO.

Jelasnya, proLindung beraspirasi untuk memberikan perlindungan yang komprehensif kepada semua pelanggan, dan perkara ini diterapkan di dalam nama platform tersebut.


Tambah Encik Roslan, proLindung dihasilkan dengan mengambil kira keperluan dan kehendak pengguna. Beliau juga menyeru kepada semua pengguna untuk mencuba proLindung dan memberi maklum balas kepada mereka semua supaya platform ini dapat diperbaiki dan diperkembangkan.


Turut hadir di majlis pelancaran tersebut, wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Anggota-anggota Lembaga Koperasi, perwakilan-perwakilan, anggota-anggota Jawatankuasa Audit Dalaman dan barisan pengurusan KOPETRO.

Istimewa buat anggota KOPETRO, di samping menawarkan perlindungan menyeluruh, anggota boleh memilih untuk membayar perlindungan takaful secara ansuran melalui potongan gaji setiap bulan. Sempena pelancaran proLindung, KOPETRO menawarkan diskaun sebanyak RM50 buat 50 pelanggan pertama yang mendapatkan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan melalui platform dalam talian proLindung.


Selesai majlis pelancaran, berlangsunglah pula Majlis Aidilfitri anjuran KOPETRO di sini berlangsung pada jam 12 tengah hari sehingga 5 petang, dan dihadiri lebih 2,000 orang tetamu yang terdiri daripada anggota-anggota koperasi, warga kerja KOPETRO dan rakan-rakan niaga koperasi tersebut. 

Pengunjung dijamu dengan aneka juadah Aidilfitri dan menu tempatan seperti Lemang, Nasi Impit, Rendang Ayam, Lontong, Laksa Utara, Nasi Hujan Panas dengan Ayam Masak Merah, Apam Balik dan Cendol.


proLindung boleh dilayari melalui laman web www.proLindung.com.my, selain boleh diikuti di media sosial Faceboook dan Instagram @proLindung untuk mengetahui promosi terkini daripada mereka.

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post