Lirik Lagu : Ayuh - Malique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri (OST Polis Evo 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Penyanyi berbakat besar, Ernie Zakri bergandingan dengan Malique, Kmy Kmo dan Aman RA dalam sebuah lagu yang berjudul Ayuh. Untuk maklumat, lagu ini merupakan lagu runut bunyi bagi filem Polis Evo 3 yang bakal ditayangkan kelak. Sebuah muzik video turut dilancarkan di laman YouTube dan anda boleh tonton di penghujung artikel ini.

LIRIK LAGU : AYUH - MALIQUE, KMY KMO, AMAN RA & ERNIE ZAKRI


Penyanyi : Malique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri 
Lirik :  Kmy Kmo, Aman RA & Malique
Komposer : Malique & Tripdisz

Verse 1 (Kmy Kmo)

Bagi masa tujuh ribu malam aku meditasi
Makan jiwa rasa ketujuh-tujuh Langit juga Bumi
Ramai borak-borak lampu, rohaninya trauma misi
Ramai kejar bayang ampu sedangkan ada setiap sisi
Jejak, dikaji kecoh udara heboh tergopoh-gapah
Sorok yang selok-belok diseluk si kaki papah
Terbelok kau bengkang-bengkok yang molek esok-esok
Bersongkok solek elok kekok lokek kacuk becok, ya yah
Peluruku terbang, landai bukannya tinggi-tinggi
Lengang kuserang, tahu-tahu sakit gigi-gigi
Cuaca terang, pandainya bukan sipi-sipi
Gelarku belang, selera sekawan biri-biri
Balaclavanya hitam, badannya lapis kalis
Aneka logam hitam, tiada yang mampu kalis
Bruno, Steyr, Nato, woah
Marco, Polo, Tango, go 

Chorus

Sila was-was nama yang diseru,
Nanti das-das datang ubat rindu,
Halilintar, malam biru, 
Silakan kalau benar benar jaguh, ayuh 2x
Kalau benar benar jaguh, ayuh
Tiada negosiasi,
Masa untuk aksi,
Nyawa dipertaruh, ayuh 

Verse 2 (Aman RA)

Komandan ketemukan komandan
Usik pucuk kanan, pucuk kiri berkumandang
Berdendang-dendang Ninabobok RPG-7
Musuh dalam selimut boleh tidur
Rimau mati tinggalkan taring, tinggalkan taring
Gajah mati tinggalkan gading, tinggalkan gading
Akta 574 Fasal 440
Dendam sokong membawa rebah terlopong
Hujan darah bila kepala anginku bersiru
Rasakan amarah bergelora dalam diriku
Perang bermalaikat, sabung berjuara
Di mudik sebulankan, di hilir semuara
Balaclavanya hitam, badannya lapis kalis
Aneka logam hitam, tiada yang mampu kalis
Bruno, Steyr, Nato, woah
Marco, Polo, Tango, go 

Ernie (bridge rap)

1 2 3 musuh berlari yang mana mahu diratah sibelang, 
kemana sekali pun kan ku cari tak kira gelita atau benderang,
Mana kepala pendekar, gempita biar aku dampar,
Sila pilih antara dua, neraka ataupun sangkar, 

Chorus

Ayuh! 2x
Kalau benar benar jaguh, Ayuh!
Tiada negosiasi, masa untuk aksi, 
nyawa dipertaruh, Ayuh! 

Verse 3 (Malique) 

Bangkit dari bara lalu dihembusnya nyawa
Saktinya dan aksinya, rencananya bencana
Daktina ke paksina, negara dalam senggara 
Maka pesta, kerja, raya, lena, senggama  tergendala gara
gugat-ganggu hantu dari dasawarsa lalu 
Katanya tagih darah sahih, justifikasi ragu 
Emosi rapuhnya dipagar fasad jago sado
Dendam lama dicandu dibakar ego dan bravado, bravo
Dia Kitol al-Iskariot, dari hero ke sicario
Dari bari dia kembali cari ahli biro di kota dan barrio 
Jari-jarinya menari-nari, cari, tabur, lari-lari Mario
Dari api dia menjadi-jadi, satu di dahi dia kembali O
Balaclavaku hitam, badanku lapis kalis
Aneka logam hitam, siapa yang mampu kalis
Bruno, Steyr, Nato, woah
Marco, Polo, Rambo, go 

Chorus

Sila was was nama yang di seru,
Nanti das das datang ubat rindu,
Halilintar malam biru,
Silakan kalau benar benar jaguh, Ayuh!2x
Kalau benar benar jaguh, Ayuh!
Tiada negosiasi, masa untuk aksi, 
nyawa dipertaruh, Ayuh! Evo.


MUZIK VIDEO RASMI LAGU AYUH - MALIQUE, KMY KMO, AMAN RA & ERNIE ZAKRI (OST POLIS EVO 3)

 

SEKIAN

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم