Think Quran Rasmi Dilancarkan, Pelajari Al-Quran Lebih Mudah & Berkesan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah, baru-baru ini diberi kesempatan untuk hadir ke sebuah majlis pelancaran aplikasi Think Quran di pusat beli belah The Curve, Mutiara Damansara. Majlis pelancaran tersebut diadakan penuh meriah dengan sambutan daripada pengunjung yang turut hadir sempena Think Quran Festival yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 Jun sehingga 18 Jun 2023.

THINK QURAN RASMI DILANCARKAN DI MALAYSIA, HANYA 15 MINIT SEHARI, TINGKATKAN HAFAZAN AL-QURAN

Pelancaran Think Quran, dari kiri: Profesor Dr Muhaya, CEO Think Quran, Dato'Abdul Radzeen bin Abdul Rahman, Timbalan Mufti Sabah, Datuk Ustaz Abdul Manap Bin Lakariba, pemilik Galeri Aura Islam Iskandar Puteri, Dato' Anuar Bin Hassan, bersama Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Paduka Nadzim Johan

Think Quran kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia selepas pertumbuhan jumlah pengguna yang stabil. Memfokuskan kepada kaedah yang mudah dan berkesan untuk mempelajari bahasa al-Quran, hampir 4 juta perkataan Arab yang sudah dipelajari oleh pengguna Think Quran.

“Kami faham bahawa al-Quran adalah teras kepada kehidupan seorang Muslim, justeru untuk memperkasakan generasi baharu pembaca al-Quran, kami ingin membantu mereka memahami maksudnya dengan lebih baik. Di sinilah Think Quran berfungi. Kami kini tersedia di laman web dan juga mudah alih untuk kemudahan penggunaan. Lagipun, sebagai seorang Muslim sendiri, memahami maknanya meningkatkan aspek ibadah saya yang lain,” 

kata Dato’ Abdul Radzeen Bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Think Quran.



APLIKASI THINK QURAN



Think Quran adalah platform yang sesuai untuk umat Islam meningkatkan hubungan mereka dengan kitab suci. Objektif untuk tentang aplikasi Think Quran ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memahami al-quran dan menyediakan kaedah yang paling berkesan untuk mempelajari bahasa Arab al-Quran dan mensasarkan 100 juta orang akan memahami bahasa al-Quran dengan bantuan Think Quran.

Think Quran didatangkan dengan kaedah mudah untuk belajar bahasa al-Quran, iaitu hanya 15 minit sehari, tanpa perlu asas bahasa arab dan sesuai untuk semua peringkat umur.


KELEBIHAN THINK QURAN

  • MUDAH : Belajar dalam skop kecil dan senang dikuasai
  • BERKESAN : Fokus pada kalimah al-Quran yang paling kerap berulang
  • CEPAT MAHIR : Mantapkan ingatan melalui pengulangan dan latihan
  • KETAHUI PRESTASI DIRI : Lihat tahap penguasaan setiap kalimah secara visual


Think Quran kini boleh didapati di thinkquran.com atau versi mudah alih pada pelayar di app.thinkquran.com. Langganan Plus tersedia untuk ciri tambahan dan platform boleh diakses menggunakan akaun Facebook sedia ada pengguna. Ikuti saluran media sosial rasmi Think Quran untuk maklumat terkini.


FESTIVAL THINK QURAN



Think Quran meraikan pengguna dan juga pengunjung pusat beli belah dengan menganjurkan  Festival Think Quran yang berlangsung di The Curve, Damansara pada 16-18 Jun 2023. Festival ini membawakan pameran artifak Nabi Muhammad S.A.W. untuk memberikan pengunjung lebih dekat dan memahami peninggalan tersebut zamannya. Pameran itu mendapat perhatian yang mengagumkan daripada ibu bapa dan juga kanak-kanak.

Dilancarkan oleh Timbalan Mufti Sabah, Datuk Ustaz Abdul Manap bin Lakariba, beliau berkata, 

“Islam sentiasa mengalu-alukan inovasi seperti Think Quran. Menyesuaikan diri dengan keperluan masyarakat Islam untuk belajar melalui telefon bimbit dan mengikut kadar mereka sendiri adalah sangat menggalakkan terutamanya untuk generasi muda kita. Ini sememangnya cara yang paling menarik untuk mempelajari bahasa Arab Al-Quran.”

 


Aku yakin dan pasti ramai yang melihat aplikasi Think Quran ini sangat membantu untuk meningkatkan
kefahaman terhadap al-Quran. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Aplikasi Think Quran, anda boleh layari laman web : http://thinkquran.com atau download aplikasi ini di peranti pintar anda. 

THINK QURAN

Laman Web : https://thinkquran.com/
YouTube: https://www.youtube.com/@thinkquranofficial
Tiktok : https://www.tiktok.com/@thinkquranofficial
Facebook : https://www.facebook.com/ThinkQuranOfficial/
Twitter : https://twitter.com/TheThinkQuran
Instagram : https://www.instagram.com/thinkq_official

SEKIAN

9 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Wah bagusnya apps Think Quran ni. Selalu kita baca tanpa kurang pengertian. Now boleh fahamkan intipati ayat suci Al-Quran di mana-mana sahaja yang bersesuaian. Tahniah Think Quran!

    ReplyDelete
  2. Suatu aplikasi yang sungguh berguna kepada setiap umat Islam. Kawan-kawan yang beragama Islam harus muat turun aplikasi ini untuk memudahkan mereka menjalankan ibadah.

    ReplyDelete
  3. Nice launch aplikasi macam ni. Semoga dapat bantu lebih ramai Muslim menjadi hamba Allah yang baik.

    ReplyDelete
  4. This is a good app and platform, going to share it to my Muslim friends too

    ReplyDelete
  5. Bagusnya aplikasi ini. Saya berguna untuk orang seperti AM. Boleh dijadikan panduan semasa bacaan dlm Al-Quran.

    ReplyDelete
  6. Thanks sebab share pasal nie. Rawlins boleh menambah ilmu dan belajar lebih lagi dengan adanya teknologi sebegini

    ReplyDelete
  7. Inilah aplikasi yang Ruby lihat hari tu. Diperkenalkan oleh Encik Eizil. Sesiapa yang bekerja ke jalan Allah s.w.t pasti dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Bagusnya cipta aplikasi memudahkan ummah. MasyaAllah.

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing this information, surely this app gonna let our Muslims friend learning more ob Quran. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  9. Inisiatif ini memberikan peluang yang luar biasa kepada setiap individu untuk mendalami ajaran-ajaran dalam Quran dan meningkatkan pemahaman mereka tentang Islam. Quran menyimpan hikmah dan petunjuk yang abadi, dan "Think Quran" merupakan suatu platform berstruktur yang komprehensif bagi kita semua untuk menjelajahi kandungannya dengan lebih mendalam.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post