Trip ke Hatyai 4 Hari 2 Malam bersama Kopetro Travel

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Trip ke Hatyai 4 Hari 2 Malam bersama Kopetro Travel

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, baiklah untuk mereka yang mengikuti aku di laman Instagram pastinya ada melihat story baru-baru ini aku ke Thailand bersama rakan-rakan.
Alhamdulillah, setelah hampir beberapa tahun tidak ke Thailand, kali ini aku berpeluang melancong ke tempat-tempat menarik di wilayah Songkhla bersama Kopetro Travel

Untuk maklumat, Kopetro Travel & Tours Sdn. Bhd mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri pelancongan domestik dan luar negara dan menawarkan pakej pelancongan yang boleh disesuaikan mengikut kehendak dan kemampuan pelanggan.

Baiklah, tanpa membuang masa lagi kali ini aku nak kongsikan pengalaman selama 4 hari 2 malam bersama Kopetro Travel ke Hatyai - Songkhla - Danok!

TRIP BERSAMA KOPETRO TRAVEL 4 HARI 2 MALAM KE HATYAI, THAILAND

HARI PERTAMA ; Perjalanan dari Kuala Lumpur bermula sekitar jam 8.30 malam, dan perjalanan diteruskan menuju ke Kuala Nerang, Kedah. Berhenti sebentar di R&R Tapah untuk solat dan membersihkan diri, perjalanan diteruskan dan alhamdulillah tiba pada sekitar jam 4.30 pagi di Masjid Tengku Sharafuddin, Kuala Nerang. Sempat untuk mandi, bersihkan diri dan solat subuh di situ.

Peta Malaysia - Thailand

PEKAN KUALA NERANG

Selesai membersihkan diri, kami semua bersarapan dan mengalas perut untuk perjalanan seterusnya yang agak panjang. Walaupun aku sendiri orang Kedah, tetapi ini merupakan kali pertama aku datang ke sini. Sempatlah bergambar sekeping dua. 

Kuala Nerang Kopetro Travel

CTC DURIAN BURUNG

Sebenarnya aku baru tahu tentang kewujudan pintu masuk kedua untuk ke Thailand di negeri Kedah. Setahu aku di negeri Kedah hanyalah pintu Bukit Kayu Hitam sahaja. Okay, proses di sini sememangnya sangat pantas. 

Tak sampai 30 minit semuanya sudah selesai. Tetapi untuk proses yang lancar perlulah sediakan dokumen dengan lengkap. Pastikan passport anda masih bernyawa serta borang putih telah diisi dengan betul.  

CTC Durian Burung


HARI KEDUA ; Bermulalah kisah di negeri jiran, Thailand.  Oh ya apabila masuk sahaja ke negara Thailand, anda perlu tetapkan jam anda dengan menolak satu jam kerana di Thailand waktunya awal satu jam berbanding di Malaysia. Selain itu, untuk internet pula anda boleh beli sim kad lebih awal di Malaysia atau gunakan Roaming Pass. Aku sendiri gunakan Roaming Pass Yoodo serendah RM13 untuk 5 hari.

CAFE AMAZON

Okay, lokasi pertama yang dituju adalah sebuah kafe yang hipster, sangat instagrammable iaitu Cafe Amazon. Memamg cantik kafe ini dan menariknya harga minumannya agak murah dan sedap. Macam biasa, perlulah bergambar di sini.

Cafe Amazon Thailand

ROSECARREE

Seterusnya, kami singgah di Rosecarree iaitu sebuah butik dan galeri milik muslim Thailand. Pelbagai pakaian, aksesori menarik dan sebagainya dijual disini. Selain itu, terdapat kain sutera dengan kualiti terbaik pada harga yang cukup berpatutan. Nampak gayanya aku dah tahu kat mana nak beli kain dan baju cantik untuk majlis perkahwinan aku nanti.

Rosecarree


RUSDEE BOAT NOODLE 

Perut pun dah mula berbunyi, jadi lokasi seterusnya adalah tempat untuk makan tengahhari yang dikenali sebagai Rusdee Boat Noodle. Menu utama yang menjadi pilihan ramai sudah pastinya pilihan mee yang begitu banyak dan menarik. 

Disini aku memilih untuk makan mee kuning, bebola daging dan juga ayam. Memang sedap dan rasanya lebih pekat berbanding mee boat noodle di Malaysia.

Rusdee Boat Noodle


RANU KOHYO 

Lokasi berikutnya adalah Ranu Kohyo iaitu salah satu tempat popular untuk anda datang ke Hatyai dan membeli barangan seperti gajus, kekacang, makanan seperti kerepek dan sebagainya. Memang besar dan luas serta pilihan snek yang pelbagai.

Harga yang ditawarkan pula memang berpatutan, jadi tak hairanlah ramai yang membeli begitu banyak snek untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Ranu Kohyo



NORA PLAZA

Ya, tak habislah bershopping, lokasi berikut juga adalah tempat bershopping yang popular iaitu Nora Plaza. Kalau di Ranuy Kohyo adalah snek, di Nora Plaza pula adalah barangan seperti beg, barangan kulit, cenderahati dan pelbagai lagi.

Di sini anda boleh beli barangan seperti baju cenderahati, beg anyaman dan sebagainya untuk diberikan sebagai hadiah kepada orang tersayang di Malaysia.

Nora Plaza

Nora Plaza


RIVER GRAND HOTEL

Alhamdulillah, setelah penat membeli belah, tibalah masa untuk berehat sebentar di hotel yang bakal menjadi tempat penginapan selama dua malam di sini.  River Grand Hotel merupakan sebuah hotel yang cukup selesa untuk anda tinggal, berehat dan membersihkan diri. Selain itu, lokasinya juga agak strategik berdekatan dengan tempat-tempat membeli belah di Hatyai ini.

River Grand Hotel Hatyai


KLONGHAE SEAFOOD BUFFET HALAL

Setelah berehat sebentar dan membersihkan diri, seterusnya kami semua dibawa ke tempat makan yang cukup berbaloi iaitu Klonghae Seafood Buffet Halal. Kalau sebut sahaja buffet, aku pasti teruja ditambah lagi dengan steamboat yang menarik.

Klonghae Seafood Buffet Halal

Memang banyak betul menu dan bahan-bahan steamboat yang disediakan disini. Dengan hanya 299 Baht, memang berbaloilah. Banyak juga seafood yang ada di sini, selain itu, makanan yang sedia dimasak juga memang banyak sehinggakan aku tak tahu nak mulakan dengan yang mana satu.

Klonghae Seafood Buffet Halal


KLONGHAE FLOATING MARKET 

Selesai makan, dan perut pun memang kekenyangan, lokasi berikutnya adalah antara lokasi wajib datang ya apabila ke Hatyai iaitu Klonghae Floating Market. Kali terakhir aku ke sini adalah pada tahun 2020 iaitu beberapa hari sebelum Covid-19 melanda dunia.

Klonghae Floating Market

Banyak betul gerai menjual pelbagai makanan Thailand yang nampak menyelerakan, walaubagaimanapun disebabkan baru sahaja makan buffet, jadi aku tak dapat nak mencuba sebarang makanan di sini.

Selain itu, disini juga ada persembahan karaoke. Jadi tidaklah sunyi. Memang banyak pelancong dari Malaysia di sini. Oh ya, di sini juga anda boleh membeli belah pelbagai barangan seperti jersi dan sebaggainya. 

Klonghae Floating Market


LEE GARDENS NIGHT MARKET

Selesai sahaja berjalan-jalan dan melihat begitu ramai orang di Klonghae Floating Market, seterusnya kami memilih untuk ke Lee Gardens Night Market. Lokasi tempat ini dekat sahaja dengan hotel penginapan, sekitar 800 meter macam tu.

Ada antara ahli rombongan yang sudah penat terus ke hotel, manakala mereka yang masih bertenaga berjalan-jalan di sini. Memang ramai umat manusia dan meriah. 

Lee Gardens Night Market



HARI KETIGA ; Hari ketiga bermula dengan bersarapn di hotel dan kemudiannya bersedia untuk ke lokasi pertama. Untuk hari ketiga ini, kami memilih untuk memakai pakaian bertema iaitu berwarna biru. 

River Grand Hotel Hatyai


CHANG PUAK CAMP 

Lokasi pertama lawatan pada hari tersebut adalah di Chang Puak Camp. Okay, di sini adalah dimana anda dapat melihat gajah, menaiki gajah, bergambar bersama gajah dan sebagainya. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat pelbagai tarikan lain seperti buaya yang comel, aktiviti menaiki atv dan sebagainya.

Chang Puak Camp

Memang ramai orang disini dan kebanyakannya selain melihat gajah, tak kurang juga ramai yang bergambar sekitar Chang Puak Camp ini kerana terdapat banyaknya lokasi untuk bergambar dengan latar belakang yang indah.

Chang Puak Camp

MASJID SONGKHLA

Perjalanan diteruskan lagi ke salah satu lokasi popular iaitu Masjid Songkhla. Masjid ini memang cantik dan popular kerana ramai yang bergambar dan kelihatan seperti Taj Mahal. Untuk maklumat, ini merupakan masjid terbesar di wilayah ini.

Masjid Songkhla

Memang cantik masjid ini, tetapi ramai juga yang mengesyorkan untuk datang ketika matahari terbenam kerana suasananya lebih indah. 

Masjid Songkhla

SEAVERSE CAFE & RESTAURANT 

Selesai bergambar di Masjid Songkhla, kami meneruskan perjalanan ke SeaVerse Cafe & Restaurant. Menariknya disini, selain fungsi utama kafe dan restoran, di sini juga menyediakan tempat bergambar yang memang cantik!

SeaVerse Cafe and Restaurant

Sebelum ke kafe mereka, pengunjung pastinya akan teruja melihat pemandangan yang indah, tasik yang jernih serta beberapa spot untuk bergambar. 

SeaVerse Cafe and Restaurant

Selesai bergambar dan agak kepenatan, jadi kami pun ke dalam kawasan kafe yang berhawa dingin. Memesan minuman sebagai penyegar tekak, alhamdulillah. Memang suasana di sini cukup menarik.

SeaVerse Cafe and Restaurant

ISLAM PAI DAENG RESTAURANT

Selanjutnya adalah masa untuk makan tengah hari. Makan tengahhari pada hari tersebut adalah di sebuah restoran halal yang dikenali sebagai Islam Pai Daeng.

Islam Pai Daeng Restaurant

Menu yang terdapat di sini memang sedap-sedap belaka termasuklah kengsom yang betul-betul mempunyai rasa asli dan terbaik. 

Islam Pai Daeng Restaurant


SINGORA TRAM TOUR 

Selesai memenuhkan perut, bermulalah aktiviti seterusnya iaitu Singora Tram Tour. Untuk kali ini, perjalanan bersiar-siar di bandar Songkhla sambil mempelajari sejarahnya. Tram ini boleh memuatkan sekitar 30+ orang.

Singora Tram Tour

Banyak juga lokasi menarik yang aku lihat di bandar ini. Ada beberapa lokasi tram akan berhenti dan membolehkan pengunjung untuk bergambar. Menariknya, aku dapat lihat pelbagai kafe hipster yang pelbagai disini. Memang menarik terutamanya bagi mereka yang suka minum kopi dan sebagainya, bolehlah datang ke bandar Songkhla ini untuk bercafe-hopping.

Singora Tram Tour


SAMILA BEACH 

Lokasi berikutnya adalah di Samila Beach, iaitu sebuah pantai yang popular dengan pengunjung terutamanya mereka yang ingin bergambar dengan figura duyung yang terletak di kawasan pantainya. Ramai pengunjung yang datang disini bersiar-siar dan bersantai dengan keluarga sambil menantikan terbenamnya matahari.

Samila Beach

Samila Beach


ASEAN NIGHT BAZAAR

Setelah selesai bergambar di Samila Beach, perjalanan di teruskan kembali ke bandar Hatyai. Sempat singgah sebentar di sebuah masjid untuk membersihkan diri dan solat. Perjalanan diteruskan semula ke Asean Night Bazaar.

Asean Night Bazaar ini merupakan sebuah lokasi membeli belah dan juga makan yang popular. Ada pelbagai barangan yang anda boleh jumpa disini seperti pakaian, cenderamata, barangan solek dan sebagainya. Di tingkat dua pula terdapat pelbagai gerai makanan yang menawarkan makanan Thailand pada harga yang cukup berbaloi.

Asean Night Bazaar

Selesai sahaja di Asean Night Bazaar, tibalah masa untuk berehat di hotel. Ada yang terus pulang ke hotel dan ada juga yang sambung membeli belah dan makan di kawasan sekitar Hatyai seperti Lee Gardens Night Market. Perjalanan untuk ke lokasi tersebut adalah dengan menaiki Tuktuk. Memang pengalaman yang menarik.

HARI KEEMPAT ; Tibalah hari terakhir di Thailand. Selesai sahaja bersarapan dan check out dari hotel, kami meneruskan perjalanan pada hari terakhir ini. 

BIGBEE FARM

Lokasi pertama pada hari terakhir ini adalah di BigBee Farm iaitu sebuah lokasi yang mengetengahkan lebah sebagai produk utamanya. Anda boleh melihat lebah disini, selain dapat bergambar dengan beberapa spot yang menarik disediakan oleh mereka di sini. 

BigBee Farm

Okay, selain itu anda juga boleh mencuba madu lebah yang cukup manis tapi penuh dengan khasiat. Penerangan juga diberikan tentang jenis-jenis madu lebah yang sesuai untuk masakan dan juga kesihatan. Produk-produk berkaitan madu juga dijual disini termasuklah snek dan sebagainya.

BigBee Farm


DANOK

Perjalanan semakin berakhir dan lokasi terakhir sebelum masuk ke Malaysia adalah di Danok iaitu sebuah pekan kecil yang terletak berdekatan dengan Bukit Kayu Hitam, Kedah. Di sini merupakan lokasi terakhir untuk membeli belah kerana perjalanan seterusnya adalah terus ke sempadan. Menariknya peniaga disini juga menerima duit Ringgit untuk berurus niaga.

Danok Thailand

Aku sempat juga mencuba daging bakar danok yang popular, memang sedap ya! Oh ya, di sini juga merupakan lokasi terakhir bagi mereka yang nak beli barangan di 7 Eleven Thailand yang mempunyai 1001 barangan yang menarik.

Danok Thailand

CTC BUKIT KAYU HITAM

Alhamdulillah, tibalah masa untuk masuk semula ke Malaysia. Untuk proses disini memakan masa yang agak lama berbanding di Durian Burung tempoh hari kerana jumlah orang yang lebih ramai. Walaubagaimanapun prosesnya berjalan lancar sahaja. 

Peta Malaysia Kedah

Perjalanan diteruskan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sempat singgah sebentar di R&R Gurun untuk makan tengahhari, membersihkan diri dan solat. Alhamdulillah, sekitar jam 10 malam kami semua selamat tiba di Kuala Lumpur dengan barangan yang cukup banyak!

Kopetro Travel

Alhamdulillah, perjalanan selama 4 hari 2 malam ini berjalan dengan cukup lancar dan semuanya adalah disebabkan susunan program oleh Kopetro Travel yang terbaik. Setiap lokasi mempunyai tarikannya tersendiri dan membuatkan aku sendiri rasa tak cukup sebenarnya untuk trip kali ini.

In shaa Allah selepas ini mungkin aku akan bawa keluarga pula untuk melancong ke Thailand bersama Kopetro Travel?

JOM KE HATYAI BERSAMA KOPETRO TRAVEL

Kepada anda yang teringin nak bercuti ke Hatyai, jom bercuti dengan pakej yang ditawarkan oleh Kopetro Travel! Terdapat dua pakej yang ditawarkan dengan harga yang cukup berpatutan dengan pengalaman bercuti paling menarik.

❤ RM 379 ( Pengangkutan & Penginapan )
❤ RM 659 ( Pengangkutan, Penginapan & Makan )

Jom Cuti Sakan Kopetro Travel

Jom Cuti Sakan Kopetro Travel

Untuk maklumat, pakej yang ditawarkan oleh Kopetro Travel adalah untuk secara berkumpulan, bersama keluarga atau pasangan. Setiap perjalanan minimum jumlah peserta adalah 35 orang dan percutian adalah dengan menaiki bas Kopetro Travel.

Untuk menempah, anda boleh hubungi wasap.my/60192577847 

KOPETRO TRAVEL 

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/kopetrotravel/  
FACEBOOK : https://www.facebook.com/kopetrotravel/  
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@kopetro.travel

#kopetrotravel #jomcutisakan #travel #hatyai #thailand

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post