Dyna Medical Memperkenalkan DynaDNA dan Aplikasi Dyna

Assalamualaikum dan salam sejahtera

DynaDNA dan Dyna App

Tahniah diucapkan buat Dyna Medical atas pelancaran DynaDNA dan juga DynaApp yang telah berlangsung meriah di KL Wellness City Gallery, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, baru-baru ini aku berpeluang untuk menyertai pelancaran tersebut yang diadakan dengan meriah dan penuh informasi.

TAHNIAH! PELANCARAN DYNADNA & DYNAAPP

Pelancaran Dyna DNA & Dyna App

Pada 15 Jun 2023 yang lalu, Dyna Medical mengumumkan pelancaran DynaDNA sebagai pembekal 'microarray technology DNA test kits', serta Dyna App, platform dalam talian bebas yang merupakan gerbang kepada peningkatan maklumat dan kesihatan menyeluruh.

Majlis pelancaran yang diadakan di KL Wellness City Gallery dihadiri oleh para media, pempengaruh media sosial, serta tetamu dari bidang korporat dan perubatan. Turut hadir adalah pempengaruh media sosial gaya hidup Iman Azman dan pakar produk perubatan Dr Hans Jeffry, untuk berkongsi tentang kepentingan menguasai kesihatan sendiri menerusi DNA.

Pelancaran Dyna DNA & Dyna App

En. Martin Low Wink Keng, Pengarah Urusan Dyna Medical
, memperkenalkan DynaDNA sebagai pembekal perkhidmatan terbaru yang membolehkan rakyat Malaysia mendapat maklumat kesihatan diri yang terkini dan paling tepat. 

Dengan hanya sampel air liur, lebih dari 500 ujian genetik boleh dijalankan dengan tepat, mejanakan keputusan untuk lebih dari 150 sifat genetik merentasi 10 profil berlainan, termasuk untuk kesihatan jantung dan vaskular, penyakit genetik, keadaan otak, serta alahan dan sensitiviti makanan.

Pelancaran Dyna DNA & Dyna App

En. Martin turut menerangkan kebaikan Dyna App, platform berintegrasi yang membenarkan pengguna melihat keputusan kit ujian DNA mereka dengan segera dan mudah. Aplikasi in membolehkan pengguna membuat janji temu dengan pakar kesihatan yang berkelayakan di bawah rangkaian sokongan DynaDNA untuk menyemak keputusan ujian, atau merancang langkah seterusnya. Pengguna juga boleh membeli produk kesihatan menerusi perkhidmatan e-dagang aplikasi tersebut.

Untuk masa depan, aplikasi ini akan memberikan akses kepada pelbagai perkhidmatan gaya hidup, termasuk rawatan spa dan 'facial', serta pakej pelancongan kepada 'wellness retreat' yang terkenal. Dengan menyediakan produk dan perkhidmatan ini, Dyna App tekad untuk memahami dan menangani segala keperluan para pengguna, dan menolong mereka mencapai gaya hidup yang sihat dan holistik.

En. Martin turut berkata, memudahkan akses kepada kit ujian DNA akan membolehkan para individu untuk membuat keputusan yang lebih menyeluruh tentang kesihatan dan kesejahteraan diri.

Beliau memberikan contoh mereka yang risau tentang kemungkinan mengidap penyakit genetik seperti thalasemia. Mengambil ujian DNA akan memberi kesedaran terhadap risko menurunkan penyakit tersebut dan membolehkan persediaan yang sepatutnya atau pengubahan gaya hidup yang sesuai.

Pelancaran Dyna DNA & Dyna App

Pelancaran Dyna DNA & Dyna App

Pelancaran Dyna DNA & Dyna App

Pelancaran Dyna DNA & Dyna App

Pelancaran Dyna DNA & Dyna App

Pelancaran Dyna DNA & Dyna App

KL Wellness City menjadi lokasi pelancaran DynaDNA dan Dyna App, sebagai pusat kesihatan 360-darjah pertama di Asia Tenggara. KL Wellness City merupakan bandar penuh-integrasi yang dibina menurut konsep rawatan medial, kesihatan, kesejahteraan dan kecergasan, dan mementingkan pengetahuan kesihatan diri.

Tahniah diucapkan buat Dyna Medical atas pelancaran DynaDNA dan juga Dyna App ini. Semoga dengan terlancarnya kedua-dua produk ini bakal memberikan akses yang terbaik buat masyarakat untuk mengenal tentang isu kesihatan diri selain juga dapat mengetahui aspek kesihatan yang perlu dijaga supaya dapat hidup dalam keadaan sihat walafiat.

Pelancaran Dyna DNA & Dyna App


Tentang Dyna Source Sdn Bhd (1119002-H)

Ditubuhkan pada tahun 2014, Dyna Medical merupakan syarikat Malaysia yang berdedikasi terhadap kecemerlangan kesihatan dan kecantikan, dan bertujuan untuk membawa barangan "Buatan Malaysia" ke negara Asia lain menjelang tahun 2024 untuk memenuhi keperluan global. Falsafah mereka boleh dilihat dalam pendekatan mereka terhadap peningkatan kualiti kehidupan, sebagaimana aspirasi pengasas mereka untuk meningkatkan dan mendidik orang-orang sekeliling untuk hidup dengan bahagia dan sihat secara menyeluruh. Pengasasnya percaya walaupun tidak semua boleh sempurna, tetapi anda boleh memilih untuk memperoleh kesihatan dalaman terbaik dalam masa yang sama masih  boleh memperlihatkan kecantikan luaran.

Pelancaran Dyna DNA & Dyna App



SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post