Tahniah! Pelancaran GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair dan Simon Yam !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahniah! Pelancaran GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair dan Simon Yam !

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan ke majlis pelancaran produk terbaru GINTELL dan juga sesi temu mesra bersama dengan Simon Yam yang bertempat di Pavillion Kuala Lumpur.

GINTELL merupakan satu jenama yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia, dimana jenama ini mengeluarkan pelbagai jenis kelengkapan penjagaan kesihatan dan kecergasan seperti kerusi urut dan sebagainya. Tahniah diucapkan buat GINTELL atas pelancaran Siri Wellness Chair terbaru iaitu GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair!

MAJLIS PELANCARAN GINTELL S6 PLUS 8-HANDS WELLNESS CHAIR BERSERTA SESI TEMU MESRA SIMON YAM DENGAN PEMINAT

Tahniah! Pelancaran GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair dan Simon Yam !

Hari ini menandakan satu lagi peristiwa yang menggembirakan untuk GINTELL, rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Asia Tenggara & Malaysia telah merasmikan pelancaran kerusi urut Siri Wellness Chair iaitu GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair. Ia merupakan kerusi urut yang pertama di pasaran yang memiliki fungsi “8-Hands Twin Rollers” iaitu fungsi urutan dwi-tangan di mana dwi-tangan tersebut dibahagikan kepada dua iaitu pada bahagian atas badan (bahu & leher) dan bahagian bawah (pinggang & punggung) untuk melegakan seluruh badan.

GINTELL juga melancarkan pembukaan “Signature Showroom” mereka yang merupakan cawangan ke-117 yang terletak di aras 6, Lot 6.16.00. Majlis pembukaan dan perasmian bilik pameran dimulakan dengan persembahan tarian singa iaitu sebanyak “8 ekor” untuk membawa tuah serta kesejahteraan kepada GINTELL. Persembahan tarian singa untuk pembukaan cawangan bilik pameran merupakan satu tradisi GINTELL sejak dulu lagi dan masih dikekalkan sehingga hari ini. Selepas persembahan tarian singa, sesi pemotongan riben, fotografi dan videografi diteruskan dengan kehadiran duta GINTELL, pihak pengurusan GINTELL serta pihak pengurusan Pavilion Kuala Lumpur.

Tahniah! Pelancaran GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair dan Simon Yam !

Sejurus selesai majlis pembukaan dan perasmian bilik pameran, para tetamu dijemput turun ke aras 2, “Centre Court” untuk meneruskan acara yang seterusnya iaitu majlis menandatangani pengendorsan duta antara Simon Yam, Artis Antarabangsa, dengan pihak GINTELL, majlis pelancaran kerusi urut GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair, perkongsian testimoni dengan Simon Yam mengenai GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair, dan juga sesi “meet & greet” antara Simon Yam dengan peminatnya.

Tetamu yang hadir adalah duta GINTELL; Amber Chia, Dato’ Seri Master Chris Leong, Simon Yam bersama pengurusan GINTELL, pihak pengurusan Pavilion Kuala Lumpur dan juga pihak media.

Selain itu, “roadshow” GINTELL akan berlangsung dari 3 Julai 2023 – 16 Julai 2023, 10pagi - 10malam. Antara produk yang dipamerkan ialah kerusi urut, mesin larian dan lain-lain.

Tahniah! Pelancaran GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair dan Simon Yam !

LATAR BELAKANG GINTELL

Ditubuhkan sejak tahun 1996, GINTELL telah berkembang dengan jayanya dan menjadi antara yang terbaik dalam industri penjagaan kesihatan dan kecergasan. Kini, GINTELL (M) SDN. BHD lebih 117 cawangan bilik pameran dibuka di seluruh Malaysia. GINTELL diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan & Kecergasan terbesar di Malaysia sejak tahun 2015. Pada tahun 2021, GINTELL juga disahkan dua kali oleh Malaysia Book of Records untuk jualan kerusi urut & mesin larian yang terbanyak. Matlamat utama GINTELL adalah untuk menitikberatkan penjagaan kesihatan & kecergasan melalui produk mereka iaitu selaras dengan cogan kata “Health, Love, Life” misi mereka iaitu “1 RUMAH, 1 GINTELL”.

Tahniah! Pelancaran GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair dan Simon Yam !

GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair

GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair merupakan siri terbaharu Wellness Chair dan ia adalah kerusi urut pertama di pasaran yang mempunyai fungsi 8D Dwi-Tangan. Roda urut dwi-tangan ini dibahagikan kepada dua iaitu pada bahagian atas badan (bahu & leher) dan bahagian bawah (pinggang & punggung) untuk melegakan seluruh badan. Urutannya seperti 4 tukang urut sedang mengurut seluruh badan pada masa yang sama. Urutan 8D Dwi-Tangan ini direka khas melalui program auto untuk membantu mengurangkan tekanan mental, mengurangkan sakit otot dan kekakuan otot.

GINTELL S6 Plus juga mempunyai sistem AI Fatigue Bio-Scan. Sistem BIO-Senses ini boleh mengimbas dan mengesan kadar denyutan jantung (nadi), oksigen darah, dan indeks kelesuan badan anda. Pengguna cuma perlu letakkan jari pada panel biometrik selama 30 saat untuk mengaktifkan sistem ini. Selepas kadar denyutan dan indeks badan dikesan, ia akan menyediakan program urutan automatik yang bersesuaian dengan kadar indeks semasa.

Program Thai Stretch 230° sangat disyorkan kerana ia memberikan regangan seluruh badan untuk melonggarkan ketegangan otot pada sudut 230°. Program ini telah dirujuk dan disahkan sepenuhnya oleh Tit-Tar Master, Dato’ Seri Master Chris Leong. Bahagian badan yang difokuskan adalah leher, bahu, belakang, pinggang, lumbar dan kaki. Program ini secara tidak langsung dapat membantu anda membuat senaman regangan bagi penjajaran struktur badan untuk meningkatkan kekuatan otot serta fleksibiliti sendi.

Tahniah! Pelancaran GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair dan Simon Yam !

GINTELL S6 Plus turut dilengkapi dengan Spa Terapi Haba 360°. Terapi ini merupakan salah satu ciptaan inovatif terbaru di mana ia menggunakan beg udara haba yang mampat. Ia juga mempunyai tali pengikat bersilang yang lembut dan ringan yang diperbuat daripada “graphene” untuk pemanasan dan penyerapan lebih baik di bahagian abdomen. Spa terapi haba dapat membantu melegakan ketegangan otot secara keseluruhan dan mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh kekejangan otot atau sengugut.

Program “Brain Relief Therapy” dalam GINTELL S6 Plus adalah ciri unik yang direka khas untuk meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan tekanan mental. Program ini dapat mewujudkan suasana yang tenang dimana muzik latar yang lembut akan dimainkan sepanjang sesi urutan bagi menenangkan pemikiran dan secara tidak langsung merehatkan saraf.

Tahniah! Pelancaran GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair dan Simon Yam !

GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair juga menawarkan sambungan Bluetooth, di mana pengguna boleh mengawal kerusi urut dengan lancar melalui telefon pintar mereka. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi GINTELL Super App OS di Google Playstore atau AppStore.

Sempena pelancaran GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair, GINTELL menawarkan promosi khas. Tawaran hanya sah untuk masa terhad sahaja pada RM14,988 dengan hadiah percuma bernilai RM8,988. Secara amnya, harga jualan di pasaran ialah RM29,988. Untuk pertanyaan lanjut atau pra-pesanan, sila hubungi +60124046033 atau layari www.gintell.com atau lawati bilik pameran GINTELL terdekat.

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post