Lyndung : Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lyndung : Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan

Memiliki insurans atau medical card merupakan antara perkara yang menjadi keutamaan terutamanya selepas wabak Covid-19 yang melanda. Memiliki insurans perubatan atau takaful sebagai salah satu cara perlindungan sekiranya keadaan luar jangka dan situasi kecemasan berlaku dengan kos perubatan yang tinggi.  Sedikit sebanyak, kos rawatan yang tinggi tidaklah membebankan apabila memiliki insurans.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2020, Institut Kesihatan Umum telah melaporkan bahawa hanya 22% sahaja daripada penduduk di Malaysia yang dilindungi oleh insurans perubatan manakala 43% menyatakan tidak memiliki insurans kerana tidak mampu. 

Kemerosotan ekonomi dan sebagainya yang berlaku pula menyebabkan ramai sebenarnya yang tidak mampu untuk memiliki insurans dan memilih untuk menggunakan kos beratus ringgit untuk insurans digunakan untuk membeli barangan keperluan harian.

Menyedari dengan apa yang berlaku, sebuah komuniti perkongsian ditubuhkan bagi membolehkan rakyat Malaysia yang kurang kemampuan berkongsi bil perubatan mereka bersama ahli komuniti dalam program yang dikenali sebagai Lyndung.

PROGRAM PERKONGSIAN KOMUNITI PATUH SYARIAH UNTUK BIL PERUBATAN

Lyndung : Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan

Program Perkongsian Komuniti untuk Bil Perubatan merupakan sebuah perkhidmatan yang ditadbir oleh Lyndung Sdn. Bhd. (1454883-V). Lyndung Sdn. Bhd. yang telah ditubuhkan pada 14 Mac 2022 (Lyndung) adalah sebuah anak syarikat kepada iSaham Sdn. Bhd. (1257515-W), peneraju kepada portal analisis pelaburan berasaskan data di Malaysia.

Diingatkan disini bahawa Lyndung Sdn. Bhd. bukanlah sebuah syarikat insurans atau takaful, tetapi sebuah syarikat yang menawarkan Program Perkongsian Komuniti untuk Bil Perubatan.

APA ITU LYNDUNG

Lyndung : Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan

Lyndung merupakan sebuah Program Perkongsian Komuniti untuk Bil Perubatan untuk membantu warga Malaysia terutamanya yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan akses kepada fasiliti perubatan melalui kaedah perkongsian komuniti.


Berikut adalah bagaimana komuniti Lyndung berfungsi:

Komuniti ini berfungsi dengan perkongsian ahli komuniti yang mana bayarannya adalah serendah RM10 untuk sebulan. Untuk mendapatkan manfaat yang tersedia oleh komuniti, pendaftaran perlulah dilakukan terlebih dahulu. 
 
Untuk pendaftaran pula,  hanya terbuka kepada individu sihat tanpa penyakit sedia ada berumur 18-40 tahun.


Lyndung : Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan


Lyndung : Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan


Perkongsian hanya berlaku apabila ada diantara ahli komuniti memerlukan rawatan perubatan. Untuk memahami lebih lanjut, lihat contoh ini ;

Andaikan jumlah bil hospital untuk bulan tersebut adalah RM20,000 dan jumlah ahli komuniti adalah 2,000. Bil kemudiannya akan dikongsi sama rata di antara ahli. Dalam contoh ini, RM20,000 bil perubatan akan dibahagikan dengan 2,000 ahli, dan setiap ahli mesti menyumbang RM10.  RM10 akan ditolak dari Poket ahli pada 25 haribulan

MANFAAT LYNDUNG 

Lyndung : Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan


Berikut adalah antara manfaat utama bagi Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah yang anda boleh nikmati adalah seperti berikut ;-

  • Bil Perubatan Kemalangan : RM20,000 bil perubatan akibat kemalangan layak untuk dikongsi untuk 60 hari pertama
  • RM1 Juta Bil Perubatan : RM1 juta bil perubatan termasuk kemalangan layak untuk dikongsi
  • 200 hospital panel : Lebih daripada 200 hospital panel termasuk Sabah dan Sarawak
  • Rawatan Kanser Dan Dialisis Buah Pinggang : RM100,000 maksimum sepanjang hayat layak untuk dikongsi untuk rawatan kanser bagi pesakit luar dan dialisis buah pinggang
  • Pemindahan Organ : RM20,000 maksimum untuk pemindahan organ sekiranya ahli sebagai Penerima, sekali seumur hidup
  • Khairat Kematian : RM5,000 Khairat Kematian untuk Waris
  • Servis Ambulans : Perkhidmatan ambulans untuk kecemasan maksimum sebanyak RM250
  • Bilik dan Makanan Hospital : Maksimum RM150 sehari untuk bilik dan penginapan hospital
  • Pendapat Kedua untuk Pembedahan : Caj pendapat kedua yang layak untuk dikongsi adalah 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital

SIJIL PATUH SYARIAH PROGRAM PERKONGSIAN KOMUNITI LYNDUNG

Sijil Patuh Syariah: Lyndung telah menerima sijil patuh Syariah daripada Tawafuq Consultancy untuk Program Perkongsian Komuniti Lyndung pada 1 Disember 2022.

Lyndung : Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan



CARA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI LYNDUNG

Lyndung : Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan


Baiklah, untuk menjadi ahli komuniti Lyndung, anda perlu mendaftar secara atas talian dan prosesnya amat mudah. Proses pendaftarannya terbahagi kepada empat iaitu maklmuat peribadi, maklumat kesihatan, pengesahan identiti dan pembayaran. 

Sekali lagi diingatkan, hanya rakyat Malaysia yang berumur di antara 18 - 40 tahun tanpa sebarang penyakit sedia ada


UNTUK MAKLUMAT LANJUT ;

Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan sebagainya, anda boleh ke laman web mereka di https://lyndung.my/ atau hubungi  mereka di pautan berikut ;-

Lyndung Telegram : @LyndungSupport
Lyndung Email : help@lyndung.my
Lyndung Whatsapp : LyndungSupport

Facebook : https://www.facebook.com/Lyndung.my/
Instagram : https://www.instagram.com/lyndung.my/

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post