Jadual Gaji Penjawat Awam Tahun 2024 Terkini

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jadual Gaji Penjawat Awam Tahun 2024 Terkini

Setiap kali masuk tahun baru pastinya antara yang menjadi carian orang ramai terutamanya kakitangan awam adalah berkenaan tarikh pemberian gaji bagi setiap bulan. Sebab utamanya mungkin anda mahu melihat tarikh gaji dan kemudiannya merancang pembelanjaan tahunan dengan lebih efektif dan berkesan.

Okay, tanpa menulis lebih panjang, berikut adalah jadual gaji 2024 bagi Kakitangan Awam terkini yang disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

JADUAL GAJI PENJAWAT AWAM TAHUN 2024 TERKINI


PEKELILING TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2024

Pihak JANM telah pun mengeluarkan pekeliling rasmi berhubung tarikh gaji penjawat awam 2024 yang bertujuan untuk memberitahui makluman tarikh bayaran gaji serta memastikan kelancaran pembayaran gaji untuk tahun 2024.

Pengumuman Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil 6/2023 disertakan garis panduan dan peraturan yang diikuti berdasarkan rujukan rasmi yang anda boleh rujuk di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM TAHUN 2024

Untuk rujukan tahun hadapan, disediakan jadual rasmi bayaran gaji penjawat awam tahun 2024. Sila rujuk jadual dibawah:


Bulan Tarikh Hari Catatan
Januari 24.01.2024 Rabu Hari Thaipusam
(25 Januari 2024)
Khamis
Februari 23.02.2024 Jumaat Tahun Baharu Cina
(10 & 11 februari 2024)
Sabtu dan Ahad
Mac 25.03.2024 Isnin
April 25.04.2024 Khamis Hari Raya Puasa
(10 & 11 April)
Rabu dan Khamis
Mei 24.05.2024 Jumaat Hari Pesta Kaamatan
(30 & 31 Mei)
Khamis dan Jumaat
Jun 13.06.2024 Khamis Hari Gawai
(1 & 2 Jun)
Sabtu dan Ahad
Hari Raya Haji
(17 & 18 Jun)
Isnin dan Selasa
Julai 19.07.2024 Jumaat
Ogos 23.08.2024 Jumaat
September 25.09.2024 Rabu
Oktober 24.10.2024 Khamis
November 25.11.2024 Isnin Hari Deepavali
(31 Oktober)
Khamis
Disember 19.12.2024 Khamis Hari Krismas
(25 Disember)
Rabu


Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan jadual gaji penjawat awam 2024 atau untuk pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611


SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post