Makan di Kedai Makan Tepian Pantai Kak Ani & Pak Lah, Tanjung Dawai, Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, nampak gayanya kita semakin menghampiri penghujung tahun 2023 masihi. Bagaimana dengan azam tahun 2023 anda? Sudah tercapai atau belum?

Baiklah, tanpa membuang masa kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku dan keluarga jalan-jalan dan makan di Tanjung Dawai, Kedah. Kalau diikutkan memang banyak juga artikel yang aku tulis tentang Tanjung Dawai ni. Antaranya :


Untuk artikel ke sekian kalinya ini aku nak kongsikan pula satu tempat makan yang ada di Pantai Rhu, Tanjung Dawai, Kedah.

{tocify} $title={KANDUNGAN}


MAKAN DI KEDAI MAKAN TEPIAN PANTAI KAK ANI & PAK LAH, TANJUNG DAWAI, KEDAH



Baiklah, baru-baru ini aku dan keluarga berkesempatan ke Tanjung Dawai untuk membeli beberapa makanan laut kering dan sebagainya. Sebelum membeli barangan dan makanan kering tersebut, kami pun singgahlah di Pantai Rhu, Tanjung Dawai.

Dalam artikel sebelum-sebelum ini, aku pernah kongsikan tentang berkelah di Pantai Rhu bersama keluarga. Ketika itu masih tiada sebarang kedai makan di kawasan sekitar Pantai Rhu ini kerana semuanya masih dalam proses pembangunan.

Mungkin kerana melihat kepada jumlah pengunjung yang semakin ramai dan pantai ini semakin popular, maka begitu banyak pembangunan dinaikkan seperti kedai makan, kiosk dan sebagainya. 


Sampai sahaja kami ke restoran yang diberi nama Kedai Makan Tepian Pantai Kak Ani & Pak Lah ini memang ramai sungguh pelanggan walaupun kami datang pada hari bekerja.

Bila pelanggan ramai dan penuh macam ni, tempat duduk pun agak terhad dan alhamdulillah, kami jumpa tempat duduk muat untuk 5 orang di bahagian luar.  Tanpa melengahkan masa, jom aku kongsi apa menu yang kami sekeluarga makan.


MENU YANG DICUBA DI KEDAI MAKAN TEPIAN PANTAI KAK ANI & PAK LAH


LAKSA KEDAH : Menu laksa ini adalah untuk ayah aku. Saiz hidangan yang besar & kuah pun sedap!


KUETIAW GORENG SOTONG : Menu ini pula untuk adik bongsu aku. Sebenarnya ada beberapa jenis lagi kuetiaw goreng macam goreng udang, seafood dan sebagainya.



MEE KUAH UDANG : Menu ini pula untuk mak, aku sendiri dan adik aku. Sekali sekala mencuba mee udang. Ada tiga ekor udang bersaiz agak besar diletakkan bersama. Kuahnya memang sedap, saiz pun besar.



LAICI KANG : Untuk laicikang ini pula sebenarnya tak jumpa pula laici di dalamnya. Ke nama je laici kang tapi memang tak ada laici dalam menu ini sebenarnnya? Konfiuslah.



ABC : Ais Batu Campur ini pun seperti yang anda boleh dapatkan di mana-mana gerai lain, tiada yang istimewa melainkan warna warninya. 


PISANG GORENG CHEESE + NUTELLA : Okay sebenarnya menu ini bukanlah dari kedai makan ni tetapi di kiosk yang terletak di sebelahnya. First time ya keluarga aku makan pisang goreng cheese ni, selalu makan pisang goreng tepi jalan yang biasa sahaja. HAHA


Secara keseluruhannnya, pengalaman makan di Kedai Makan Tepian Pantai Kak Ani & Pak Lah ini memuaskan. Disebabkan pelanggan yang ramai, masa yang diambil untuk makanan dan minuman sampai agak lama, tetapi aku dan keluarga faham akan permasalahan itu.

Ada beberapa menu yang sedap, dan ada yang memuaskan. In shaa Allah mungkin selepas ini aku dan keluarga akan datang lagi untuk mencuba menu lain pula di sini.


PANTAI RHU, TANJUNG DAWAI, KEDAH


Selepas makan, aku dan adik aku cadangnya nak ke pantailah, melihat matahari terbenam, bergambar dan sebagainya. Tak sampai 5 minit, hujan turun selebat-lebatnya. Jadi tak sempatlah nak ambil gambar yang banyak.

Hujan turun sahaja, aku dan orang ramai yang lain lari bertempiaran mencari tempat berteduh. In shaa Allah mungkin lain kali dapatlah berehat dan lepak lebih lama di pantai ini.

KEDAI MAKAN TEPIAN PANTAI KAK ANI & PAK LAH


LOKASI : Pantai Rhu, Tanjung Dawai, 08110 Bedong, Kedah

SEKIAN

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post