Buffet Ramadan 2024 : 'Kemilau Ramadan' di Restoran Utara, Hotel Armada, Petaling Jaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan satu lagi tempat berbuka puasa menarik di sekitar Lembah Klang iaitu di Hotel Armada PJ. Mungkin ada yang pernah baca sebelum ini tentang pengalaman aku menginap di hotel ini sebelum ini.

Kali ini aku nak kongsikan pula Buffet Ramadan di Hotel Armada PJ yang diadakan setiap tahun menawarkan pelbagai menu yang cukup lazat!

{tocify} $title={KANDUNGAN}

BUFFET RAMADAN 2024 : "KEMILAU RAMADAN" DI RESTORAN UTARA, HOTEL ARMADA, PJ


Restoran Utara, Hotel Armada PJ teruja untuk mengumumkan pelancaran Bufet Ramadan yang diadakan setiap tahun. Bertemakan "Kemilau Ramadan", buffet ramadan kali ini tersedia dari 12 Mac 2024 hingga 9 April 2024. Hayati semangat Ramadan dengan perjalanan kulinari yang menampilkan pelbagai hidangan lazat dari 6.30 petang hingga 10.00 malam setiap hari.


Manjakan diri dengan pengalaman kulinari yang menarik dengan lebih 100 hidangan untuk dipilih, mempamerkan gabungan rasa tradisional dan kontemporari. Antara hidangan yang disediakan termasuklah hidangan istimewa seperti Kambing Golek, Kari Kepala Ikan, Rendang Tok, Kambing Kuzi, Siput Sedut Masak Lemak, Itik Salai Masak Lemak dan Daging Dendeng.










Para tetamu boleh mencuba pelbagai jenis manisan, Dodol, Pengat Pisang, Bubur Lambuk, Rojak, dan Ulam-Ulaman. Oh ya, tidak dilupakan gerai-gerai yang menampilkan makanan yang disediakan secara 'live' seperti Roti Canai dan Sate.  









Macam mana? Banyak betul kan makanan-makanan yang lazat! Bukan sahaja nampak menyelerakan tetapi rasanya pun memang betul-betul sedap! Untuk aku sendiri apa yang aku suka adalah pilihan manisan yang terlampau banyak, tak tahu nak pilih makan yang mana satu.

Selain itu, lauk-pauk yang disediakan juga tak kurang hebatnya! Memang betul-betul istimewa dengan resipi tradisional Melayu.

HARGA BUFFET RAMADAN 2024 : 'KEMILAU RAMADAN' DI RESTORAN UTARA, HOTEL ARMADA PJ


Baiklah, pastinya anda ingin tahu harga yang ditawarkan untuk buffet Ramadan kali ini. Harga buffet Ramadan bagi dewasa bermula daripada RM158nett manakala untuk kanak-kanak bermula daripada RM79nett.

Berita baik, tawaran terhad 'early bird' dengan harga bufet bermula daripada RM128nett untuk dewasa. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyelami tradisi perayaan Ramadan.

RAMADAN STAYCATION DI HOTEL ARMADA PJ


Selain itu, Hotel Armada PJ turut menawarkan pakej istimewa Ramadan Staycation dari 12 Mac hingga 11 April 2024. Bilik perseorangan boleh didapati dengan harga RM370 bersih, termasuk Bufet Sahur & Iftar untuk seorang, manakala bilik double boleh ditempah pada harga RM520nett, termasuk bufet Sahur & Iftar untuk dua orang.


Baiklah, sekarang tunggu apa lagi? Terus hubungi pihak Hotel Armada dan buat tempahan sekarang! 

HOTEL ARMADA, PETALING JAYA



LOKASI : Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor

FACEBOOK : https://www.facebook.com/HotelArmadaPJ/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/hotelarmadapj/

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi:
Restoran Utara (Bufet Ramadhan)
(03) 7954 6888 samb. 4557

Hotel Armada PJ (Penginapan Iftar)
(03) 8954 6888 atau e-mel armada@armada.com.my

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post