DPUM Anjur "Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang" Hargai Jasa Usahawan dan Agensi Kerajaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

"Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang" Anjuran DPUM Hargai Jasa Usahawan dan Agensi Kerajaan

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis penuh gilang gemilang iaitu Majlis Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang anjuran Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM).

{tocify} $title={KANDUNGAN}

MALAM 1000 KENANGAN JASAMU DIKENANG ANJURAN DPUM HARGAI JASA USAHAWAN DAN AGENSI KERAJAAN

Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) atau sebelum ini dikenali sebagai Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia menganjurkan sebuah majlis dikenali sebagai 'Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang' untuk meraikan ahli usahawan serta jasa agensi kerajaan yang banyak membantu usahawan.

"Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang" Anjuran DPUM Hargai Jasa Usahawan dan Agensi Kerajaan
Pengerusi DPUM, Datuk Seri Abu Hassan Mohd Nor memberikan ucapan alu-aluan

Majlis ini telah diadakan di Hotel Grand Barakah, Ampang, Selangor pada 26 Februari 2024. Turut hadir tetamu kehormatnya, Dr. Raja Putra Shah dari RHEA Corporation Sdn Bhd dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU, Dato Norman Abdul Halim, Pengarah Urusan Sharifah Food Industries Sdn Bhd,  Hjh Rohani Borhan dan Pengarah Urusan Excell Way Worldwide Sdn Bhd. Desmond Hiew.

Seramai 40 orang usahawan diraikan termasuklah 10 agensi kerajaan yang terdiri daripada agensi seperti MITI, MARA, ANGKASA, SMEBank, TEKUN, FAMA, SIRIM, PERNAS, MATRADE,PERKESO dan MOTAC.

"Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang" Anjuran DPUM Hargai Jasa Usahawan dan Agensi Kerajaan

Antara usahawan yang menerima anugerah  adalah syarikat Excell Way Worldwide Sdn Bhd (Anugerah Usahawan Kilang GMP Terbaik)  dan SHRF Food Industries Sdn Bhd., selaku penerima Anugerah Food Industri Korporat Terbaik.

"Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang" Anjuran DPUM Hargai Jasa Usahawan dan Agensi Kerajaan

SAMBUTAN MALAM 1000 KENANGAN JASAMU DIKENANG MERIAH DENGAN PERSEMBAHAN ARTIS

"Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang" Anjuran DPUM Hargai Jasa Usahawan dan Agensi Kerajaan

Majlis pada malam tersebut turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis popular tanah air seperti Haqiem Rusli, Dato Malek Redzuan, Keena Mentor dan Herman Tino. Selain itu, turut dipersembahkan teater pendek menceritakan tentang bagaimana usahawan berjaya dengan bantuan DPUM, dilakonkan oleh anak-anak DPUM sendiri.

"Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang" Anjuran DPUM Hargai Jasa Usahawan dan Agensi Kerajaan

Selain daripada itu, jaguh Teh Tarik Asia, Syed Khaidhir Syed Abdullah turut mempersembahkan kemahiran beliau yang cukup mahir dan menghiburkan. 

"Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang" Anjuran DPUM Hargai Jasa Usahawan dan Agensi Kerajaan
Abon, pelawak tanah air sebagai pengacara majlis

"Sambutan Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang ini bukan sahaja untuk menghargai ahli-ahli usahawan yang berjaya, tetapi juga sebagai salah satu usaha untuk menarik ahli-ahli baru agar menyertai DPUM", 
jelas Presiden DPUM, Datuk Seri Abu Hassan Mohd Nor.

Selain itu, majlis ini turut diadakan untuk memberikan penghargaan kepada para sekretariat yang telah membantu sejak 15 tahun penubuhan, secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat untuk terus berbakti kepada DPUM. 

"Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang" Anjuran DPUM Hargai Jasa Usahawan dan Agensi Kerajaan
Barisan sekretariat DPUM yang menerima penghargaan

DEWAN PERNIAGAAN USAHAWAN MALAYSIA (DPUM)


DPUM merupakan sebuah platfrom dewan usahawan yang bermatlamat memartabatkan ekonomi usahawan. Menurut Presiden DPUM, Datuk Seri Abu Hassan Mohd Nor, sehingga kini ahli DPUM adalah seramai 15,000, bukan sahaja daripada usahawan tempatan, tetapi juga dari luar negara seperti Thailand, Indonesia, China.

"Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang" Anjuran DPUM Hargai Jasa Usahawan dan Agensi Kerajaan
Presiden DPUM, Datuk Seri Abu Hassan Mohd Nor

Dewan perniagaan ini ditubuhkan adalah untuk membantu usahawan, sebagai tempat berpaut dan juga platform untuk mengembangkan perniagaan. Sebagai contohnya, dewan ini akan membantu usahawan untuk berurusan dengan agensi-agensi kerajaan sebagai 'pemudah cara' seterusnya membantu melancarkan proses sekaligus dapat membantu perniagaan dikembangkan. 

Ditubuhkan pada tahun 2013, keahlian DPUM adalah terbuka kepada semua individu berusia 18 tahun hingga 75 tahun, dengan bayaran yuran tahunan sebanyak RM150 bagi usahawan individu dan RM500 untuk usahawan korporat.

Menurut Datuk Seri Abu Hassan, ahli DPUM juga terdiri daripada kalangan artis yang menceburi bidang perniagaan dan antaranya adalah Haqiem Rusli, Zizan Razak, Ramlah Ram, Fauziah (Ogy) Ahmad Daud, Ujie Rashid, Nabila Razali dan ramai lagi. 

"Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang" Anjuran DPUM Hargai Jasa Usahawan dan Agensi Kerajaan

Mengenai perancangan masa depan, DPUM baru sahaja pindah ke bangunan baru, tiga tingkat yang mana bakal menempatkan studio serta lokasi menghasilkan jingle untuk usahawan dan korporat melalui saluran MYTVUSAHAWAN yang bakal disiarkan secara atas talian. 

Kepada yang berminat untuk menjadi ahli Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) boleh terus hubungi mereka melalui laman Facebook atau ke pejabat mereka di Setapak, Kuala Lumpur.

"Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang" Anjuran DPUM Hargai Jasa Usahawan dan Agensi Kerajaan


DEWAN PERNIAGAAN USAHAWAN MALAYSIA (DPUM)


LOKASI : 30-2, Jalan Usahawan, 53200, Setapak, Kuala Lumpur

FACEBOOK : https://www.facebook.com/dpukmHQ/

TELEFON : 019 -2888089

SEKIAN. 

6 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Tahniah buat semua penerima anugerah. Semoga anugerah yang diterima akan memberi semangat baru untuk terus menjadi usahawan yang berkualiti.

    ReplyDelete
  2. Menarik event dengan pelbagai persembahan menarik ya. Macam nak join ahli dpum jugak lah

    ReplyDelete
  3. Wah, bagus betul! DPUM ni memang dah banyak membantu peniaga kita terutamanya daripada segi sokongan untuk urusan dengan pihak kerajaan dan mengembangkan perniagaan mereka. Terbaik!

    ReplyDelete
  4. Wow!!! What a lively event to attend. Meriah dan seronok nampak. Thank you for sharing your experience.

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada usahawan yang menerima anugerah malam yang gemilang ni.

    ReplyDelete
  6. kehadiran atas lama otai tu memang best. majlis yg cukup meriah dan bermakna

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post