Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi SkyCab Menuju ke Langkawi SkyBridge!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi SkyCab Menuju ke Langkawi SkyBridge!

Alhamdulillah, seperti mana yang anda sedia maklum, baru-baru ini aku ada menyertai satu Familiarisation Trip ke Langkawi. Banyak tempat-tempat kami lawati dan singgah. Untuk artikel kali ini aku nak ceritakan tentang pengalaman aku menaiki Langkawi SkyCab menuju ke Langkawi SkyBridge. Selain itu, aku juga nak kongsikan satu lagi tempat menarik di Langkawi yang anda boleh kunjungi iaitu Taman Lagenda. Untuk itu, teruskan pembacaan anda ya!

{tocify} $title={KANDUNGAN}

PENGALAMAN MENARIK MENAIKI LANGKAWI SKYCAB MENUJU KE  LANGKAWI SKYBRIDGE!

Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi SkyCab Menuju ke Langkawi SkyBridge!

Alhamdulillah, ini merupakan kali ketiga aku ke Pulau Langkawi dan kali kedua aku ke Langkawi SkyBridge. Untuk kali pertama adalah ketika trip bersama rakan-rakan blogger pada tahun 2021 kalau tak silap. Memang tak sah sebenarnya sekiranya dah datang ke Langkawi, tapi tak naik Langkawi SkyBridge.

LANGKAWI SKYCAB

Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi SkyCab Menuju ke Langkawi SkyBridge!

Untuk anda yang belum tahu, SkyCab merupakan salah satu tarikan menarik di Langkawi, juga dikenali orang ramai sebagai kereta kabel. Di Malaysia sekarang ini terdapat dua lokasi sahaja tarikan sebegini iaitu di Langkawi dan juga Genting Highland.

SkyCab akan memberikan pengalaman yang unik menerusi perjalanan kereta kabel merentasi hutan-hutan tebal yang berusia 550 juta tahun menuju ke bahagian tertua di Asia Tenggara iaitu Gunung Machincang. 

Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi SkyCab Menuju ke Langkawi SkyBridge!

✅Stesen pangkalan kereta kabel terletak di kaki Gunung Machincang. Dari sini, pengunjung akan dibawa ke gunung Machincang yang sejuk melalui sistem kereta kabel. 

✅Perjalanan dari stesen pangkalan ke stesen pertengahan akan menempuh jarak sejauh 1,700 meter dan setelah sampai di stesen pertengahan pada ketinggian 650m dari paras laut, pengunjung akan dapat turun dan berjalan ke platform tinjauan. 

Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi SkyCab Menuju ke Langkawi SkyBridge!

Di sini pengunjung akan dapat menggunakan kemudahan teropong bagi menyaksikan pemandangan 360 darjah yang indah. Pengunjung akan menikmati pemandangan pulau utama serta pulau-pulau di sekitarnya. Pengunjung juga dapat melihat flora yang unik dengan lebih dekat di laluan lembah berhutan antara stesen pertengahan dan stesen di puncak.

Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi SkyCab Menuju ke Langkawi SkyBridge!

✅Menerusi perjalanan yang singkat dengan menaiki tangga ke stesen puncak pada ketinggian 708m dari paras laut akan membawa pengunjung ke dua platform tinjauan di puncak gunung Machincang. Puncak gunung ini memberikan pemandangan panorama 360 darjah yang meliputi kepulauan Langkawi dan Selatan Thailand yang menakjubkan selain pemandangan dramatis dari celahan yang berbukit pada puncak terpencil. 

BEBERAPA JENIS KERETA KABEL DI LANGKAWI SKYCAB

🚠 Gondola Biasa : Setiap gondola boleh memuatkan 6 orang dengan berat keseluruhan 480kg. Secara keseluruhan, terdapat 35 unit gondola normal ini dan memerlukan 15 minit untuk sampai ke stesen teratas.

🚠 Gondola Lantai Berkaca : Sekiranya anda seorang yang ekstrem dan mencari pengalaman yang mendebarkan, gondola kaca bawah adalah jawapan anda. Anda akan dapat melihat pemandangan hutan dan gunung yang mempesonakan tepat di bawah kaki anda. Oleh kerana bahagian bawah gondola telus, anda akan dapat melihat pemandangan alam di bawah ini dengan jelas.

Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi SkyCab Menuju ke Langkawi SkyBridge!

🚠  Gondola VIP : Anda boleh mencuba salah satu produk mewah dimana privasi anda terjamin iaitu Gondola VIP dan ia akan memberikan kepuasan sepenuhnya kepada anda. Anda juga akan dihidangkan dengan makanan dan minuman. 

🚠   360° Gondola : 360° Gondola adalah produk terbaru Langkawi SkyCab yang akan memberi anda pengalaman yang berbeza. Dengan gondola reka bentuk terbuka, ia memberikan pengalaman yang mengujakan dan anda akan dapat menikmati pemandangan sekitarnya dengan angin sepoi-sepoi Gunung Machinchang dan pemandangan indah Langkawi dalam perjalanan anda ke puncak gunung.

HARGA LANGKAWI SKYCAB 

  • WARGA NEGARA : Dewasa : RM43 / Kanak-Kanak : RM33 
  • PELANCONG ASING : Dewasa: RM85 / Kanak-Kanak :  RM65
Untuk makluman, pada harga biasa ini, anda perlu beratur, serta terdapat masa pelepasan. Anda akan menaiki Gondola Biasa, dna perlu berkongsi dengan pengunjung lain. (6 orang satu gondola).

Tiket ini termasuk dengan kemasukan ke SkyDome, SkyRex dan 3D Art Langkawi.

Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi SkyCab Menuju ke Langkawi SkyBridge!

✅ EXPRESS LANE : + RM50

Semasa musim puncak, barisan panjang tidak dapat dielakkan tetapi anda mempunyai pilihan. Apa yang anda perlu lakukan ialah membuat pilihan yang betul. Express Lane dapat menjmatkan masa menunggu berjam-jam ke 10 minit sahaja. 

HARGA MENAIKI GONDOLA-GONDOLA LAIN

✅ 360° Gondola : RM155.00
✅ Glass Bottom GOndola : RM105.00
✅ Private Gondola : RM550.00
✅ VIP Gondola : RM550.00


LANGKAWI SKYBRIDGE

Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi SkyCab Menuju ke Langkawi SkyBridge!

Langkawi SkyBridge berukuran 125 meter panjang dan struktur ini merupakan antara jambatan gantung lengkung terpanjang di dunia. Membinanya bukanlah suatu pencapaian yang mudah kerana untuk menyiapkannya pelbagai cara dan elemen kritikal perlu diambil kira, seperti berikut; pengimbangan struktur dari satu titik (bahagian atas tiang), pengurusan berat badan dan pengagihan beban yang optimum, pra-fabrikasi jambatan dan pemasangan di lokasi. Seluruh jambatan, barang-barangnya harus diangkat ke puncak gunung dengan menggunakan helikopter dan kemudian dipasang ke posisi sekarang.

Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi SkyCab Menuju ke Langkawi SkyBridge!

Memang cantik betul pemandangan Pulau Langkawi dari SkyBridge ini, ditambah lagi dengan angin yang agak sejuk, memang seronok sebenarnya. Ada beberapa cara untuk ke Langkawi SkyBridge ini, cara yang lebih menjimatkan kos adalah dengan mendaki anak tangga dari stesen pertengahan atau menuruni anak tangga dari stesen puncak ke sini. Untuk mereka yang mungkin malas nak mendaki dan sebagainya, boleh menaiki SkyGlide yang berada di stesen puncak. 

Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi SkyCab Menuju ke Langkawi SkyBridge!

Tiket untuk ke SkyBridge ini boleh dibeli di stesen puncak atau dalam talian, harga untuk dewasa adalah RM6 manakala kanak-kanak adalah RM4 sahaja. 

LANGKAWI SKYGLIDE

SkyGlide adalah jenis pengangkutan kabin yang boleh bergerak ke atas dan ke bawah mengikut tahap kecondongan tertentu. Secara umum, reka bentuk kabin adalah seperti lif dengan penamat panel kaca di semua sisi. Ini untuk membolehkan pengunjung mendapat pemandangan Gunung Machincang yang jelas dan sekitarnya. 

Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi SkyCab Menuju ke Langkawi SkyBridge!

Sebelum dibina, pengunjung yang ingin mengunjungi SkyBridge perlu berjalan kaki selama 10 minit melalui laluan hutan. Perjalanan singkat ini amat menyeronokkan tetapi agak mencabar terutama bagi golongan warga tua dan kanak-kanak. Namun dengan SkyGlide pengunjung akan mempunyai cara yang lebih pantas dan mudah untuk mengunjungi SkyBridge. 

Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi SkyCab Menuju ke Langkawi SkyBridge!

Dengan kepanjangan trek sejauh 94 meter, kabin SkyGlide dapat memuatkan sehingga 12 penumpang atau muatan seberat 1050 kilogram setiap perjalanan. Tak sampai 2 minit perjalanan kabin dari stesen teratas ke SkyBridge. Untuk makluman, tiket SkyGlide dijual secara berasingan dari tiket SkyCab biasa. 

Anda boleh membeli tiket SkyGlide di stesen puncak dengan harga bayaran RM16 untuk dewasa manakala RM11 untuk kanak-kanak.


PANORAMA LANGKAWI

Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi SkyCab Menuju ke Langkawi SkyBridge!

Terletak di pantai barat pulau utama Langkawi, Langkawi SkyCab terletak di Kampung Oriental di kaki bukit banjaran gunung Machinchang. Antara tarikan di sini termasuklah SkyBridge, SkyDome, SkyCab dan SkyGlide. Bukan itu, sahaja ada juga tarikan-tarikan lain seperti SkyRex, Oriental Village, 6D Cinemotion, SkyBoutique, SkyBistro, 3D Art Langkawi, Machincang Petland Langkawi, SkyTrail, Telaga Tujuh dan tarikan paling baru, Eagle's Nest SkyWalk.

Ia adalah kira-kira 39 minit pemanduan dari bandar Kuah dan 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Untuk carian mudah, cuma muat turun aplikasi navigasi ke alat elektronik anda: Waze atau Google Map, dan cari Kereta Kabel Langkawi untuk arah ke Langkawi SkyCab.

PANORAMA LANGKAWI



LOKASI : Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah

HUBUNGI : [6] 04-9612000
EMEL : info@panoramalangkawi.com

LAMAN SESAWANG : https://panoramalangkawi.com/

FB : https://www.facebook.com/langkawiskycab/
TT : https://www.tiktok.com/@langkawiskycab
X : https://twitter.com/panoramalgk


TAMAN LAGENDA LANGKAWI

Taman Lagenda Langkawi

Terletak berhampiran Jeti Kuah, taman ini bertemakan legenda dan mitos yang terdapat di Pulau Langkawi. Berhadapan dengan Kuah Waterfront, para pengunjung dapat melihat pemandangan pantai Kuah dan Dataran Lang dari sudut yang luas. Kawasan seluas 50 hektar ini mempamerkan beberapa ukiran batu, pameran kebudayaan, dan lain – lain lagi yang berkisar tentang sejarah serta mitos Langkawi.

Taman Lagenda Langkawi

Berikut merupakan antara kisah lagenda Pulau Langkawi yang popular :-

LEGENDA KISAH MAHSURI 

Mahsuri merupakan anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Mahsuri telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri kerana ibu mertuanya merasa iri hati dengan kecantikan dan penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya, Mahsuri dihukum mati.

Taman Lagenda Langkawi

Pada hari hukuman berlaku, keris keramat kepunyaan keluarga Mahsuri sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu, terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih dan itu membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata.

Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi tidak akan aman selama tujuh keturunan. Kebenaran sumpah Mahsuri itu telah termakbul apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan.

Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju setelah tujuh keturunan berada di dalam kepayahan.

LEGENDA KISAH TASIK DAYANG BUNTING

Tasik ini diberi nama sedemikian kerana menurut satu lagenda lama, ia mengisahkan tentang perkahwinan seorang puteri kayangan dengan seorang putera raja kerajaan bumi. Anak yang lahir hasil daripada perkahwinan mereka ini telah mangkat selepas saja ia dilahirkan. Oleh kerana puteri ini sangat sedih dan kecewa dengan kejadian yang berlaku, beliau telah menyemadikan mayat anaknya ke dalam air tasik ini.

Taman Lagenda Langkawi

Setelah itu, beliau telah meninggalkan bumi dan kembali pulang ke kayangan. Puteri itu telah menjampi air tasik tersebut sebagai penawar kepada pasangan yang tidak dapat mendapat zuriat dan dipercayai perempuan yang mandul boleh kembali subur.

LEGENDA KISAH MAT CHINCANG DAN MAT RAYA

Mat Chinchang dan Mat Raya adalah diantara keluarga gergasi yang tinggal di pulau utama di Pulau Langkawi. Disebabkan oleh saiz mereka yang besar serta kekuatan tenaga luar biasa yang dimiliki oleh mereka, bentuk mukabumi Langkawi telah berubah dengan dramatik.

Taman Lagenda Langkawi

Lagenda mereka bermula apabila Mat Raya bercadang untuk mengadakan kenduri bersempena dengan pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Mat Chinchang. Pada hari majlis itu berlangsung didapati anak lelaki Mat Chinchang telah berlaku sumbang dengan seorang dara dan ini telah mencetuskan kemarahan Mat Raya.

Akibatnya, persahabatan diantara kedua keluarga ini terputus dan mereka saling bermusuhan sehingga berlakunya pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Pergaduhan di antara dua keluarga ini telah mengubah kawasan pulau utama ini dimana tempat cincin pertunangan itu jatuh selepas dicampakkan, dan dinamakan sebagai Tanjung Cincin.

Kawasan dimana peralatan yang digunakan untuk memasak itu pecah, dan dinamakan sebagai Kampung Belanga Pecah. Manakala kuah yang mengalir itu dinamakan Pekan Kuah dan tempat dimana kuah itu meresap ke tanah dinamakan Kisap serta kawasan Air Hangat yang mempunyai perigi air panas berasal dari bekas memasak air yang telah pecah semasa majlis tersebut berlangsung.

Mat Raya dan Mat Chinchang pula telah bertukar menjadi gunung batu yang dikenali sebagai Gunung Raya dan Gunung Chinchang. Manakala Mat Sawar yang menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah pertelingkahan mereka berdua ini telah bertukar menjadi sebuah bukit yang menjadi pemisah kepada dua gunung ini.

Taman Lagenda Langkawi

Untuk anda yang meminati sejarah lagenda dan mitos, bolehlah ke sini. Banyak sebenarnya kisah-kisah rakyat yang menarik, termasuklah dengan lokasi untuk bergambar yang cantik-cantik belaka. 

 TAMAN LAGENDA LANGKAWI



LOKASI : Bersebelahan Dataran Lang dan juga Jeti Pelancongan Kuah

WAKTU OPERASI : Setiap Hari : 9.00 Pagi - 7.00 Petang
HARGA MASUK : Percuma

SEKIAN

QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024  sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.

QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di qttgroup.management@gmail.com dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02  

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post