Rumah Maw'art : Studio Seni dan Kafe Moden Menarik di Langkawi, Kedah

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rumah Maw'art : Studio Seni dan Kafe Moden Menarik di Langkawi, Kedah

Alhamdulillah, kembali lagi dalam artikel travel. Baiklah untuk edisi kali ini aku nak meneruskan lagi menceritakan antara lokasi-lokasi menarik di Langkawi. Untuk mereka yang belum tahu, baru-baru ini sekitar awal bulan Mac yang lalu aku dan rakan-rakan berkesempatan menyertai satu program Fam Trip di Langkawi. Alhamdulillah, banyak tempat-tempat menarik yang kami lawati dan antaranya adalah Rumah Maw'art.

RUMAH MAW'ART : STUDIO SENI DAN KAFE MODERN DI LANGKAWI, KEDAH

Rumah Maw'art merupakan sebuah studio batik dan juga sebuah kafe menarik yang terletak di Kampung Mawar. Kampung ini terletak berdekatan dengan salah sebuah lokasi pelancongan popular di Langkawi iaitu Makam Mahsuri. 

Rumah Maw'art : Studio Seni dan Kafe Moden Menarik di Langkawi, Kedah

Rumah Maw'art : Studio Seni dan Kafe Moden Menarik di Langkawi, Kedah

Rumah Maw'art menawarkan konsep rumah tradisional klasik yang memberikan anda pengalaman yang menakjubkan dengan landskap alam yang indah dan pemandangan yang luar biasa. Di sini, anda boleh menikmati keindahan alam yang semulajadi dan menikmati suasana yang tenang dan damai. Rumah Maw'art yang unik ini, mempunyai dinding dan lantai yang dibuat dengan kayu kerana ia bertemakan rumah melayu klasik. 

Rumah Maw'art : Studio Seni dan Kafe Moden Menarik di Langkawi, Kedah

Rumah Maw'art : Studio Seni dan Kafe Moden Menarik di Langkawi, Kedah

Dengan suasana hijau kampung di luar jendela dan bermacam barangan antik di beberapa bahagian kafe, hasil tangan dua pemuda yang mempunyai bakat seni yang mengagumkan iaitu Ujay dan Lan. Ujay, seorang penggemar kopi, telah mencuba banyak jenis minuman kopi di setiap negara yang disinggahinya. Pengalamannya minum kopi di Indonesia telah menginspirasinya untuk mewujudkan impiannya yang telah lama terpendam untuk membuka sebuah kafe.

Rumah Maw'art : Studio Seni dan Kafe Moden Menarik di Langkawi, Kedah

Rumah Maw'art : Studio Seni dan Kafe Moden Menarik di Langkawi, Kedah

Terdapat pelbagai jenis minuman dan juga makanan yang anda boleh nikmati di sini sambil melihat hasil-hasil seni di sekitar kawasan Rumah Maw'art ini. Antara yang kami nikmati adalah beberapa jenis kek keju (cheese) dan juga peknga yang memang sedap dan sungguh mengenyangkan. 

Rumah Maw'art : Studio Seni dan Kafe Moden Menarik di Langkawi, Kedah

Rumah Maw'art : Studio Seni dan Kafe Moden Menarik di Langkawi, Kedah

Rumah Maw'art : Studio Seni dan Kafe Moden Menarik di Langkawi, Kedah

Baiklah, selain daripada makanan dan minuman, di sini juga terdapat jualan hasil seni dan juga kursus lukisan batik. Anda bolehlah belajar cara dan teknik yang betul dalam membaut lukisan batik. Sayangnya kami tak sempat nak belajar membuat lukisan batik kerana masa yang tidak mencukupi kerana terdapat lokasi lain yang perlu disinggah. In shaa Allah sekiranya diberi peluang, aku dan rakan-rakan pasti akan datang lagi dan melakukan aktiviti seni di sini. 

Rumah Maw'art : Studio Seni dan Kafe Moden Menarik di Langkawi, Kedah

Rumah Maw'art : Studio Seni dan Kafe Moden Menarik di Langkawi, Kedah

Jom datang ke Rumah Maw'art, Langkawi sekiranya anda bercuti di pulau lagenda ini. Oh ya, Rumah Maw'art ini dibuka setiap hari kecuali hari selasa dan waktu operasi bermula jam 8.30 Pagi sehingga 10.30 Malam. 

Rumah Maw'art : Studio Seni dan Kafe Moden Menarik di Langkawi, Kedah

RUMAH MAWART LANGKAWI



LOKASI : n104, Mukim, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah

WAKTU OPERASI : Setiap Hari kecuali Selasa (8.30 Pagi - 10.00 Malam)

HUBUNGI : 014-674 5089



QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024  sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.

QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di qttgroup.management@gmail.com dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02  

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!