Era Baharu Perbelanjaan Bijak: Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga dengan Kualiti

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Era Baharu Perbelanjaan Bijak: Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga dengan Kualiti

Rakyat Malaysia masih berhati-hati dengan perbelanjaan mereka, namun kini mereka juga meneliti strim langsung dan video produk sebelum membuat pembelian. Menurut tinjauan pengguna terkini dari Shopee

, walaupun 42% responden masih mengutamakan diskaun dan harga rendah, sebilangan yang lebih besar iaitu 58% kini meletakkan keutamaan kepada kualiti produk dan kredibiliti penjual dalam menentukan sama ada sesuatu pembelian itu benar-benar berbaloi.

Trend baharu ini menandakan perubahan ketara dalam landskap e-dagang: pengguna masih peka terhadap harga, namun tidak lagi membuat keputusan berdasarkan diskaun semata-mata. Sebaliknya, mereka menggunakan pelbagai ciri yang membina kepercayaan seperti Shopee Live, Shopee Video, kandungan affiliate dan ulasan yang sahih untuk mencapai keseimbangan antara kemampuan dan kualiti. Golongan pengguna ini lebih berwaspada dan bijak, memanfaatkan teknologi digital untuk memaksimumkan nilai setiap ringgit serta memastikan keputusan pembelian yang lebih bernilai.

Pengesahan Kualiti Produk Melalui Bukti Sosial

Walaupun harga kekal sebagai faktor penting, pengguna masa kini tidak sekadar mencari diskaun, mereka juga menilai kualiti produk menggunakan pelbagai ciri yang tersedia di platform.

Lebih 60% pengguna Malaysia memanfaatkan ciri seperti baucar harian, pulangan tunai, Syiling Shopee dan label ‘Lagi Murah’ bagi mendapatkan penjimatan terbaik. Malah, 79% responden melaporkan bahawa mereka menggabungkan pelbagai baucar untuk memaksimumkan penjimatan, manakala 40% aktif mencari label ‘Lagi Murah’ bagi memastikan mereka mendapat harga terendah. Namun, pendekatan baharu ini disertai dengan semakan lanjut menerusi ciri-ciri tambahan seperti Shopee Live dan Shopee Video.

Sebanyak 83% pengguna menyatakan bahawa mereka menggunakan Shopee Live sebagai panduan pembelian. Penstriman langsung bukan sahaja bersifat interaktif dan menghiburkan, malah turut menampilkan demonstrasi produk dalam masa nyata, interaksi jujur antara penjual dan pelanggan serta promosi eksklusif. Kesemuanya membina keyakinan yang tidak dapat dicapai menerusi paparan produk statik. Pembelian kini bukan sekadar soal harga, tetapi nilai menyeluruh yang dirasai pengguna.

Kandungan video pendek seperti Shopee Video pula menjadi sumber ulasan pantas dan boleh dipercayai yang menambah keyakinan pembeli. Sekitar 70% responden mempercayai cadangan pencipta kandungan, terutamanya apabila disokong oleh penilaian penjual yang tinggi dan ulasan pengguna yang telah disahkan. Bagi produk atau penjual baharu, hampir separuh responden menyatakan bahawa penilaian penjual dan ulasan pembeli adalah rujukan paling penting. Ini menunjukkan permintaan yang semakin meningkat terhadap bukti sosial dan ketelusan, di mana nilai produk turut merangkumi pengesahan komuniti.


Menilai Semula Erti “Berbaloi”: Kualiti + Mampu Milik = Pembelian Bijak

Trend ini mencerminkan perubahan kekal dalam tabiat membeli-belah dalam talian rakyat Malaysia. Pengguna kini tidak hanya mengklik pada produk paling murah – mereka menilai, membandingkan, dan mencari bukti kualiti. Maka, penjual perlu menawarkan tawaran menarik sambil melabur dalam kandungan berinformasi, penglibatan masa nyata dan pengalaman yang membina kepercayaan.

Bagi memenuhi keperluan pembeli bijak ini, Shopee giat memperkembangkan ekosistem affiliate melalui pelbagai inisiatif daripada menggalakkan lebih banyak kandungan bentuk pendek menerusi Video Missions, membimbing pencipta kandungan berkualiti tinggi melalui Content Creator Club, hinggalah memudahcara padanan affiliate secara strategik antara penjual dan jenama. Usaha ini semakin membuahkan hasil yang ketara: dalam kempen Raya Bersama Shopee dan Festival Fesyen & Kecantikan 5.5 baru-baru ini, affiliate menyumbang kepada 1 daripada setiap 3 pesanan, sekali gus membuktikan peranan besar mereka dalam mendorong penukaran melalui kandungan yang dipercayai dan mudah didekati. Pembangunan berterusan ini mencerminkan komitmen Shopee untuk membekalkan pengguna dengan kandungan yang lebih bermakna dan diyakini, menyokong keputusan pembelian yang lebih bijak serta membantu penjual berkembang dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi digital jangka panjang.

Era Baharu Perbelanjaan Bijak: Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga dengan Kualiti

Komitmen ini telahpun menunjukkan hasil yang nyata buat penjual tempatan seperti Mohd Naimran Nordin, pengasas jenama Adnaa yang dikenali dengan busana tradisional elegan dan mampu milik. Sepanjang kempen Raya Bersama Shopee, jualan Adnaa meningkat sebanyak 170% hasil penggunaan alat kandungan interaktif seperti Shopee Live dan Shopee Video. Naimran berkongsi bahawa alat ini “menghidupkan rekaan kami, membolehkan pelanggan melihat kualiti dan potongan secara langsung.” Sepanjang kempen tersebut, Adnaa mencatatkan peningkatan pesanan melalui Shopee Live (116%), Shopee Video (281%), dan yang paling ketara, melalui kandungan affiliate (227%).

Kejayaan Adnaa menunjukkan mengapa Shopee terus memberi tumpuan kepada kandungan dan komuniti. “Pengguna hari ini lebih berpengetahuan berbanding sebelum ini,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia. “Mereka bukan sekadar mencari harga terendah, bahkan mereka mencari keyakinan dan nilai yang bermakna. Oleh itu, kami melabur dalam alat seperti Shopee Live, Shopee Video, dan memacu kandungan affiliate. Kami mahu memperkasakan rakyat Malaysia untuk berbelanja dengan lebih bijak, dan pada masa yang sama, membantu penjual memacu penukaran melalui pembinaan kredibiliti dan hubungan yang bermakna.”

Perubahan ke arah pembelian yang lebih bijak ini adalah satu anjakan struktur yang berkekalan. Bagi jenama dan penjual, nilai kini tidak lagi bergantung kepada harga semata-mata,  tetapi pada gabungan kemampuan dengan keyakinan.

Sekian

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!