Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU

Thunderbolts merupakan filem ke-36 dalam francais Marvel Cinematic Universe (MCU), sekali gus menjadi antara filem yang dinanti-nantikan dalam Fasa 5. Filem ini membawa pendekatan yang lebih gelap dan mendalam, dengan memfokuskan kepada sekumpulan individu bermasalah — bukan wira tipikal — yang dihimpunkan untuk misi sulit. Sebuah usaha Marvel yang cuba keluar dari kebiasaan formula Avengers.

(toc) #title=(Table of Content)

REVIEW FILEM : THUNDERBOLTS* (2025)

Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU

Pengarah: Jake Schreier
Penerbit: Kevin Feige
Penulis Skrip: Eric Pearson & Joanna Calo
Durasi: 126 minit
Sinematografi: Andrew Droz Palermo
Muzik : Son Lux
Bahasa: Inggeris
Bajet: USD180 juta
Studio: Marvel Studios
Pengedar: Walt Disney Studios Motion Pictures
Tarikh Tayangan: 2 Mei 2025


Rotten Tomatoes: 88% 
Metacritic: 68/100
CinemaScore: A–
PostTrak: 4.5/5


BARISAN PELAKON FILEM THUNDERBOLTS* (2025)

Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU
  • Florence Pugh sebagai Yelena Belova
  • Sebastian Stan sebagai Bucky Barnes / Winter Soldier
  • David Harbour sebagai Alexei Shostakov / Red Guardian
  • Wyatt Russell sebagai John Walker / U.S. Agent
  • Hannah John-Kamen sebagai Ava Starr / Ghost
  • Olga Kurylenko sebagai Antonia Dreykov / Taskmaster
  • Lewis Pullman sebagai Robert Reynolds / Sentry (Bob)
  • Geraldine Viswanathan sebagai Mel
  • Julia Louis-Dreyfus sebagai Valentina Allegra de Fontaine
Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU


SINOPSIS PENUH FILEM THUNDERBOLTS* (2025)

Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU

AMARAN SPOILER : Filem bermula di Malaysia, di mana Yelena Belova menjalankan misi untuk memusnahkan sebuah makmal rahsia atas arahan Valentina Allegra de Fontaine. Misi itu berkait rapat dengan projek rahsia superhuman "Sentry" oleh organisasi O.X.E.

Selepas Valentina diancam pemecatan, dia menghantar Yelena, John Walker, Ava Starr dan Taskmaster ke fasiliti O.X.E. Kononnya untuk misi rahsia, namun sebenarnya mereka diperangkap untuk saling menghapuskan dan memusnahkan bukti. Dalam kekacauan tersebut, Taskmaster terbunuh dan mereka menemui seorang lelaki bernama Bob.

Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU

Bob, yang dilaporkan sudah mati, sebenarnya adalah subjek eksperimen yang mempunyai kuasa luar biasa. Ketika pasukan cuba melarikan diri, Bob menunjukkan kebolehan luar biasa — termasuk tidak cedera ditembak dan boleh terbang. Dia kemudian dibawa ke Menara Avengers (kini "Watchtower") oleh Valentina untuk tujuan manipulasi lanjut.

Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU

Red Guardian menyelamatkan Yelena dan yang lain selepas mengetahui niat sebenar Valentina. Mereka menamakan kumpulan mereka sebagai “Thunderbolts”. Bucky Barnes kemudian menyertai mereka selepas menyiasat perkara sebenar. Bersama-sama, mereka menyusup masuk ke Watchtower dan bertempur dengan Sentry yang kini sudah dimanipulasi Valentina.

Namun, Sentry akhirnya hilang kawalan dan melepaskan alter ego gelapnya — Void. New York diliputi kegelapan, dan penduduknya terperangkap dalam dimensi trauma peribadi mereka. Yelena masuk ke dalam dunia gelap itu untuk membantu Bob menghadapi masa lalunya. Dengan bantuan Thunderbolts, Bob berjaya mengawal semula dirinya dan mengalahkan Void.

Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU

Akhirnya, Valentina memanipulasi keadaan dengan menjenamakan mereka sebagai “New Avengers” di hadapan umum. Thunderbolts tidak punya pilihan selain akur buat masa ini, namun memberi amaran keras kepada Valentina agar tidak mengkhianati mereka lagi.

Adegan Kredit Akhir

Dalam adegan pasca kredit, 14 bulan kemudian, Bob dan pasukan "New Avengers" menerima isyarat kecemasan dari sebuah kapal angkasa misteri dengan logo nombor “4”. Ini menandakan kemunculan Fantastic Four dan menjadi penghubung terus ke filem Avengers: Doomsday (2026).

ULASAN FILEM THUNDERBOLTS* (2025)

Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU

Alhamdulillah, akhirnya aku berkesempatan menonton Thunderbolts*. Walaupun kali ini aku tidak sempat menonton pada hari pertama tayangan, aku bersyukur kerana berjaya mengelak daripada terbaca sebarang spoiler di media sosial. Ini merupakan filem kedua dari MCU yang aku tonton untuk tahun ini, dan sememangnya antara filem yang aku nanti-nantikan sejak ia diumumkan lagi.

Jalan Cerita

Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU

Bagi aku, jalan ceritanya tersusun dengan baik dan mudah difahami. Filem ini mengangkat tema mental dan trauma dengan cara yang cukup matang. Aku sangat tertarik dengan bagaimana watak-watak daripada pelbagai filem terdahulu — masing-masing dengan latar belakang dan masalah tersendiri — dihimpunkan dalam satu pasukan. Gabungan ini bukan sekadar gimik, tetapi membawa kesan emosi yang kuat, terutama dalam momen-momen konfrontasi peribadi.

Untuk konteks, berikut ialah barisan watak utama dan projek MCU terdahulu mereka:
  • Yelena Belova (Florence Pugh): Black Widow (2021), Hawkeye (2021)
  • Bucky Barnes / Winter Soldier (Sebastian Stan): Captain America: The First Avenger (2011), The Winter Soldier (2014), Civil War (2016), Infinity War (2018), Endgame (2019), The Falcon and the Winter Soldier (2021)
  • Red Guardian / Alexei Shostakov (David Harbour): Black Widow (2021)
  • John Walker / U.S. Agent (Wyatt Russell): The Falcon and the Winter Soldier (2021)
  • Ava Starr / Ghost (Hannah John-Kamen): Ant-Man and the Wasp (2018)
  • Antonia Dreykov / Taskmaster (Olga Kurylenko): Black Widow (2021)
  • Bob Reynolds / Sentry (Lewis Pullman): debut dalam Thunderbolts (2025)

Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU

Gabungan watak-watak ini, yang setiap satunya menyimpan sejarah hitam dan trauma tersendiri, menjadikan dinamik kumpulan ini jauh lebih kompleks berbanding Avengers asal.

Lakonan

Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU

Dari segi lakonan, Florence Pugh benar-benar menyerlah. Walaupun ini adalah filem adiwira, emosinya sangat kuat dan menyentuh hati. Lewis Pullman pula memberikan dimensi berlapis kepada watak Bob/Sentry — dua sisi yang sangat berbeza tetapi berjaya disampaikan dengan penuh kesan. Cuma satu yang agak mengecewakan aku ialah kematian watak Taskmaster yang berlaku terlalu awal. Namun, mungkin ia disengajakan untuk menunjukkan betapa serius dan berisikonya misi mereka kali ini.

Sinematografi

Sinematografi dalam Thunderbolts nyata berbeza daripada filem MCU yang lain. Dari segi tona warna, pencahayaan dan penggunaan filter, filem ini kelihatan lebih “kasar” tetapi artistik. Aku juga suka pendekatan penggambaran di lokasi sebenar, yang memberikan rasa lebih “hidup” dan realistik pada setiap babak. Aku yakin para pelakon juga lebih selesa dan terbawa suasana apabila berlakon di lokasi sebenar.

Kesan Khas (CGI)

Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU

Disebabkan banyak babak difilemkan di lokasi, penggunaan green screen atau blue screen kelihatan lebih minimum berbanding filem Marvel yang lain. Walaupun tidak sepenuhnya bebas CGI, hasil kesan khas dalam filem ini sangat kemas dan tidak mencacatkan pengalaman menonton. Ia digunakan secara bijak, terutamanya dalam babak pertarungan dan adegan Void di akhir cerita.

Muzik
Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU

Bagi aku, skor muzik dalam filem ini memainkan peranan penting. Setiap babak disokong oleh muzik latar yang sesuai dan berkesan. Dan sudah tentu, detik yang paling mengujakan ialah apabila tema klasik Avengers dimainkan sewaktu pengumuman "New Avengers" — satu momen yang buat bulu roma aku meremang.

Malaysia di Layar MCU

Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU

Sebagai rakyat Malaysia, aku cukup bangga apabila negara kita menjadi salah satu latar utama dalam filem ini. Bukan sekadar disebut sepintas lalu, tetapi ditampilkan dengan cukup jelas — dari latar suasana moden, hingga elemen budaya tempatan yang masih terpelihara. Aku percaya ramai penonton global akan lebih mengenali Malaysia selepas menonton filem ini.

Adegan Kredit

Satu lagi aspek yang aku puji ialah adegan kredit filem ini. Ia antara yang terpanjang dan terpenting dalam sejarah MCU. Credit scene ini bukan sekadar tambahan, tetapi menjadi penghubung terus kepada filem seterusnya, sepertimana filem Thor: Ragnarok (2017) membuka laluan kepada kemunculan Thanos dalam Infinity War (2018). Kemunculan kapal Fantastic Four dan logo “4” itu benar-benar membuat aku tidak sabar menantikan Avengers: Doomsday (bakal datang).

Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU


ETIKA KETIKA MENONTON WAYANG

Satu perkara yang benar-benar menjejaskan pengalaman aku menonton Thunderbolts baru-baru ini ialah sikap segelintir penonton yang tidak menjaga etika ketika berada di dalam pawagam.

Seorang lelaki yang duduk di sebelah aku sepanjang tayangan sibuk bercerita mengenai setiap babak kepada rakannya, dengan suara yang agak kuat. Walaupun sesetengah babak memang mengundang ketawa atau reaksi spontan, ia bukanlah alasan untuk mengulas setiap adegan seolah-olah sedang mengadakan sesi kupasan filem secara langsung. Tindakan seperti ini amat mengganggu dan langsung tidak menghormati penonton lain yang ingin menumpukan perhatian kepada jalan cerita.

Aku hadir pada tayangan pertama hari itu, jam 10.30 pagi. Jadi, sekurang-kurangnya jagalah kebersihan diri. Kalau tidak sempat mandi sekalipun, memadai dengan menggosok gigi. Malangnya, individu tersebut bukan sahaja bercakap berterusan, malah mulutnya berbau, menjadikan suasana lebih tidak selesa.

Tanggungjawab untuk menjaga adab dan keselesaan bersama ketika menonton wayang bukanlah sesuatu yang sukar. Cukup sekadar memahami batas diri dan menghormati hak penonton lain.

KESIMPULAN

Review Filem: Thunderbolts* (2025)- Aksi, Trauma dan Harapan Baharu MCU

Thunderbolts* (2025) merupakan salah satu filem terbaik dalam fasa terbaru MCU. Dengan penceritaan yang tersusun, tema trauma yang digarap kemas, serta gabungan watak-watak dari pelbagai filem terdahulu, filem ini berjaya memberikan impak emosi yang jarang dilihat dalam filem adiwira. Lakonan mantap terutamanya daripada Florence Pugh dan Lewis Pullman, sinematografi yang segar, serta skor muzik yang tepat pada setiap babak menambahkan lagi kekuatan naskhah ini. Kemunculan Malaysia sebagai salah satu latar turut menjadi kebanggaan dan memberikan dimensi global yang lebih nyata dalam dunia MCU.

Walaupun sebelum ini beberapa filem MCU dilihat mengalami penurunan dari segi mutu dan sambutan, Thunderbolts berjaya mengembalikan kepercayaan bahawa francais ini masih mampu bangkit dengan kisah dan kualiti yang kukuh. Jika momentum ini diteruskan — atau dipertingkatkan — aku percaya semakin ramai penonton akan kembali menantikan setiap filem MCU yang akan datang. 

BINTANG: ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10


SEKIAN

RUJUKAN : -
  • Marvel Studios
  • Wikipedia
  • Disney+
  • Google Image

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!