Lirik Lagu: Tanya Tuhan - Yonnyboii, Malique

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lirik Lagu: Tanya Tuhan - Yonnyboii, Malique

Lagu “Tanya Tuhan” adalah kolaborasi terbaru dari Yonnyboii dan Malique yang baru sahaja dilancarkan pada 18 Julai 2025 melalui Def Jam Recordings Malaysia dan EMI Malaysia. Lagu ini boleh didengari di semua platform utama seperti Spotify, Apple Music, YouTube dan TikTok – dan kini sudah mendapat perhatian, dengan lebih 138 000 tontonan di YouTube dalam masa seminggu.


LIRIK LAGU : TANYA TUHAN - YONNYBOII, MALIQUE

 
Judul Lagu : Tanya Tuhan
Artis : Yonnyboii, Malique
Penulis Lirik : Yonnyboii, Malique
Komposer: Yonnyboii, LastKhalif

Berhati melintas
Kaki harus tingkas
Melawan arus
Yang semakin deras
Hatiku mengadu
Tanganku tak mampu
Mengapai Impian
Depan mataku
 
(Chorus)

Sampai bila harus Aku takut
Tadah tangan Tanya Tuhan
Kadangkala kakiku tak mampu
Lagi nak menampung, humban
Walau bagaimana ku tempuh
Masih dikelar
Masalah Yang sering berhimpun
Cam takleh blah
Bagaimanapun ku menanggung
Aku juga tidak kuat
 
(Yonny’s Verse)

Bising Di dada
Kaki ku terketar
Tuk menghadap Hari
Yang dipapar
Dimukaku
Mengenangkan tadi
Ulang tayangan berkali
Pintu salah masuk kali
Janji ditepati
Tapi masih lagi cari janji
 
(Bridge)

Woah
Hari dan hari berganti
Masa terus menekan
Jalan berjalan menggalah
Mendaki
Jangan kena tinggal
Lambat sikit nanti mati
 
(Chorus)

Sampai bila harus Aku takut
Tadah tangan Tanya Tuhan
Kadangkala kakiku tak mampu
Lagi nak menampung, humban
Walau bagaimana ku tempuh
Masih dikelar
Masalah Yang sering berhimpun
Cam takleh blah
Bagaimanapun ku menanggung
Aku juga tidak kuat
 
(Malique’s Verse)

Setiap lagenda meranum, pelbagai fasa dilalui
Bermulanya tiada yang agung, hanya jiwa dan naluri
Mendewasa ku majestik, dalam ribut puja-puji
Manis jadi asyik, asyik jadi magik yang kembali menghantui
Lutut rebah, tangan tadah
bertanyakan Empunya, bagaimana?
Mengapa dah kulakukan segalanya tapi di dalam ku masih
merana
Manusia barbarik, brutal dan buas
berikan galaksi pun takkan puas
Maaf ku punya tugas nak dilunas
bukan jadi obligasi 'tuk mengulas

Stoic, Marcus, Meditasi (yes sir)
tak perlukan validasi (nope)
Jaga nafas, jaga lafaz, jangan bahaskan rahsia di hati
Betulkan chi, resonans, frekuensi (Tesla)
yang toksik harus berhenti (yup)
Fokus pada yang bererti, hidup ‘tuk berkasih bukan ‘tuk
membenci
Walaupun satu-satu datang berlagu
racun atau madu, ratu ataupun rahu
Teori banyak teori tapi semua merapu
Yang tahu tak berkata, yang berkata tak tahu
Sepuluh brodies, sembilan palsu
yang lain tak signifikan yang satu tu aku
Itulah bezanya general dan soldadu
ku tak perlukan engkau tapi kau perlukan aku
Tanya Tuhan
 
(Chorus)

Sampai bila harus Aku takut
Tadah tangan Tanya Tuhan
Kadangkala kakiku tak mampu
Lagi nak menampung, humban
Walau bagaimana ku tempuh
Masih dikelar
Masalah Yang sering berhimpun
Cam takleh blah
Bagaimanapun ku menanggung
Aku juga tidak kuat



MUZIK VIDEO RASMI LAGU : TANYA TUHAN - YONNYBOII, MALIQUE


SEKIAN
Tags

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!