Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesihatan dan rezeki untuk terus menulis dalam blog ini. Rasa macam baru sahaja update tentang pageview 9 juta dan tiba-tiba dah sampai ke 10 juta pageview untuk blog ini. Salah satu pencapaian yang membanggakan bagi aku di era sekarang ini.
Jika dilihat, perubahan teknologi serta kemunculan pelbagai aplikasi menarik yang berada di hujung jari orang ramai, pastinya blog akan dilihat sebagai sebuah teknologi lampau yang mungkin sudah ditelan zaman. Tetapi bagi aku perkara yang sebenar-benarnya adalah blog/laman web masih lagi relevan di tahun 2025.
BACA JUGA : 9,000,000 dan Alhamdulillah
Alhamdulilah, sehingga kini aku masih menerima kerja-kerja artikel di blog dan sebagainya. Ada juga artikel daripada luar negara yang bayarannya menggunakan nilai USD. Jadi bagi aku masih berbaloi.
Ya, pilihan ditangan orang ramai untuk memilih medium apa sebagai lokasi pencarian maklumat tetapi bagi aku contohnya pencarian maklumat atau info melalui AI pastinya AI itu akan melihat sumber maklumat itu dari laman web & blog yang mempunyai maklumat tersebut. Jadi, bagi aku situ memperlihatkan blog & laman web masih relevan.
Walaubagaimanapun, aku sedar persaingan antara medium perkongsian maklumat sememangnya sangat tinggi. Aku lihat ramai blogger yang sudah pencen atau mengutamakan medium lain berbanding blog. Ya, masih ada blogger yang update artikel setiap hari atau setidaknya seminggu sekali tapi jumlahnya tak banyak.
Untuk aku sendiri pun kadang kala mempunyai kerja lain yang membuatkan aku tak dapat nak fokuskan pada blog, tapi in shaa Allah aku takan akan biarkan blog ini bersawang dan tidak ber'update'.
Apa-apapun, untuk pageview 10,000,000 ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pambaca dan pengunjung yang sudi datang membaca apa yang sepatutnya dalam blog ini. Angka tersebut bagi aku adalah angka yang cukup banyak & sekiranya aku adalah seorang ahli sihir, sudah pasti aku akan tukar angka tersebut kepada wang, tetapi siapalah aku. 💀
Aku sudahi artikel kali ini dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga & semoga kita dilimpahi rahmat dan kurniaan Ilahi.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.