Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dato' Sri Siti Nurhaliza telah melancarkan sebuah lagu duet bersama penyanyi asal Indonesia, Lesti Kejora yang berjudul Kembang Bunga. Lagu ini merupakan single pertama daripada album tradisional terbaru yang masih belum diketahui judul dan tarikh pelancarannya. Lagu ini telah dicipta oleh Iqie Hugh & Firdaus Rahmat. Anda boleh mendengar lagu ini di kesemua laman streaming.
Sebuah muzik video rasmi telah dilancarkan juga di laman YouTube dan anda boleh tonton di penghujung artikel ini.
LIRIK LAGU : KEMBANG BUNGA - DATO' SRI SITI NURHALIZA & LESTI KEJORA
Judul Lagu : Kembang Bunga
Penyanyi : Siti Nurhaliza & Lesti Kejora
Penulis Lirik : Iqie Hugh & Firdaus Rahmat
Komposer : Iqie Hugh & Firdaus Rahmat
[Verse Siti Nurhaliza]
Alunan bayu menyapa lembut
Ahai tenangnya disambut
Berangan-angan kasih menjemput
Ahai nama pun disebut
Mekarnya cinta dibaja restu
[Chorus]
Ketika kumbang menghinggap ke bunga
Tercipta satu perjalanan indah
Melamar hati yang mahu dicinta
Paras rupa yang sepadan
Tingkah laku dibuai rasa
Bagai dunia ini dimilikinya
Janji kedua-duanya bahagia
Pada restu dan ikatan kasih resmi Tuhan
[Verse Lesti]
Abang rindu itu punya obat
Jika pingin masuk cepat
Datang bunga manggar bawa dulang
Bawa hati dia pulang
Mekarnya cinta dibaja restu
[Chorus]
[Bridge]
Pilih yang mana, pilih pilih yang mana
Dikau berkenan
Pilih si dia, pilih pilih si dia
Yang kau berkenan
Ikatan yang direstui Tuhan
Ahai kasih resmi Tuhan
Ikatan yang dikasihi Tuhan
Ahai kasih resmi Tuhan
[Chorus]
MUZIK VIDEO RASMI LAGU KEMBANG BUNGA - DATO' SRI SITI NURHALIZA & LESTI KEJORA
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.