SugarBun Lebarkan Sayap ke Semenanjung Malaysia dan Pasaran Antarabangsa Bersama Sedaplycious

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

SugarBun Lebarkan Sayap ke Semenanjung Malaysia dan Pasaran Antarabangsa Bersama Sedaplycious

Pada tanggal 15 Oktober 2025, telah berlangsungnya majlis tandangan kerjasama serantau antara SugarBun Corporation Berhad (SugarBun) dengan Sedaplycious Sdn Bhd (Sedaplycious) bagi memperkukuh kehadiran mereka di Semenanjung Malaysia. 

Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting bagi jenama tempatan tersebut dalam usaha membina kehadiran di peringkat nasional serta mengorak langkah ke pasaran antarabangsa.

MEMPERLUAS JEJAK SUGARBUN DI PERINGKAT NASIONAL & GLOBAL

SugarBun Lebarkan Sayap ke Semenanjung Malaysia dan Pasaran Antarabangsa Bersama Sedaplycious

Dari kiri ke kanan: Pengarah Urusan Borneo Oil Berhad (BornOil) Datuk Joseph Ambrose Lee, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, Ketua Pegawai Eksekutif Pernas Datuk Nor Azam bin M. Taib, dan Pengasas Sedaplycious Sean Leong.


Pengarah Urusan Borneo Oil Berhad (BornOil), Datuk Joseph Ambrose Lee, berkata kerjasama ini akan memperluas jejak SugarBun di luar wilayah Sabah dan Sarawak, sekali gus membina kehadiran yang benar-benar berskala nasional serta membuka peluang untuk berkembang ke peringkat global. BornOil yang disenaraikan di Bursa Malaysia merupakan syarikat induk kepada SugarBun.

“SugarBun akan membawa hidangan istimewa kami seperti Broasted Chicken, Savoury Rice dan pelbagai juadah kegemaran dari Malaysia Timur kepada komuniti baharu di seluruh Semenanjung, sambil mencipta peluang pekerjaan, memperkasa pembekal tempatan dan membuka peluang francais kepada usahawan,” katanya.

Tambah beliau lagi, 

"Ini merupakan detik penting dalam perjalanan SugarBun. Semenanjung Malaysia adalah pasaran semula jadi untuk pertumbuhan dengan populasi tiga kali ganda lebih besar daripada Malaysia Timur. Dengan Sedaplycious sebagai rakan kongsi, kami dapat memperkukuh rangkaian bekalan dan menyediakan asas kukuh untuk pertumbuhan antarabangsa.”

jelasnya.

TANDATANGAN PERJANJIAN PEMBANGUNAN KAWASAN SERANTAU

SugarBun Lebarkan Sayap ke Semenanjung Malaysia dan Pasaran Antarabangsa Bersama Sedaplycious

Dari kiri ke kanan: Pengarah Urusan Borneo Oil Berhad (BornOil) Datuk Joseph Ambrose Lee, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, Ketua Pegawai Eksekutif Pernas Datuk Nor Azam bin M. Taib, dan Pengasas Sedaplycious Sean Leong.


Perjanjian Pembangunan Kawasan Serantau (Regional Area Development Agreement) itu dimeterai melalui anak syarikat SugarBun, SB Supplies & Logistics Sdn Bhd, bagi melantik Sedaplycious sebagai rakan francais induk rasmi (master franchise partner).

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, dan Ketua Pegawai Eksekutif Pernas, Datuk Nor Azam bin M. Taib sebagai tetamu kehormat.

Datuk Ewon dalam ucapannya berkata, kerjasama ini menunjukkan bagaimana jenama tempatan mampu berkembang ke wilayah lain sambil mengekalkan identiti dan warisan asal mereka.

“SugarBun merupakan kisah kejayaan membanggakan dari Malaysia Timur, dan majlis hari ini membuktikan kekuatan perusahaan tempatan dalam menembusi pasaran yang lebih luas. Pengembangan ke Semenanjung bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan baharu, tetapi turut memperkenalkan kepelbagaian budaya Malaysia Timur melalui warisan kulinari yang unik,” 

katanya.

Sementara itu, pengasas Sedaplycious, Sean Leong, berkata kerjasama ini bukan sahaja berkaitan perniagaan, tetapi juga didorong oleh minat yang mendalam terhadap jenama tersebut.

“Saya amat menggemari Broasted Chicken dan Savoury Rice SugarBun. Di Sedaplycious, kami komited untuk mengembangkan jenama SugarBun kerana kami yakin rakyat Semenanjung juga akan menyukainya. Perjanjian ini bukan sekadar usaha perniagaan, tetapi juga misi untuk mencipta pekerjaan, memperkasa pembekal tempatan dan membawa citarasa unik Borneo ke lebih banyak komuniti,” 

jelasnya.

PENGENALAN MODEL FRANCAIS SUGARBUN EXPRESS

SugarBun Lebarkan Sayap ke Semenanjung Malaysia dan Pasaran Antarabangsa Bersama Sedaplycious

Ditubuhkan di Sarawak lebih 40 tahun lalu, SugarBun telah berkembang daripada perniagaan kecil kepada salah satu jenama restoran paling dikenali di Malaysia Timur. Kini, ia mempunyai lebih daripada 104 cawangan, kebanyakannya di Sabah, Sarawak dan Brunei.

Pengenalan model SugarBun Express turut memudahkan kemasukan usahawan baharu ke dalam rangkaian francais.

“Model SugarBun Express kami yang lebih padat memudahkan pemilik perniagaan baharu menyertai francais, di samping membolehkan kami membawa pengalaman menjamu selera berkualiti ke bandar-bandar kecil dan kawasan luar bandar yang kekurangan pilihan makanan,” 

tambah Joseph.

PELANCARAN PRODUK BAHARU, TUHAU WILD GINGGER CHILLI SAUCE

SugarBun Lebarkan Sayap ke Semenanjung Malaysia dan Pasaran Antarabangsa Bersama Sedaplycious

Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran produk baharu Sabacco, iaitu Tuhau Wild Ginger Chilli Sauce, sos yang berakar umbi dalam warisan Kadazan-Dusun dari Sabah dan terkenal dengan rasa masam pedas yang mencerminkan kepelbagaian biodiversiti Borneo.

Tentang SugarBun

Diasaskan di Sarawak pada tahun 1979, SugarBun ialah jenama restoran Halal tempatan yang bangga dengan warisan Borneo. Dengan lebih 90 cawangan di Malaysia, Brunei dan beberapa pasaran antarabangsa, SugarBun terkenal dengan Broasted Chicken yang diinspirasikan lada Sarawak, Savoury Rice, Fish Burger serta jeruk buatan sendiri — menawarkan cita rasa autentik Malaysia Timur dengan komitmen terhadap kualiti dan keaslian.


SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!