Ulasan Filem Gayong (2025): Dari Derita Penjajahan ke Lahirnya Sebuah Legasi

Aerill Hassan
1
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ulasan Filem Gayong (2025): Dari Derita Penjajahan ke Lahirnya Sebuah Legasi

Filem Gayong (2025) ialah sebuah filem aksi drama biografi Malaysia 2025, mengenai kisah pengasas Silat Gayong dari Perak, Datuk Meor Abdul Rahman. Filem diarahkan oleh Faisal Ishak. Ia dibintangi oleh Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip dan Yayan Ruhian. Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mei 2025 manakal di Netflix adalah pada 31 Oktober 2025. 


FILEM GAYONG  (2025)

Ulasan Filem Gayong (2025): Dari Derita Penjajahan ke Lahirnya Sebuah Legasi

Pengarah : Faisal Ishak
Penulis : Naza Manas
Cerita oleh: Eric Ong
Penerbit : Eric Ong, Ihandy, Djohan Kasim, Edy Chandra, Mulia Hartono, Henson Max Widjaja, Gary Du, Amzheng Ahmad (penyelaras), Khairul Anuar Latip (eksekutif)
Sinematografi : Harris Hue Abdullah
Penyunting : Hafeez Mohd Noor
Muzik : Leonard Yeap
Syarikat penerbitan : SOL Pictures
Edaran : Empire Film Solution
Tarikh tayangan : 
8 Mei 2025 (Malaysia)
22 Mei 2025 (Singapura)
31 Oktober 2025 (Netflix)
Bajet : RM 7 juta
Pecah panggung : RM 4.11 juta

BARISAN PELAKON FILEM GAYONG (2025)

Ulasan Filem Gayong (2025): Dari Derita Penjajahan ke Lahirnya Sebuah Legasi
  • Beto Kusyairy sebagai Meor Abdul Rahman, pengamal Silat dari Taiping, Perak berhijrah ke Singapura untuk bekerja
  • Nabila Huda sebagai Che Som, isteri kepada Meor
  • Syafie Naswip sebagai Mat, adik Che Som, adik ipar kepada Meor
  • Yayan Ruhian sebagai Wak Kusang, pendekar Pulau Sudong (beliau bertindak sebagai koreografi seni Silat dan aksi)
  • Eric Chen sebagai Master Chan, pengajar seni bela diri kungfu
  • Hiromitsu Takeda sebagai Yamada, Pegawai tentera Jepun
  • Shannon Wiratchai sebagai Worawut, pemain Tomoi dari Thailand
  • Ebby Saiful sebagai Panglima Merah
  • Nasir Jani sebagai Penghulu Haron
  • Wan Raja sebagai Talib
  • Anas Ridzuan sebagai Yunos

SINOPSIS FILEM GAYONG (2025)

Ulasan Filem Gayong (2025): Dari Derita Penjajahan ke Lahirnya Sebuah Legasi

Gayong mengisahkan perjalanan hidup Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR), pengasas Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia, yang tidak hanya mempertahankan maruah bangsa di gelanggang persilatan, tetapi juga bangkit mempertahankan tanah air ketika negara diancam oleh penjajah. Bermula dari zaman British lewat 1930-an, beliau berhijrah ke Singapura untuk merantau kemudian bekerja sebagai mekanik dalam tentera British Singapura, diikuti zaman penjajahan Jepun ketika pada masa sama, beliau perkembangkan Silat Gayong kepada luar sana meskipun pelbagai cabaran.

Ulasan Filem Gayong (2025): Dari Derita Penjajahan ke Lahirnya Sebuah Legasi


ULASAN FILEM GAYONG (2025)

Baru-baru ini aku membuka aplikasi Netflix, dan kemudian terlihat sebuah filem yang baru muncul iaitu filem Gayong. Filem apakah ini? Sebenarnya aku tak menyedari bahawa filem ini telah ditayangkan di pawagam sebelum ini. Mungkin aku yang tidak peka atau sebagainya. Peluang dan ruang yang aku ada ini, aku gunakan untuk menonton filem ini. Jadi, terimalah ulasan filem ini. 

Ulasan Filem Gayong (2025): Dari Derita Penjajahan ke Lahirnya Sebuah Legasi

Jalan cerita filem ini mudah untuk diikuti, selaras dengan format filem biografi. Plotnya berkembang secara kronologi, membuatkan penonton dapat menjangka arah penceritaan berdasarkan latar zaman dan peristiwa sejarah yang berlaku. Filem ini juga berfungsi sebagai pengenalan buat penonton yang belum mengenali pengasas Silat Gayong, sekali gus membawa mereka menyelami perjalanan hidup tokoh tersebut dari sudut yang lebih peribadi dan emosional.

Penyusunan babak dilakukan dengan kemas. Peralihan latar seperti penghijrahan dari Taiping ke Singapura, fasa membina keluarga di sana, sehinggalah detik getir ketika serangan tentera Jepun, ditampilkan secara tersusun dan jelas. Perubahan suasana dan emosi setiap fasa kehidupan watak utama turut dikembangkan dengan baik tanpa mengganggu aliran naratif.

Ulasan Filem Gayong (2025): Dari Derita Penjajahan ke Lahirnya Sebuah Legasi

Beto Kusyairi sekali lagi membuktikan kemampuan lakonannya. Beliau menghidupkan watak utama dengan penuh jiwa, dan tanpa komitmen lakonannya, filem ini mungkin tidak meninggalkan impak yang sama. Gerak tubuh dalam babak aksi, emosi dalam babak dramatik, serta ketenangan dalam babak spiritual, semuanya berjaya disampaikan dengan meyakinkan.

Ulasan Filem Gayong (2025): Dari Derita Penjajahan ke Lahirnya Sebuah Legasi

Pelakon-pelakon lain seperti Nabila Huda, Syafie Naswip dan pelakon pembantu turut memberikan persembahan yang solid dan menyokong naratif dengan baik. Salah satu kekuatan filem ini ialah pemilihan pelakon mengikut latar bangsa dan asal-usul watak. Contohnya, watak tentera Jepun dilakonkan oleh pelakon berbangsa Jepun, watak pegawai British pula oleh pelakon British. Pendekatan ini menjadikan dunia filem terasa lebih autentik dan menunjukkan kesungguhan pengarah dalam mengekalkan keaslian sejarah dan budaya.

Ulasan Filem Gayong (2025): Dari Derita Penjajahan ke Lahirnya Sebuah Legasi

Dari segi visual, CGI dan sinematografi filem ini berada pada tahap yang memuaskan. Jelas kelihatan usaha produksi untuk menghasilkan karya yang berkualiti, meskipun belum mencapai tahap yang benar-benar sempurna. Adegan-adegan yang menggunakan kesan visual tidak keterlaluan dan masih menjaga realisme, namun ada beberapa babak yang terasa sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan standard produksi filem sejarah moden.

Ulasan Filem Gayong (2025): Dari Derita Penjajahan ke Lahirnya Sebuah Legasi

Reka bentuk set penggambaran pula dapat dipuji. Latar tempat seperti kampung Melayu, suasana Singapura lama serta era penjajahan Jepun dipersembahkan dengan cukup meyakinkan. Keaslian dapat dirasai melalui pakaian, perabot, serta suasana persekitaran. Namun, bagi sesetengah penonton yang lebih peka terhadap sejarah, mungkin timbul persoalan tentang sejauh mana tepatnya representasi budaya dan gaya hidup masyarakat Melayu pada era 1930-an hingga 1940-an. Walaupun tidak mengganggu keseluruhan perjalanan cerita, perincian ini sedikit sebanyak mempengaruhi tahap keautentikan.

Dari sudut muzik, filem ini berada di tahap sederhana. Skor muziknya berfungsi untuk mengiringi emosi dan babak penting, tetapi tidak cukup kuat untuk memberikan kesan mendalam atau meninggalkan memori selepas tontonan. Elemen kemelayuan dalam muzik juga terasa agak kurang, sedangkan filem ini berkait rapat dengan warisan Melayu dan seni bela diri tradisional.

Jika elemen muzik tradisional Melayu atau gabungan penuh orkestra digunakan dengan lebih dramatik, mungkin kesan emosinya akan lebih mencengkam. Potensi untuk menjadikan muzik sebagai salah satu kekuatan utama filem ini sebenarnya besar, namun ia tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Ulasan Filem Gayong (2025): Dari Derita Penjajahan ke Lahirnya Sebuah Legasi

Secara keseluruhannya, filem ini berjaya memperkenalkan siapa pengasas Silat Gayong kepada penonton yang selama ini tidak mengetahui tentang asal-usul silat, sambil memperlihatkan kesusahan dan keperitan hidup di zaman penjajahan yang penuh cabaran. Lakonan yang diberikan, khususnya oleh pelakon utamanya, sangat meyakinkan dan menjadi antara kekuatan utama filem ini. Menariknya, di akhir filem turut dipaparkan teaser untuk filem kedua yang kelihatan meyakinkan, cuma masih belum jelas arah tuju penceritaannya sama ada akan terus mengembangkan kisah perjuangan atau membawa naratif ke babak baharu dalam legasi Silat Gayong. Untuk itu, aku berikan filem ini :-

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10


SEKIAN

RUJUKAN :-
  • Wikipedia
  • Netflix
  • Google Image

إرسال تعليق

1تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!