Pengalaman Hadir ke Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Hadir ke Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini aku nak kongsikan serba sedikit pengalaman aku menonton konsert Biduanita Negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza yang berlangsung baru-baru ini di Stadium Nasional Bukit Jalil

Mungkin ramai yang dah tahu, atau belum tahu bahawa aku merupakan salah seorang peminat beliau. Sudah begitu banyak artikel berkenaan beliau telah aku tulis dan kongsi, sebagai bukti bahawa aku adalah peminat beliau. Mungkin ada yang meminati beliau tetapi tidak menganggap diri mereka Sitizoners. Sebenarnya, menurut apa yg aku tahu, sesiapa yang meminati Siti Nurhaliza adalah Sitizoners. Tak kira hanya satu lagu sahaja atau sebagainya, kita adalah Sitizoners. 

SEBELUM HARI KONSERT LEGACY 30

Ketika pengumuman diumumkan tentang konsert ini, aku cukup teruja tetapi dalam masa yang sama berserah tentang tiket konsert. Melihat tiket yang mampu aku beli telah habis dijual dan yang tinggal hanyalah tiket SUPERVIP, memang itu bukan ditahap kemampuan aku. Jadi aku berserah sahaja, mungkin akan menonton konsert ini di laman media sosial sahaja.

Hampir 2 minggu sebelum konsert bermula, aku melihat ada beberapa orang yang mula menjual tiket mereka. Mungkin ada yang mempunya komitmen lain pada tarikh itu dan sebagainya. Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan satu tiket konsert pada harga yang aku mampu.

SCAM & KENA TIPU adalah perkara yang paling aku takut. Sebab pembelian aku adalah atas tiket orang dan bukan melalui laluan yang sah. Walaubagaimanapun, aku cuba untuk mengesahkan tiket tersebut dengan berjumpa secara berdepan, dan ambil butiran sejelasnya tentang pemilik tiket sebelum itu.  

Pengalaman Hadir ke Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza

Walaubagaimanapun, kerisauan tentang tiket masih wujud selagi tak masuk ke dalam stadium, jadi sekali lagi aku berserah sekiranya ditipu atau di'scam'. Ada kes yang tiket yang sama dijual kepada beberapa orang serentah. Jadi macam mana tu? 

Untuk pakaian, aku tidaklah mengikut tema sangat. Sebab aku tahu konsert ini adalah diruangan terbuka. Lainlah sekiranya di ruangan bertutup, ada pendingin hawa dan sebagainya, jadi aku hanya pakai t-shirt dan seluar jeans hitam. Simple dan mudah. 

Pengalaman Hadir ke Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza

SEMASA HARI KONSERT LEGACY 30

Aku sememangnya dah merancang perjalanan sebaik mungkin. Untuk pergi ke konsert, aku menaiki MRT dari Kwasa Sentral, kemudian tukar tren ke LRT di Sungai Besi dan terus ke LRT Bukit Jalil. Aku tidaklah sampai awal sangat, dan tidaklah lewat sangat. Sekitar jam 5 petang aku dah sampai di perkarangan stadium, melihat orang yang semakin ramai, banyak juga jualan-jualan di sekitar kawasan itu.

Kemudiannya, sekitar jam 6:30 petang, aku pun mula memasuki stadium. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah untuk masuk. Yang merisaukan aku seterusnya adalah harga makanan dan minuman di dalam stadium. Harga yang agak mahal. Jadi, aku hanya beli air mineral dan makanan ringan sahaja. 

Alhamdulillah, surau disediakan untuk lelaki dan wanita. Walaupun begitu, ramai juga yang solat di perkarangan stadium ini. Ada di bawah tangga dan sebagainya. Disebabkan aku perlu menaiki tangga untuk ke tempat duduk paling atas, jadi aku menunggu selepas waktu solat supaya tidak perlu turun naik.

Pengalaman Hadir ke Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza

Tepat jam 8:30 malam, konsert pun bermula. Alhamdulillah, sangat menepati masa. Konsert pun berakhir sekitar jam 11:30 malam. Sekali lagi, sangat menepati masa. Kemudian, ramai yang berpusu-pusu untuk keluar daripada kawasan stadium supaya dapat melepasi kesesakan jalanraya dan juga menaiki LRT sebelum trent terakhir berlepas.

Untuk aku pula, aku tidaklah berpusu-pusu. Disebabkan aku tak suka bersesak-sesak, jadi aku menunggu sehingga ruangan di tangga agak lapang, barulah aku turun. Oh ya, untuk pulang aku tidak menaiki LRT. Ada rakan aku yang datang mengambil aku dengan kereta. Jadi aku tidaklah tergesa-gesa. Dalam masa yang sama, aku juga menyuruh rakan aku untuk tidak terburu-buru dalam pemanduan kerana kawasan sekitar Stadium Bukit Jalil ini sangat sesak. 

Jadi, sekian sahaja pengalaman aku menghadiri Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza. Sebauh pengalaman menarik walaupun ini bukanlah konsert Siti Nurhaliza pertama yang aku tonton. Sehingga konsert ini antara konsert beliau yang aku pernah tonton sebelum ini adalah :-

EH MANA REVIEW KONSERT NI?

Oh, untuk review konsert secara terperinci akan aku tulis dalam satu artikel berasingan. Khas untuk aku ulas tentang lagu, muzik, pakaian, pentas dan sebagainya. In shaa Allah dalam masa terdekat aku akan cuba siapkan.

Pengalaman Hadir ke Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza

Terima kasih kerana membaca sehingga ke penghujung artikel ini, jangan lupa baca ulasan konsert secara terperinci nanti. 

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!