Cerita Hari Raya Aidilfitri 2026 #TeamRayaKedah

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cerita Hari Raya Aidilfitri 2026 #TeamRayaKedah

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini aku nak ceritakan tentang Raya Aidilfitri 2026. Sebenarnya aku ingatkan aku ada buat artikel cerita raya setiap tahun di blog tetapi tahun 2025 takdalah pulak. Mungkin aku sibuk atau terlupa. Jadi, inilah cerita raya aku untuk tahun 2026. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk beraya bersama keluarga dalam keadaan meriah tetapi sederhana. 

CERITA HARI RAYA AIDILFITRI 2026 #TEAMRAYAKEDAH


PERSIAPAN

Cerita Hari Raya Aidilfitri 2026 #TeamRayaKedah

Untuk persiapan raya tahun ini sebenarnya tidaklah banyak sangat, cuma ala kadar, mengikut kemampuan diri sahaja. Apa yang aku perlu siapkan adalah baju raya aku dan ayah aku, manakala baju ahli keluarga lain disponsor orang lain. Selain itu, ada beberapa barangan untuk membuat kuih juga aku perlu siapkan.

Cerita Hari Raya Aidilfitri 2026 #TeamRayaKedah

Disebabkan aku ada balik ke kampung pertengahan Ramadan, jadi aku tak lepaskan peluang untuk membeli baju raya dan kelengkapan lain. Aku bersama mak, ayah dan adik bongsu aku ke salah satu tempat meriah yang menjual pelbagai jenis persiapan untuk raya iaitu di Kubang Menerong, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Perancangan awalnya, ayah aku akan memakai kurta beberapa tahun lepas, manakala aku perlu mencari baju melayu yang sama warna dengan kurta tersebut. Tapi, bila dah samapi dekat situ, aku macam, baik beli dua pasang terus, satu untuk aku, satu untuk ayah aku. Settle dekat situ. Macam tahun-tahun sebelum ini aku dan ayah aku beli baju melayu di Jakel, tapi kali ini kami beli di kedai biasa sahaja, harga pun agak berpatutan.

Cerita Hari Raya Aidilfitri 2026 #TeamRayaKedah

Untuk persiapan makanan pula, setiap kali raya tugas aku adalah membuat kuih raya. Tapi untuk tahun ni tak banyak sangat kuih raya yang aku buat, sebab cuti sebelum raya tak banyak. Aku hanya dapat cuti dua hari sahaja sebelum raya. Kalau tahun lepas, agak lama juga, jadi dapat siapkan beberapa jenis kuih raya.

Cerita Hari Raya Aidilfitri 2026 #TeamRayaKedah

Dengan dua hari itu, aku hanya membuat beberapa jenis kuih sahaja iaitu Tart Nenas, Kuih Samprit, Simpul Kasih, Salted Caramel Cornflakes, Brownies dan Puding Caramel. Kuih raya selainnya hanya beli sahaja. Alhamdulillah, semuanya berjaya siap sebelum raya. Bahagian rendang ayam dan daging adalah khas untuk mak aku sahaja, manakala ketupat daun palas adalah adik bongsu aku dan ayah aku. Untuk kuih raya ni, simpul kasih dibuat oleh adik aku yang pertama, cornflakes pula adik bongsu, dan selebihnya adalah aku seorang. 

Cerita Hari Raya Aidilfitri 2026 #TeamRayaKedah

HARI RAYA AIDILFITRI

Cerita Hari Raya Aidilfitri 2026 #TeamRayaKedah

Alhamdulillah, pagi raya aidilfitri di Kulim yang begitu meriah tetapi sederhana. Selepas solat sunat Aidilfitri, kami bergambar sekeluarga di rumah. Oh ya, kakak aku dan keluarganya tiada sebab dia beraya di rumah mertuanya. (Lebih kurang 15 minit sahaja dari rumah mak ayah aku..). Jadi, kami bergambar yang mana ada sahaja. Petang sedikit barulah kami bergambar dengan kakak aku dan keluarga kecilnya. Lepas bergambar, kami beraya di rumah mak saudara, bapa saudara dan sedara mara terdekat. Selesai hari raya pertama.

Cerita Hari Raya Aidilfitri 2026 #TeamRayaKedah

Cerita Hari Raya Aidilfitri 2026 #TeamRayaKedah

Hari raya kedua bermula di mana kami sekeluarga akan pulang ke kampung sebelah ayah, di Jitra. Dalam jam 10 pagi, kami memulakan perjalanan. Singgah beraya di rumah bapa saudara, rakan-rakan ayah dan sebagainya. Cuaca yang sangat panas tidak mematahkan semangat kami untuk beraya. Alhamdulillah, sampai rumah di Kulim sekitar jam 11 malam. Menempuhi jalan yang agak sesak dengan kenderaan, tetapi berbaloi sebab perut dah penuh.

Cerita Hari Raya Aidilfitri 2026 #TeamRayaKedah

Hari raya ketiga bermula di mana kami bersiap memasak pelbagai jenis juadah untuk tetamu hadir. Antara juadah yang disediakan adalah mee kari, rendang ayam (tambahan sebab rendang sebelum ni dah habis), ketupat dan sebagainya. Alhamudlillah, tetamu yang datang pun bukan orang lain, sedara mara yang kami kunjung ke rumah mereka sebelum ini, kami jemput untuk datang ke rumah kami pula.

Cerita Hari Raya Aidilfitri 2026 #TeamRayaKedah

Hari raya keempat bermula dengan rehat sahaja di rumah. Tengahhari pula aku bawa satu keluarga makan di sebuah restoran steamboat di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Makan puas-puas sekenyang-kenyangnya.

Hari raya kelima, hari terakhir aku di rumah disebabkan esoknya kerja. Jadi, ingat kan hari raya kelima bolehlah berehat, tetapi tidak, kerana ada tetamu yang datang dari pagi sehingga ke petang. Penat memang penat, tetapi seronok sebab dapat menjamu tetamu yang hadir.

SELEPAS

Ketika artikel ni ditulis, aku sudah berada di Lembah Klang. Ya, aku rasa macam agak lama juga cuti, tapi aku rasa macam singkat juga, sebab masa berlalu sangat pantas. Rasa macam baru sahaja masuk bulan Ramadan, tiba-tiba dah habis Ramadan dan dah masuk raya ke berapa entah..

Alhamdulillah, perjalanan pulang ke Selangor berjalan lancar. Tiada sebarang kesesakan, mungkin disebabkan ramai yang dah memulakan perjalanan lebih awal. Untuk perjalanan pergi dan balik ini, aku menggunakan Lebuhraya WCE. Ya, sudah lama sebenarnya aku gunakan lebuhraya ini, untuk mengelak menggunakan laluan PLUS terutamanya di kawasan terowong dan Ipoh. 

Untuk perjalanan pulang ke kampung tempoh hari, aku memulakan perjalanan jam 6 petang, dan sampai ke Kedah sekitar jam 12 tengah malam. Manakala untuk perjalanan ke Selangor pula aku memulakan perjalanan jam 12 tengah malam dan sampai pada jam 5 pagi. Alhamdulillah, kedua-dua perjalanan berjalan lancar.


Sekian sahaja untuk cerita raya aku untuk tahun 2026. Sebagai penutup, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca, rakan-rakan dan sebagainya. 


SELAMAT HARI RAYA 

 
Tags

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!