Makan Steamboat di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera\


Baru sahaja beberapa hari lepas rasa macam mengidam nak makan steamboat, alhamdulillah akhirnya tercapai jua hasrat itu pada tanggal 6 Januari 2021 yang lalu. Sebenarnya sudah lama juga aku tak makan steamboat, rasanya kali terakhir adalah ketika sebelum PKP tahun lepas. Selepas itu, hanya makan restoran biasa atau masak sendiri (masakan ibu).

Kali ini aku berpeluang untuk mencuba steamboat dan grill di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat. Restoran ini terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Bila ingat-ingat balik, rasanya aku pernah ke kawasan ini ketika zaman belajar di UiTM Shah Alam dulu.

D'KAYANGAN GRILL & BARBEQUE STEAMBOAT


Baiklah, kali ini aku akan ceritakan pengalaman aku makan steamboat di sini? Adakah aku berpuas hati? Adakah berbaloi dengan harga yang ditawarkan? In shaa Allah semuanya akan aku ceritakan dengan jelas.

Diwaktu pandemik Covid-19 masih berleluasa ini, anda boleh sahaja datang untuk menikmati steamboat di sini, dengan mengikut semua SOP yang perlu dipatuhi. Aku sampai sahaja di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat ini, apa yang perlu adalah meng'scan' MySejahtera, kalau tiada aplikasi tersebut, bolehlah menulis nama, no telefon dan suhu anda pada buku yang telah disediakan. Kemudian barulah anda boleh masuk ke kawasan restoran.


PILIHAN MAKANAN


Apa yang aku nampak ketika masuk sahaja dalam restoran ini adalah kawasan makanan, sebelum ke kawasan tempat duduk. Banyak juga pilihan yang ada. Untuk bahagian perapan daging dan ayam pun agak banyak pilihannya. Lebih menarik sebab ada sotong dan juga ikan, sesuailah untuk mereka yang hanya makan ikan.

Begitu juga dengan bahagian seafood dan juga bebola yang akan dimasukkan ke dalam mangkuk sup tomyam. Ada banyak juga pilihannya, cuma kalau anda mengharapkan seafood seperti ketam, tiada pula aku nampak pada malam tersebut.


Selain itu, banyak juga jenis sos untuk mencicah daging atau ayam anda. Bolehlah anda memilih jenis sos mana yang anda suka. Pilihan air minuman juga ada beberapa jenis. Macam aku sendiri, bila datang ke tempat steamboat aku akan memilih air kosong sahaja untuk mengelakkan daripada cepat kenyang. #TIPS


Pilihan makanan lain seperti makanan yang sudah siap masak juga ada beberapa jenis, antaranya seperti nasi goreng, bihun goreng, kuey tiau dan sebagainya. Memang banyak juga pilihannya. Untuk pilihan pemanis mulut, ada pilihan kek, buah-buahan, ais krim dan sebagainya.


MAKAN DI D'KAYANGAN GRILL & BARBEQUE STEAMBOAT


Secara keseluruhannya, aku sangat berpuas hati dengan pilihan makanan yang ada disini. Semuanya serba lengkap dan berbaloilah dengan harga yang ditawarkan. Oh ya, berapa pula harganya? Membebel panjang lebar, harga tak beritahu pulak! Haha.

Baiklah, harga yang ditawarkan kepada pelanggan dewasa adalah RM29.90 seorang, manakala untuk kanak-kanak yang berumur antara 7 tahun sehingga 11 tahun hanyalah RM14.90. Bukan itu sahaja terdapat juga harga untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas dan juga pelajar IPTA dan IPTS iaitu RM24.90, tidak lupa juga untuk golongan OKU terdapat harga bagi golongan ini juga iaitu RM15.00 sahaja.

Macam mana berbaloi tak dengan harga dan pilihan makan yang ada? Bagi aku cukup berbaloilah, sebab pilihan makanan yang banyak, tempat makan yang selesa dan suasana yang santai. Memang seronoklah.



Adakah aku akan datang lagi makan steamboat ni? Kenapa tidak?! Aku akan datang lagi disini sebab ramai juga kawan-kawan aku berada di Shah Alam. Bolehlah aku ajak mereka lepak sambil makan steambot disini.

Bagi mereka yang ingin menjamu selera sambil mendengarkan alunan muzik live, anda boleh datang ke D'Kayangan pada setiap hari Sabtu, untuk makluman semua setiap hari sabtu akan ada persembahan LIVE Busking dari The Flame yang akan menghiburkan setiap pelanggan yang datang menjamu selera.

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Lokasi : No 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi : 
Isnin - Jumaat  : 4 petang - 11 malam
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 3 petang - 12 malam

Untuk tempahan sila hubungi atau whatsapp :  0122971091

#makansampaikenyang #takkenyangtakbolehbalik 

SEKIAN

14 comments:

  1. saya pun dah lama tak makan stimbot dan gril. Rindu pula. Eh.

    ReplyDelete
  2. Banyak gak baca mengenai restoren ni tapi blm pernah pg lagi sbb kena g Shah Alam... skg ni PKP lak huhu

    ReplyDelete
  3. Untung la sempat pergi sebelum PKP aritu, kan. Ni tak tau la kena tunggu berapa minggu lagi baru boleh singgah D'Kayangan ni.

    ReplyDelete
  4. dah lama tak makan steamboat. sekarang masak dirumah je..hehe..wah. banyak pilihan ya, nanti ke shah alam boleh la dtg sini cuba

    ReplyDelete
  5. before covid dulu penah makan kat sini. famous d'kayangan ni. pilihan makanan pun banyak

    ReplyDelete
  6. Lamanya kte tak makan kat sini wak. Dan lama tak makan kat luar gak sebenarnya. Sini mmg best dr dulu suka makan kat sini

    ReplyDelete
  7. banyaknya lauk-pauk yang disediakan. memang kenyang ni

    ReplyDelete
  8. Bestnya makan steamboat, Sis paling suka kalau makan dengan family, macam santai dan dapat lepak lama makan.. Tengok harga dan pilihan menu dia pun banyak ni..

    ReplyDelete
  9. Lama tak makan steamboat kat luar sejak ada Haseyo World ni :P selalu buat kat rumah jer... lepas MCO 2.0 nak try yang ni la..

    ReplyDelete
  10. Memnag best makan stemboat dekat sini. Macam2 ada. Harga memg murah. Lama betul tak makan sini. Nnati ada mas aboleh pergi. Tempat dia pun luas

    ReplyDelete
  11. This looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy makan2 this restaurant at any time of the day. cant wait to try this for myself

    ReplyDelete
  12. jarang nak jumpa steamboat siap ada section yang marinated. Selalunya dekat Seoul Garden je. Harga murah macam ni memang syok la nak serbu

    ReplyDelete
  13. Wow memang best kita pun teringin nak pergi makan steamboat and bbq kat sana lepas MCO ni

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.