Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca setia blog sekalian? Alhamdulillah, betapa terujanya aku apabila mendapat perkhabaran bahawa Dato' Sri Siti Nurhaliza bakal kembali menggegarkan pentas! Masih segar dalam ingatan saat aku menonton Konsert Legacy30 beliau di lokasi yang sama pada awal tahun 2026 yang lalu. Kini, beliau sekali lagi bakal mencetuskan fenomena dengan persembahan yang lebih dinanti-nantikan.
Lebih istimewa, ini merupakan kali kedua beliau tampil dengan konsert berskala besar yang mengangkat irama tradisional. Kali pertama adalah menerusi Konsert Lentera Timur yang berlangsung cukup megah selama beberapa hari di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun 2013. Pastinya, Gema Bumantara bakal menjadi satu lagi legasi yang tidak mungkin dilepaskan!
Berita gembira buat seluruh peminat muzik tanah air! Ikon kesayangan Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza, baru sahaja membuat pengumuman yang cukup mendebarkan jiwa. Beliau bakal kembali menggegarkan pentas dengan sebuah konsert mega yang pastinya menjadi bualan ramai: Konsert Tradisional Gema Bumantara.
KONSERT TRADISIONAL GEMA BUMANTARA
17 Oktober 2026
8.30 Malam
TM Stadium Nasional Bukit Jalil
Mengangkat Warisan Tradisional Kali ini, Dato' Sri Siti Nurhaliza memilih untuk kembali ke akar umbi irama warisan. Melalui bait-bait puitis yang dikongsikan di media sosial beliau:
Kain CINDAI berSULAM SEMBILAN
Indah bagai SAHMURA berwarna
HATi YANG RINDU kita pertemukan
TM Stadium Nasional BERGEMA BUMANTARA.
Konsert ini bukan sekadar hiburan, malah ia adalah satu manifestasi cinta beliau terhadap muzik tradisional yang "tak lapik dek hujan, tak lekang dek panas". Ia adalah nadi yang terus hidup zaman berzaman.
Tentu sahaja aku tidak sabar menantikan senarai lagu tradisional yang bakal didendangkan nanti. Sejujurnya, Dato' Sri Siti Nurhaliza mempunyai khazanah lagu tradisional yang sangat luas, malah ada di antaranya yang belum pernah dinyanyikan secara live di atas pentas besar. Pastinya setiap susunan muzik nanti akan memberikan satu kelainan dan pengalaman yang sangat berharga buat para peminat.
SENARAI HARGA TIKET KONSERT GEMA BUMANTARA DATO' SRI SITI NURHALIZA 2026
Berikut adalah perincian harga tiket mengikut kategori tempat duduk bagi memudahkan anda membuat pilihan:
- CINDAI (Ultimate VIP): RM 1,699
- KESUMA (Super VIP): RM 1,499
- NIRMALA (Hot Seat): RM 899
- BALQIS (Cat 1): RM 699
- RENCONG (Cat 2): RM 569
- CANGGAI (Cat 3): RM 469 S
- YURGALOKA (Cat 4): RM 369
- YA MAULAI (Cat 5): RM 300
- KAPARINYO (Cat 6): RM 200
- CENDERAMAYA (Cat 7): RM 100
- CINTA INI (Restricted View): RM 70
- OKU: RM 500
[ OKU : RM 500 untuk dua (2) tiket, iaitu bagi seorang penonton OKU berkerusi roda dan seorang pengiring. ]
[ Restricted view : Penglihatan pentas terhad. ]
Sekarang, apa yang boleh aku katakan adalah aku sudah tidak sabar untuk menantikan hari jualan tiket dibuka! Sementara menunggu tarikh keramat itu tiba, aku sudah mula menyusun senarai playlist untuk sesi 'ulangkaji' lagu-lagu tradisional supaya nanti boleh sama-sama menyanyi dengan Dato' Sri Siti Nurhaliza di TM Stadium Nasional Bukit Jalil.
Marilah kita sama-sama meriahkan Konsert Tradisional Gema Bumantara ini dan jadikan ia satu lagi memori indah yang akan terpahat dalam lipatan sejarah irama Malaysia. Jumpa anda di sana nanti!
SEKIAN






The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.