Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kita sudah masuk ke bulan Julai. Dalam banyak-banyak bulan, sebenarnya bulan Julai antara bulan yang aku suka. Sebab utamanya adalah aku lahir pada bulan Julai 31 tahun yang dulu. Okay untuk bercerita pasal hari lahir ni, nanti aku akan buat artikel khas bila tiba masanya nanti.
Cumanya apabila sampai ke bulan Julai, apa yang anda dah capai? Maksud aku macam dari awal Januari sehingga Julai, apakah pencapaian anda? Adakah tercapai atau hampir tercapai atau mustahil untuk dicapai?
Apa-apa pun bagi aku, tercapai atau tidak tu perkara kedua, yang paling penting adalah usaha kita ke arah tu. Macam aku sendiri, masih struggle sebenarnya, ada banyak benda yang aku nak capai atau idam-idamkan, tapi ada yang masih lambat lagi untuk dicapai, tapi ada beberapa yang mula membuahkan hasil.
Aku rasa yang paling penting sekarang adalah untuk menjaga mental dan kesihatan. Sebab aku rasa semakin umur meningkat naik, semakin banyak stress dan sebagainya yang akan mengganggu kehidupan. Selain itu, mungkin wujud rasa cemburu dengan orang lain punya pencapaian pun akan mengganggu mental dan fikiran.
Alhamdulillah, sekarang aku berusaha untuk menjaga mental dan kesihatan, (walaupun selalu sangat makan macam-macam makanan, ringan & tak berkhasiat), tapi at least aku berusaha. Jadi, aku rasa itu sahaja untuk aku menulis kali ini. Aku cuba untuk luangkan masa lebih lagi untuk menulis, kerana aku rasa sekarang ni tak ramai blogger yang masih menulis kan? Ke aku salah?
SEKIAN


The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.