Muzik sama dengan Melalaikan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa yang angah nak kongsikan kali ini adalah sedikit sebanyak berkaitan dengan diri angah sendiri.
Masih angah ingat,ketika angah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Muzik.Angah ada membuat entry di blog.Ada juga angah bertanya pendapat orang ramai.Sebab bukan apa.Masa depan adalah penting.Penting untuk kita berfikir pada masa sekarang untuk apa yg terjadi pada masa akan datang.
Betapa angah dihina pada awalnya.Daripada pelbagai pihak. Contohnya macam dalam satu entry ini.Ada beberapa blogger ygmemberikan pendapat yg berbeza.Angah bukan nak salahkan mereka.Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.
 
Cuma angah sedikit terasa terkilan bila ada yang sanggup mengatakan bahawa bidang yg angah sedang mempelajari ini sebagai salah satu bidang yang melalaikan. Secara jujurnya bukanlah melalaikan,bidang-bidang yang lain juga boleh menjadi melalaikan.
Memang pilihan ini angah yang buat sendiri,sebab apa?Angah dah fikir secara keseluruhannya.Siap sudah solat isthikarah lagi.Dan apa yang angah dapat adalah bidang yg angah sedang ceburi sekarang.
Memang bila masuk dalam cabang ini,bermakna macam-macam cabaran yg akan datang.Bukan bidang Muzik sahaja tetapi semua bidang turut mempunyai cabaran.Cuma ia mengikut individu itu sendiri.InsyaAllah selagi kita pandai jaga diri dan ikut segala apa yang dah ditetapkan Allah S.W.T,rasanya takkan melalaikan. 
 
Angah dah penat melayan tohmahan masyarakat Malaysia yang masih lagi seperti katak bawah tempurung.Bila sebut MUZIK sama dengan melalaikan.Tak semestinya muzik boleh melalaikan.Semestinya masyarakat terikut dengan gaya dan sikap artis sekarang.Mungkin tiada sesiapa yg ingin menegakkan bidang Muzik sebagai bidang yg bagus??InsyaAllah angah akan membuktikan bahawa dengan Muzik seseorang itu jga boleh berjaya. 
Sememangnya selagi kita menjaga hubungan dengan Allah,selagi itu kita tidak lalai.Lalai boleh terjadi kepada semua perkara dan aktiviti sekiranya tidak melakukan apa yg telah ditetapkan.Ingatlah wahai rakan..jangan menghukum selagi belum menyiasat.
 
 

7 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. sabar ya angah..teruskan perjuangan.buktikan bahawa angah boleh berjaya dalam bidang nie.kita pun dulu sama juga.bidang yang kita ambik time study ada sesetangan golongan ckp tak ada masa dpn.tapi kita buktikan yang kita boleh juga berjaya.

    ReplyDelete
  2. Ina setuju dgn Angah 100 % . Sabar ye angah.. Ina pun selalu kena kutuk jugak, disebabkan Ina main gitar... Jadi, Ina pun pernah kena benda yg sama dgn angah..
    Ina sendiri pernah dipulau oleh mak sedara Ina...
    Ina tak fikir apa yg org cakap, Ina fikir , dgn bermain gitar, Ina dpt meningkatkan keyakinan diri Ina di hadapan org ramai . Sekurang-kurangnya, Ina tak bercampur dgn remaja yg rosak dekat luar sana.
    Mak Ina pun selalu pesan, main gitar boleh, tapi jangan lupa Allah. Jangan tinggal solat ^^

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah...selagi tidak bertentangan dengan syariat dan tiada menjurus kearah kelalaian,maka teruskanlah...jangan sesekali berputus harap dengan rahmat Allah..apa jua keadaan dan situasi yang kita hadapi,maka berserahlah kepadaNya...

    ReplyDelete
  4. pilihan di tanagan kita.jika rasakan ianya baik,apa salahnya kita teruskan.soal lali,apa2 pun jika tidak di kawal akan melalaikan..

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post