SBP : Anak Emas Kerajaan??!!



Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terhad kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa. Pada setiap tahun, sudah menjadi tradisi setiap sekolah berasrama penuh untuk bertanding di Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh bagi merebut Piala Perdana Menteri.
Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu dari kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK).
Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ianya sekadar “to producing better Malay farmers or fisherman only”. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan maksud “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu:
1. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - 1956
2. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) - 1957
4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 1963
5. Sekolah Alam Shah (kini dinamakan Sekolah Sultan Alam Shah) (SAS) - 1963
6. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968

Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin ibni Sultan Sulaiman di Klang, Selangor. Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang. Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

Kemajuan pendidikan di kalangan murid-murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada para pemimpin negara. Kerana itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai: "an important project in the plan is the establishment of ten pilot residential secondary science schools to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in science subjects.
Justeru 10 buah SBP berikut telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua iaitu:-
1. Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (1973)2. Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (1973)3. Sekolah Menengah Sains Selangor (1973)4. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (1973)5. Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (1973)6. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (1973)7. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (1973)8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (1974)9. Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (1974)10. Sekolah Menengah Sains Johor (1975)
Sehingga akhir tahun 2000, jumlah SBP telah menjangkau ke angka 39 buah dengan kapasiti murid seramai kira-kira 25,000 orang dan jumlah guru seramai kira-kira 2,500 orang. Pada tahun 2002, Sekolah Menengah Sains Seremban mula beroperasi sebagai SBP ke 40 di premis lama Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban yang berpindah ke bangunan barunya di Sungai Gadut, Seremban. Manakala 4 buah SMKA yang dinaik taraf sebagai SBP mula beroperasi. Sekolah-sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Sains Teknikal.

Pada tahun 2003, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri dan Sekolah Menengah Sains Alam Shah ditubuhkan mengambil alih premis lama Sekolah Seri Puteri yang berpindah ke Cyberjaya dan Sekolah Sultan Alam Shah ke Putrajaya. Manakala 7 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula beroperasi pada tahun 2003 dan sebuah SBPI mula beroperasi pada tahun 2004. Sehingga kini bilangan SBP di seluruh negara adalah 60 buah sekolah. 

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post