Tujuh Dilema Seorang Blogger.



Dilema Pertama :-

"Saya suka bila berkunjung ke semua blog.Saya suka blogwalking.Hampir semua blog yang saya blogwalking pasti saya akan tinggalkan komen di entry.Tapi,ada sesetengah blog yang membiarkan word verification setiap kali saya ingin meninggalkan komen.Masalahnya,susah nak masukkan password yang ditayangkan.Saya ni rabun,pastu dengan huruf yang kecil,memang susah saya nak komen."
Solusinya :-
Mungkin setiap orang mempunyai citarasa mereka sendiri.Bagi angah sendiri,angah lebih suka blog yang tidak meletakkan word verification,kerana mudah untuk tinggalkan komen.Apa yang angah boleh katakan,cuba try blogwalking ke blog lain pula. In shaa Allah. Tak semua blog macam tu.

Dilema Kedua :-

"Saya seorang yang suka menjelajah blog orang lain.Banyak blog yang saya terjah cantik,menarik dan best. Cuma yang saya tak suka bila ada sesetengah blog yang bila kita masuk je blog tu,terus keluar lagu yang kuat.Terkejut satu family saya.Sampaikan anak saya yang masih bayi tu pon terkejut dan menangis.Dah la takda butang nak tutup lagu.Pening kepala dibuatnya."
Solusinya :-
Terus tutup dan buka blog yang lain.Mungkin agak kejam,tapi itulah cara yang paling senang.Mungkin kita juga boleh tinggalkan komen teguran di blog mereka.Kalau mereka menganggap teguran seperti ini adalah kutukan,mungkin mereka tidak mahu blog mereka mesra pembaca.Apa-apa pun,blog itu adalh blog mereka,jadi mungkin itu adalah cita rasa mereka sendiri.
Dilema Ketiga :-

"Saya suka sertai pelbagai segmen/giveaway/pertandingan blog.Menang?? Tak pernah pulak.Yang saya tak puas hati adalah GA/SEG blMEN yang dianjurkan seorang blogger tu,asyik-asyik orang yang sama je yang menang.Bila saya nak menang?? Mood saya untuk bersegmen/Ga terus jadi down."
 Solusinya :-
Bukannya hanya satu blogger sahaja yang membuat GA/SEGMEN.Masih ramai lagi blogger yang adakan pertandingan.Anda cuma perlu ignore sahaja blogger yang bersikap pilih kasih seperti ini.Teruskan keyakinan anda untuk terus berblog.
 Dilema Keempat :-
 
"Dah banyak kali saya PM sponsor ni.Tapi tiap kali saya PM mesti tak dibalas. Kata nak sponsor segmen tu,bila dah habis segmen,terus jadi senyap.Kalau macam ni,lepas ni dah tak nak berurusan dengan blogger ni!! Habis blogger-blogger lain marah saya."
Solusinya :-
Buat satu entry bernada sindiran.Tanpa perlu mention nama sesiapa.Mungkin blogger itu akan terasa dengan entry anda.Solusi lain adalah ingat blogger itu untuk selama-lamanya.Pastikan anda tidak berurusan dengannya lagi.Selain itu,beritahu rakan-rakan blogger lain akan perilaku blogger ini.Bukannya kita nak menfitnah atau menabur omong kosong,cuma kita beringat-ingat kepasa blogger lain untuk berwaspada.  
Dilema Kelima :-

"Saya teringin nak dapat ranking Alexa yang bagus,follower yang ramai,komen di entry yang banyak.Teringin nak jadi famous seperti blogger lain.Tapi cuma satu je masalahnya,saya malas nak update entry.Selalu takde idea bila nak update.Macam mana nak buat eh? "
Solusinya :-
Padam blog anda! Bukannya apa,setiap kejayaan tidak akan datang tanpa sebarang usaha.Anda perlu berusaha untuk berjaya.Berkenaan entry,mungkin anda boleh berblogwalking dahulu.In shaa Allah,idea akan datang mencurah-curah apabila kita terjah blog blogger yang lain.
Dilema Keenam :-
 
"Time mula-mula buat blog,dia sangat peramah.Sentiasa blogwalking merata-rata.Update entry yang hebat.Bila dah jadi famous,hot dan popular,blogger ni dah mula sombong.Hanya bergaul dengan blogger-blogger yang sama taraf je.Yang newbie macam saya ni langsung dia tak endahkan.Sedih saya."
 Solusinya :-
Ignore kan dengan blogger yang sebegini. Bila kita nak maju ke hadapan,kita akan temui pelbagai kerenah blogger.Cuba berfikiran positif. Mungkin blogger tersebut tidak menyedari kehadiran anda.Cubalah menjadi Top Komentator atau sebagainya.Mungkin juga blogger itu tidak mempunyai masa untuk melayan semua pembacanya. Apa-apa pun teruskan berblogging tanpa rasa sedih.
 Dilema Ketujuh :-
 
"Saya tahu.Blogger ni suka copy paste entry saya.Selalu apa yang saya update,dia akan update yang sama juga.Takpalah,mungkin dia nak share cerita yang sama.Tapi yang sedihnya takde kredit untuk saya pun dalam entry tu.Penat saya tulis sehari suntuk entry tu,alih-alih senang-senang je kena tiru.Bencinya saya!! "
Solusinya :-
Berfikiran positif.Mungkin blogger tersebut masih baru dalam dunia blogging.Mungkin juga blogger itu buat entrynya sendiri tetapi tiba-tiba tersama pulak dengan anda.Hehe.Apa-apapun masalah yang sebegitu kecil tidak perlulah dipanjangkan.Anda hanya perlu teruskan berblogging seperti biasa.Mungkin anda boleh membuat entry sindiran tanpa perlu mention sesiapa?? :D 
 Sekian.
*Entry ini tidak bermaksud ditujukan kepada mana-mana pihak.Sekadar renungan buat kita semua. Pelbagai karenah blogger yang membuatkan dunia blogging lebih menarik. 

27 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. hahaha..dilema pertama dan kedua tu selalu lyeen hadapai..mmg bengang..hehehe...tp sabar je la..:P hahaha sekuriti utk blog mereka..:D

    ReplyDelete
  2. macam-macam karenah manusiakan..tak apa ini untuk renungan kita bersama juga..mana yang elok kita jadi rujukan..

    ReplyDelete
  3. setuju sangat... lagi satu masalah tambahan adalah dia suruh kita follow blog die tapi blog die x sediakan widget follower.. -,-

    ReplyDelete
  4. hehe..
    rasan nk nyanyi pulak baca entry nie.
    ku dalam dilema :)

    ReplyDelete
  5. sangat setuju! but yang bab lagu tuh, tu ada button 'pause' lah.. huhuhuhu teruskan n jangan mangalah k? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga yg takde button pause.angah pernah jumpa.. :D hehe

      Delete
  6. kan kan kan.. strongly agree with you.. pasal lagu tu kan, adalah button 'pause'.. huhuhuhu tulah dugaan dalam dunia blogger. blogger ni pun macam hidup kita jugak... :)

    ReplyDelete
  7. harap dapat beri teguran positif kepada blogger tersebut..Selamat tahun baru 2014

    ReplyDelete
  8. macam2 karenah..akak pun dah kena..akak ada menang novel tapi sponsor buat senyap jer sampai sekarang..hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pernah..tapi takpa lah..mungkin bukan rezeki kita.

      Delete
  9. hahaha,, sabar je laa... =) xpela..slow2 nnti fhm la ttg apa y harus ada n xde dlm blog..hehe... y jadi sponsor pun masalah gak..bila pm pemenang..pemenang x respond..ngee... masing2 kena tau la jnji masing2..heheh.. slmt thun baru ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pon satu masalah juga. berpegang pada janji..selamat tahun baru..

      Delete
  10. btuL tu angah... harap semua yg di tulis tu dapat di hindari.. hehehhee

    ReplyDelete
  11. pernah menghadapi beberapa dilema di atas

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post