Dato’ Ac Mizal menjadi subjek lawak oleh segelintir peserta MLM 2013.



"Kepada mereka yang mengikuti program Maharaja Lawak Mega 2013 sepanjang lapan minggu bersiaran, pasti sudah biasa melihat situasi hos utama, Dato’ Ac Mizal menjadi subjek lawak oleh segelintir peserta MLM 2013.
Bercakap kepada Astroview, Ac Mizal sama sekali tidak pernah berkecil hati apabila dirinya pernah dijadikan subjek lawak oleh segelintir pelawak kerana ianya salah satu cara untuk  mendapat perhatian penonton.
“Saya bangga! Ianya salah satu cara untuk meraih perhatian para penonton. Jadi tidak salah untuk mereka menggunakan saya sebagai subjek lawak mereka.“Kami bekerja dalam satu kumpulan daripada seorang hos, peserta, juri, sehingga krew belakang tabir. Setiap orang perlu bergerak agar program tersebut tidak bosan.
“Lagipun sebagai seorang pengacara di atas pentas MLM 2013, saya boleh nampak apa yang penonton mahukan daripada para peserta. Sejujurnya saya tidak pernah terasa hati apabila dijadikan subjek, tapi kalau saya balas di atas pentas, faham-fahamlah ye!” jelas Ac Mizal.
Dalam pada itu, Ac Mizal turut menjelaskan walaupun lagu Apo Kono Eh Jang serta Al-Haq mendapat sambutan oleh umum, dia masih belum bercadang untuk muncul dengan sebuah album studio.“Mungkin tidak dalam tempoh terdekat ini. Secara peribadi, saya akan bekerjasam dengan penyanyi yang saya selesa atau suka. Mereka menyanyi dan saya rapping. 
Mungkin selepas ini saya akan lebih banyak lakukan kolaborasi dan dari situ lagu-lagu akan dikumpulan dan menjadi sebuah album penuh,” jelas beliau lagi." Sumber 
 Pendapat angah :-
Sememangnya lawak sebegitu boleh diterima ramai.Bagi angah,boleh je asalkan tak melebih-lebih. 

11 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post