Kumpulan Shiro Nafi Digam RTM


"Kumpulan Shiro, menafikan dakwaan mereka telah digam oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) berikutan lawak ‘bodoh’ persembahan mereka dalam satu program terbitan stesen tersebut.
Menurut salah seorang ahli kumpulan Shiro iaitu Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi bin Razak, 28, setakat ini mereka masih belum menerima sebarang kenyataan rasmi tentang perkara  tersebut malah kumpulan mereka masih dipanggil untuk mengendalikan sebuah rancangan di RTM sempena sambutan tahun baru 2014 pada hari Selasa yang lalu.
“Kami tidak dimaklumkan tentang apa-apa daripada pihak RTM berkaitan perkara tersebut. Malah selepas rancangan itu RTM masih panggil kami untuk kendali rancangan terbitan mereka.
“Hubungan kami dengan RTM rasanya masih baik seperti biasa dan pihak stesen televisyen tersebut sentiasa beri kami peluang untuk berada dalam pelbagai rancangan mereka sejak kemunculan kami dalam industri,” jelas Ajak seperti dipetik oleh mStar Online.
Tambah ajak lagi persembahan mereka pada malam tersebut hanya selingan ketika waktu iklan ke udara dan tidak disiarkan oleh stesen televisyen tersebut.
“Memang kami ada sentuh tentang bapa mentua kerana kami tahu anak beliau baru sahaja berkahwin namun ianya tidak sampai keterlaluan dan mempersendakan seperti yang didakwa,” tambah Ajak lagi.
 Kumpulan Shiro bagaiamanapun meminta maaf jika lawak tersebut ada mengguris hati mana-mana pihak yang menonton persembaan mereka pada malam tersebut.
 Kumpulan Shiro berkata demikian selepas diminta mengulas tentang dakwaan sebuah akhbar mingguan yang mendakwa kumpulan tersebut bakal digam oleh RTM berikutan menyampaikan lawak ‘bodoh’ di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa rakan artis veteran di Konsert Jubli emas TV Malaysia. " Sumber
Pendapat angah :- 
 Sukar untuk mempercayai berita yang tersiar di surat khabar atau internet selagi sesuatu perkara itu belum disahkan lagi.Angah lagi suka dengar daripada mulut mereka sendiri.Tapi manusia boleh menipu,jadi,sama-sama kita fikirkan..
 

7 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post