Nak Negara Maju Atau Sebaliknya??


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Rasanya angah terpanggil untuk bersuara untuk pihak yang ingin mencari kebenaran.Bukannya apa,sebagai seorang yang masih muda dan masih mempunyai akal fikiran yang cerdas,sepatutnya orang yang seusia angah sekarang ni sudah semestinya mempunyai pemikiran yang matang,dan mampu berfikir secara rasional.
Politik
Kalau ye pun anda tak suka mana-mana pemimpin,tak perlulah untuk terus kutuk + memaki mereka di tempat atau paparan yang boleh dilihat orang ramai.Ye,anda bukannya boleh mengundi lagi,walaupun nak menyokong,tapi janganlah sampai menunjukkan kebodohan yang nyata.
Apa yang angah lihat kadang-kadang,sesedap rasa je nak kutuk-kutuk bagai.Cuba bayangkan perasaan anak-anak mereka bila ibu dan bapa mereka dikutuk + dicaci maki macam tu? Cuba letak diri anda di tempat mereka? Nampaknya seperti ada manusia yang sudah hilang sifat manusia itu sendiri. Sanggup memaki manusia lain. Bila check2 balik,oh rupanya beragama Islam.Memang Islam ajar umatnya untuk memaki sesiapa sesuka hati??
Bukannya Memihak Ke Pihak Mana-mana

Angah tak berpihak ke mana-mana,cuma angah rasa,dah boleh nampak masa depan negara kita,apabila golongan remaja sekarang ni,yang masih belum mampu mengundi,sudah menunjukkan belang mereka.Kalau macam angah sekalipun,tak pernah angah nak post update tentang hal-hal politik,sebab angah tahu akan ada orang yang tak suka atau berlainan pendapat dengan angah.Angah tak suka nak bergaduh-gaduh disebabkan hal-hal politik.Sebab jelas,ia menunjukkan kebodohan yang nyata.
Suka untuk angah ceritakan bahawa,angah ada seorang kawan yang rapat.Kami sebenarnya berbeza pandangan politik.Dia memihak ke satu lain,angah pula memihak ke pihak yang lain.Tetapi yang lebih menarik adalah angah dan dia tak pernah berbincang tentang politik.Bila berbicara tentang hal-hal yang ingin masuk ke topik politik,terus di ubah tajuknya,kerana masing-masing khuatir akan terjadi pergaduhan selepas itu.
Banyak Yang Buruk Daripada Yang Baik
Sudah semestinya,lebih banyak yang buruk yang akan berlaku.Dan yang lebih pasti,makhluk yang bernama syaitan pastinya akan bertepuk tangan gembira kerana sudah berjaya membuatkan sesama manusia bergaduh.Good Job People.
Memang sudah semestinya ada pihak yang benar dan ada pihak yang salah.Cuma gunakan saluran yang betul.Ingatlah bahawa jika hanya tertumpu pada hal-hal politik,negara secara khususnya tidak akan maju,malah lebih kebelakang.
Sekian. 

8 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. politik dicipta untuk nafsu
    kepimpinan tercipta kerana tanggungjawab :)

    ReplyDelete
  2. manusia suka belajar dari google bukan dari fakta :)

    ReplyDelete
  3. klau tgk kat fb pon..bile satu2 page kluarkan pendapat, mulelah berperang2 dlm komen..kdg2 memaki hamun..bosan jugak.. anis pon ade kwan baik yg berbeza pandangan, tp kiteorg lebih open dan xbyk bincang isu politik.. xde byk faedah pon.. peacee.. ^__^

    ReplyDelete
  4. Dah sikap manusia suka mengutuk and takde bende yang boleh mengentikan diorang 100% but politicians n etc la yang wajib menjaga tingkah laku diorang, dah tau banyak yang memerhati, buat lagi keje tak elok and then expect pulak orang nak senyap je, that is what we call 'kebodohan yang nyata'. Despite what we think, half of the time, paparan umum la yang boleh menjelaskan perkara sebenar to the world. So x salah nak mempublickan pendapat, as long as it's TRUE.

    ReplyDelete
  5. Jika dua2 ada mudharat maka tolak yang lebih banyak mudharat daripada keduanya.

    ReplyDelete
  6. Samalah , kadang-kadang saya sendiri pun malas nak layan klu kekawan bahas tentang politik sebab pendapat tu pun takkan kemana . Diri sendiri jeh yang lebih . HUHU .

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post