Percintaan Yang Halal : Gempar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Bercinta Ketika Sedang Belajar
Pendapat Angah : Rasanya tak perlu kut,angah rasa time study,memerlukan komitmen yang banyak untuk kta fokus dengan pembelajaran kita.Kalau bercinta,bermakna akan bertambah lagi fokus atau komitmen diri kita. 

Bercinta Selepas Kahwin

Yang ini angah rasa macam best,sebab selalu ditonjolkan dalam drama-drama adaptasi novel di Televisyen.Kononnya akan Sweet,selepas kahwin sebab baru nak bercinta.Kalau sebelum kahwin dah bercinta,lepas kahwin terus jadi bosan.

Bercinta Sebelum Kahwin

Bagi angah oke je,cuma takut terlebih-lebih pulak.Dengan zaman sekarang ni,penuh dengan dugaan dan cabaran.Kalau ikut pilihan keluarga,dikatakan Kuno pulak.Apa-apapun kena pandai jaga diri dan memilih pasangan yang sesuai.

Bercinta Ketika Masih Di Sekolah 

Ini kononnya adalah cinta monyet,kenapa monyet??Sebab monyet bercinta time sekolah?? Entahlah,cuma rasanya kalau nak bercinta time sekolah,itu adalah sangat membazir masa.Tapi ada jugak yang terus bercinta sampai ke perkahwinan.

Bercinta Dengan Sesama Makhluk

Ini sudah semestinya.Macam mana pulak kalau bercinta sesama jenis? Kalau bercinta atas dasar sahabat oke lagi tu,kalau atas dasar nafsu.Pandai-pandai lah fikir yang haram dan halal.Ada jugak yang bercinta dengan kereta,jambatan,handphone,rumah dan lain-lain.

Bercinta Dengan Makhluk Lain
Bercinta dengan harta benda.Siapa yang tak sayang harta benda sendiri kan? Bercinta dengan haiwan??Kalau macam angah sendiri,angah bercinta dengan haiwan peliharaan angah iaitu,kucing.Macam mana pula dengan anda??

Bercinta Dengan Tuhan

Ini yang paling penting.Tanpa TUHAN,siapalah anda? Adakah anda akan tercipta secara sendirinya?? Fikirkan yang mana betul dan yang mana tidak betul. Sekian.



2 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم