Konsert PERWIRAfm : Seribu Kenangan



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa yang nak ceritakan? Kali ini adalah berkenaan konsert PERWIRA yang pertama kalinya telah diadakan di Auditorium Cempaka Sari,Kompleks Perbadanan Putrajaya. Konsert yang diadakan adalah bertujun untuk memperkenalkan Persatuan Wind Orkestra UiTM (PerwiraFM) kepada semua orang.
Sebanyak 10 lagu telah dipersembahkan iaitu
Declaration , Ballade  and Finale by Ed Huckeby
Persistence by Richard L. Saucedo
Locus Iste arr by Ton van Grevenbroek
Ammerland by Jacob De Haan
Inspiration Point by James Barnes
Rangkaian Lagu-Lagu Melayu arr by Suhaimi Yacub
Suriram arr by Suhaimi Yacub
Beauty And The Beast arr by John Moss
Hollywood Milestone arr by John Higgins
Ride by Samuel R Hazo





Untuk pengetahuan semua,kami berlatih secara orchestra adalah selama seminggu sahaja sebelum konsert bermula. Manakala latihan sectional sudah bermula sejak awal tahun lagi.Memandangkan ahli-ahli persatuan ini kebanyakannya agak sibuk.Maka latihan hanya dapat disiapkan pada saat-saat akhir.
Alhamdulillah,konsert ini berjalan lancar dan jayanya. Pada mulanya angah agak khuatir sekiranya jumlah penonton tidak ramai.Tapi akhirnya ramai juga yang hadir.Perasaan angah ketika sedang membuat persembahan adalah seperti perasaan ketika pertandingan akhir Wind Orchestra SBP. 
Apa yang angah suka adalah,bila mananya habis konsert baru angah rasa sedih dan sangat-sangat terharu apabila memikirkan keadaannya. Ketika berlatih di fakulti,kami selalu makan bersama. Apa yang paling penting adalah "relationship" yang wujud. Sama seperti ketika angah di Tun Syed Band suatu ketika dahulu.
Untuk pengetahuan semua,dalam konsert ini yang paling muda adalah angah sendiri!!So yang junior tu angah la.Kiranya macam kembali ke time sekolah. Haha,angah adalah form 1.Macam tu la.

Selain itu,yang paling menarik dalam konsert ini adalah alumni Tun Syed Band adalah paling ramai dalam konsert ini.
Abg Mustaqim Abdullah : Conductor
Abg MK Ridzuan : Oboe
Abg Zulhairi : Flute
Abg Aisyam : Euphonium
Abg Hazwan Hazreen : Flute
Mohamad Khairil ( Angah sendiri ) : Bass Clarinet 

Jadi,alumni Tun Syed Band yang ramai membuktikan bahawa Soksek mampu menghasilkan pemuzik yang berkualiti. Haha. Apa- apa pun angah rasa bangga bila dapat bergambar bersama super senior dan senior2. Dah la dalam ramai2 alumni tu,angah yang paling junior.Jadi memang gempaklah kan??

Kesimpulannya


Ini merupakan konsert pertama angah bersama UiTM. Memang menjadi idaman semua orang untuk mempersembahkan bakat mereka. Begitu juga dengan angah sendiri. Alhamdulillah konsert angah yang pertama berjalan dengan lancar. Angah tahu bahawa selepas ini akan muncul lagi pelbagai konsert yang mungkin angah akan turut sertai.
Apa -apa pun pengalaman yang menarik apabila dapat berganding bahu dengan pemuzik-pemuzik hebat seperti mereka.
Sekian Terima Kasih 


5 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم