Pelacur Murahan Berleluasa




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni angah nak kongsi satu pengalaman yang ngeri. Ya,sangat ngeri bagi angah sepanjang angah hidup dalam dunia ini.
Pada suatu malam,angah dan rakan-rakan sebilik angah bercadang untuk pusing-pusing di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Kononnya pada malam itu kami semua tak mau tidur,dan terus overnight di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Apa yang menariknya adalah apabila kami ke tempat-tempat berhantu di kawasan Kuala Lumpur. Tempat pertama adalah di Bukit Tungku. Kononnya nak buat macam Seekers,apabila setiap orang dari kami akan diletakkan di kawasan berbeza. Begitu juga ketika di Gerbang Belakang Zoo Negara, dan juga rumah Doktor Frenzy. 
Bagi angah suasana seram ini tidaklah seseram mana apabila selepas sahaja kami ke rumah Doktor Frenzy,kami meneruskan perjalanan ke tempat pelacur selalu bertenggek di Kuala Lumpur.




Kami ke suatu tempat di Pudu,jalan pasar Pudu kalau tak silap. Terdapat banyak pelacur yang angah tengok kebanyakannya adalah berbangsa cina. Mungkin dari Vietnam. Astagfirullahhalazim. Apa yang dapat angah katakan adalah betapa murahnya manusia apabila sanggup menjual diri.
Yang paling angah tak sangka adalah apabila ramai orang melayu yang ke tempat sebegitu. Selepas itu,kami terus ke tempat lain. Pelacur-pelacur di situ ditemani oleh bapa ayam mereka,selain mengetuk-ngetuk cermin tingkap kereta yang lalu lalang. Nasib baik kereta yang angah naik tu,cerminnya ditutup,kalau tak,habislah angah. 
Pelacur yang berleluasa di  Kuala Lumpur adalah salah siapa? Apa yang angah nampak,ada je polis di kawasan  itu,tetapi seolah-olah mata mereka tertutup untuk melihat kawasan itu. Dan yang paling menghairankan adalah mereka seolah-olah tidak takut dengan undang-undang negara.
Salah siapakah ini??

Nota : Angah ke kawasan itu bukanlah untuk melanggan pelacur itu,tetapi angah ingin tahu,kerana selagi kita tak tahu,kita tak kan belajar,apa yang angah belajar adalah tempat itu sangat menakutkan.Rasa seperti sudah berdosa walaupun baru sahaja masuk ke kawasan itu. 



3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post