Rampas Tudung Tiruan : Motif Sebenar



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pelakon Fizo Omar meluahkan rasa kecewa dengan tohmahan yang dilemparkan terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim, selepas ada pihak mendakwa penghasilan tudung Fareeda tidak mengikut tuntuntan hukum Islam dan tidak berkualiti.
Menurut Fizo selaku Ketua Bahagian Pemasaran dan sebagai seorang suami, dia berhak tampil menjelaskan tuduhan yang boleh menjatuhkan kredibiliti isteri serta peniagaan mereka.
“Kami telah daftar paten, hak cipta dan hak milik tudung Fareeda ini sejak dari tahun 2008 dan 2009. Setiap kali tudung keluar, tak sampai seminggu dah ada yang tiruan. Dan lebih mengecewakan lagi siap menggunakan tagging Fareeda malah menggunakan gambar isteri saya sebagai model.
“Dari situ kita sudah lihat ianya 100 peratus meniru dan mengambil kesempatan. Pada saya mereka ini kurang bertanggungjawab dalam bidang perniagaan. Tidak salah kerana kami tidak menutup rezeki sesiapa pun malah saya galakkan lagi nak berniaga, sama-sama kita berniaga secara sihat.
“Tetapi kalau menciplak idea secara tidak langsung boleh menjatuhkan imej atau kualiti jenama tudung Fareeda sendiri kerana material dan harga sangat berlainan. Kami berbelanja lebih empat juta untuk promosi iklan di televisyen, papan iklan dan menerusi pelbagai program untuk mengangkat imej jenama dan paten Fareeda sendiri,” jelas Fizo Omar dipetik menerusi temubual eksklusif di Astro Awani.
Lebih mengecewakan, tuduhan itu semakin menjadi-jadi apabila Fareeda dan KPNDKK membuat rampasan di enam premis perniagaan yang meniru rekaan eksklusif Fareeda.
Sebanyak 1, 225 helai tudung jenis Fareeda Aisya dan Fareeda Mariya dirampas dengan anggaran nilai RM77 ribu yang dikatakan menutup periuk nasi peniaga lain.

KOMEN ANGAH :

No komen. 

5 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. samala kita ... no komen hehe. Salam perkenalan dari kenit, terjah dari segmen mak dara (^_^)

    ردحذف
  2. Erm....SA nak komen lebih2 pun SA x bertudung...tp bila buat rampasan tu kena la fikir jugak pelbagai sudut..kalau macam tu owner bag2 mewah yang banyak imitation di seluruh dunia ni pun wajib buat rampasan kan?betul pihak Fareeda mempertahankan hak..tp orang yang x mampu?sama jugak handbag berjenama yang imitation tuh...ramai gak x mampu sebab harga sebuah bag je dah boleh buat deposit beli rumah...kan?

    ردحذف
  3. Salam... dtg drpd segmen Terjah Mak Dara..

    dia ada hak untuk ambil tindakan jika pihak tu benar2 bulat2 tiru idea dia..

    tapi ramai btul yg x suke dengan Mawar ni, donno why.. jeles sbb dia dpt Fizo kot..

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم