Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2014



Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori:

Anugerah Siri TV Komedi Terbaik (Bersiri) :Oh My English April Fool

Pengarah komedi terbaik (TV): Bila Joyah Dah Goyah – Nazir Jamaluddin

Siri komedi hiburan terbaik (Bukan bersiri): Karoot Komedia Raya

Pengarah komedi terbaik (FILEM): Sejoli – Osman Ali

Anugerah Khas Juri Anugerah Lawak Warna: Dato Jamali Shadat & Hamid Gurkha

Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri): Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)

Segmen Komedi Radio Paling Popular: Johara Pagi Era – Sketsa Johara

Rancangan komedi hiburan terbaik (Bukan bersiri): Bila Joyah Dah Goyah

Filem komedi terbaik: Sejoli (PrimeWorks Studio)

Anugerah Khas Juri – Pencapaian Komedi Sepanjang Zaman: Kumpulan Senario

Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem: Maya Karin

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Filem: Bront Palare

Pelakon komedi wanita terbaik (TV): Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV): Kazar Saisi

Anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular ( Anugerah utama): Sharifah Sakinah

Artis Lawak Lelaki Paling Popular ( Anugerah utama): Jep SepahTu
Berdasarkan keputusan di atas, Jep Sepahtu dilihat berjaya mempertahankan popularitinya dua tahun berturut-turut sebagai Artis Lawak Lelaki Paling Popular.Begitu juga dengan Jasmin Hamid, Johara Pagi Era, Maharaja Lawak Mega dan Karoot Komedia yang berjaya mempertahankan kategori masing-masing.


Sementara itu, kemenangan Sharifah Sakinah sebagai Artis Lawak Wanita Paling Popular agak mengejutkan kerana ramai yang meneka Jihan Muse akan diangkat sebagai pemenang.Filem Sejoli dan drama Bila Joyah Dah Goyah pula berjaya mengungguli ALW 2014 apabila menraih kemenangan terbesar.

Sejoli menang besar apabila berjaya merangkul kesemua enam  kategori filem iaitu Filem Komedi Terbaik, Lakon Layar Komedi Terbaik, Skrip Komedi Terbaik, Pengarah Komedi Terbaik (Osman Ali), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Maya Karin) dan Pelakon Komedi Lelaki Filem Terbaik (Bront Palarae).

Manakala drama Bila Joyah Dah Goyah menang lima kategori iaitu Pelakon Lelaki Komedi Terbaik (Kazar Saisi), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Jasmin Hamid), Rancangan Komedi Terbaik (Bukan Bersiri), Skrip Komedi Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Jamal Khan).

Antara filem lain yang tercalon ialah Bikers Kental, Adnan Sempit 3, Kami Histeria dan Hantu Tok Mudim manakala drama pula ialah Osman Baku, Yem Rempit, Projek Memikat Suami dan Benci Vs Cinta.

Rancangan komedi lain yang tercalon pula ialah Warna Raya, Fuyoo Raya Zizan, Kaunter Kaboom Raya, Lari-Lari Raya, Jihan Tak Nak Balik Raya dan Pengancam Perkahwinan. 

Anugerah Lawak Warna 2014 mempertandingkan 21 di mana 15 daripadanya adalah bagi kategori filem dan drama, tiga kategori popular manakala tiga adalah anugerah khas juri.


Pandangan angah : Tahniah kepada semua!! :D

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post