Review Blog #5




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita bertemu lagi dalam review blog. Alhamdulillah. Setakat ini lebih daripada 20 blog telah direview. Masih berbaki 80 blog lagi untuk direview untuk mencukupkan jumlah 100 blog kesemuanya,

Secara jujurnya,angah teruja sebentar bila tengok blog ini. Kalau anda boleh lihat,betapa cantiknya blog ini disusun,dan bagaimana entrynya ditulis. Apa  yang pasti pemilik blog ini masih lagi bersekolah menengah.
Apa yang angah suka ialah entry dalam blog ini lebih seperti diari hidup seseorang. Cewahh.. Tak ada apa yang nak dicakapkan lagi, angah rasa lebih baik anda semua terjah sendiri blog ohsemm ini. 



Blog kedua yang akan direview ialah blog Cammy Lia. Seorang blogger yang aktif bagi angah. Entry yang angah sempat baca ialah entry yang pastinya berkenaan anaknya. Apa yang angah suka ialah blog ini tidak banyak widget yang pelik-pelik atau merapu-rapu.
Selain itu, angah juga suka dengan font tulisan yang besar. Teruskan usaha anda untuk majukan lagi blog ini. Jom terjah ramai-ramai ke blog cantik ini. 


Blog seterusnya ialah blog Official Firzanah Azhar. Blog yang cantik. Mungkin kalau saiz header dikecilkan,loading blog akan jadi lebih pantas. Selain itu,pemilik blog ini masih bersekolah. Jom berkenalan dengan blogger ini. 
Mungkin tulisan di bahagian widget blog boleh ditukar ke warna yang lebih menonjol.Apa -apa pun teruskan berblogging. Jom terjah blog best ini.. 



Pertama sekali,angah nak puji header yang simple tetapi sangat cantik. Blog ini merupakan blog yang keempat akan angah review. Bagi angah dari segi header kita boleh nampak dah betapa cantiknya kandungan entry.
SAYA ADALAH FATIHAH, TAPI BOLEH PANGGIL SAYA NIK. BERUMUR 21 Y/O 2014. BERASAL DARI KELANTAN DAN SEDANG BERMAHARAJALELA DI SABAH.
Blog ini angah suka kerana penyampaian dalam setiap entry yg jelas. Selain itu,ada pelbagai entry menarik dalam blog ini membuatka angah nak terus membaca setiap entry yang ada. Susunan widget yang menarik. Jom terjah dan follow blog ini. 




Blog seterusnya ialah blog ini. Menarik. Itulah yang tergambar dalam fikiran angah. Ini adalah salah satu blog yang menggunakan template blogskin. Tiada apa yang angah nak ceritakan,sebab blogskin bukan salah satu kepakaran angah. Apa yang boleh angah cerita ialah,boleh diperbaiki lagi.
Angah tak dapat nak scroll dan klik lebih banyak dalam blog ini kerana ada beberapa button yang angah tak dapat lihat. Apa apa pun,jom kita terjah blog ini. 

8 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم