Penjelasan : Makruh pakai Telekung Lycra?





Sumber Gambar : Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini kecoh berkenaan sejenis telekung yang kononnya tidak sah jika digunakan. Runsing juga ibu dan juga adik beradik perempuan angah berkenaan hal ini. Ada beberapa pendapat mengatakan ianya dibenarkan.Malah ada lagi pendapat lain mengatakan bahawa ianya tidak sah. Jadi,yang mana satu yang benar?
Mari kita lihat penjelasan daripada seseorang yang arif berkenaan hal ini.

 Oleh Dr Mohd Izhar Mohd Khasim Sumber : Berita Harian

Apakah hukum wanita solat dengan memakai telekung dari jenis fabrik lycra?
Jawapan
Memang tidak dinafikan akhir-akhir ini ramai betul yang bertanya mengenai hukum solat wanita yang memakai telekung lycra. Seperti mana diketahui umum, antara syarat sah solat adalah menutup aurat dengan sempurna.
Bagi kaum lelaki, aurat mereka bermula dari pusat hingga ke bawah lutut. Manakala wanita pula, aurat mereka ialah keseluruhan tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan sahaja.
Ini bermaksud, tidak sah solat wanita jika aurat tidak ditutupi dengan sempurna hingga menampakkan warna kulit pada tubuh dengan mata kasar secara jelas. Jika hal ini berlaku, maka solat seseorang itu tidak sah dan wajib mendirikannya kembali.
Berhubung isu telekung lycra, hukum solat dan memakainya bergantung kepada tiga keadaan iaitu harus dan sah solat jika telekung itu besar dan tidak melekat pada tubuh. Solat mereka yang memakainya sah dan tidak perlu diragui kerana aurat terpelihara manakala syarat sah solat telah dipenuhi dengan baik.
Makruh hukumnya memakai telekung lycra yang sendat dan melekat pada tubuh hingga kelihatan agak seksi. Namun, solat mereka yang memakai telekung itu adalah sah dan tidak perlu diulangi.
Solat sah tak perlu diulang
Bagaimanapun, haram seorang wanita memakai telekung lycra yang sendat dan melekat pada tubuh di hadapan kaum lelaki yang bukan mahram kerana ia akan menimbulkan fitnah kepada semua pihak. Namun begitu, solat mereka yang memakainya adalah sah dan tidak perlu mengulanginya.
Syarat sah solat sempurna walaupun ia agak sendat. Penanda aurat tidak ditutup dengan sempurna dalam solat ialah apabila warna kulit boleh dilihat dengan jelas seakan-akan si pemakai tidak berbaju.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pemakaian baju ketat dan sendat tetap diharamkan terhadap wanita di luar kawasan rumah walaupun ia dikira menutup aurat dalam solat.
Haram golongan wanita memakai telekung nipis dan jarang hingga menampakkan kulit tubuh atau aurat secara jelas (bukan bayang) seakan-akan tidak berpakaian, apatah lagi apabila berada di hadapan lelaki yang bukan mahram.
Hukum ini bukan sahaja membabitkan perbuatan memakai, tetapi hukum solat mereka. Wanita yang solat dengan telekung seperti itu adalah tidak sah dan wajib mengulanginya kerana auratnya tidak ditutup dengan sempurna bahkan telah dikategorikan sebagai mendedahkan aurat dengan sengaja ketika solat.
Bagaimana?
Angah rasa penjelasan yang dibuat rasanya sudah cukup terang. Angah harap anda semua turut memahami masalah ini dengan lebih mendalam. Sebagai seorang Islam,sememangnya kita perlu berhati-hati dalam menghadapi sebarang masalah pada masa kini. Kerana kini ramai pihak yang cuba menjatuhkan Islam dengan cara paling kotor dan juga busuk. Oleh itu,berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara..

12 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post