Konsistensi.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Dah lama rasanya angah tak menulis di dalam blog ini. Dah semakin berhabuk kononnya. Apa-apapun kesibukan terhadap pelajaran menyebabkan angah tidak mempunyai masa yang cukup untuk aktif dalam menghasilkan entry setiap hari.
Seronok angah tengok blogger lain yang sememangnya konsisten dalam hasilkan entri anda. Biasalah , angah merupakan seorang pelajar , mahasiswa pulak. Selain itu, angah bukanlah seperti student yang lain. Yang mana apabila lepas sahaja kuliah di kelas , sudah boleh pulang ke rumah.
Rutin harian angah ialah selepas kuliah , perlu berada di fakulti dan berlatih bermain alat muzik. Bukan setakat clarinet sahaja , tapi jugak kena berlatih alat-alat lain, sebab setiap subjek bukanlah instrument yang sama.
Tak dapat dinafikan , sememangnya angah rindu nak update blog , blogwalking ke blog rakan-rakan. Tapi apakan daya , masa sangat mencemburui. Ada kalanya , angah tak dapat rehat yang cukup , disebabkan pada hari cuti sekalipun masih lagi ke fakulti, kerana terlampau sibuk dengan peperiksaan amali.
In shaa Allah , semester 4 ini akan selesai dalam bulan 3, dan selepas itu angah akan aktif semula , kerana ketika itu angah berada di rumah , menghabiskan cuti semester.
In shaa Allah. 
 
 
 
 

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post