10 Kebaikan dan Kelebihan Buah Naga (Dragon fruit)

Aerill Hassan
3

Assalamualaikum dan salam sejahtera




10 Kebaikan dan Kelebihan Buah Naga (Dragon fruit)

Salah satu buah yang angah suka ialah buah Naga. Pada pertama kali angah melihat buah ini , ya! Angah suka akan wananya dan juga bentuk yg unik. Ditambah lagi dengan nama buahnya iaitu buah naga. Ayah angah sendiri pernah menanam pokok buah Naga di rumah angah , dan Alhamdulillah , dapat juga merasa hasil tanaman sendiri.

Oleh itu , angah nak kongsikan dengan anda semua khasiat dan kelebihan buah naga. 

 1. Menurunkan kadar gula di dalam darah dan mencegah diabetes.

Buah naga merah mengandungi gula sederhana yang sangat bagus untuk dimakan oleh pesakit diabeter. Kajian mendapat bahawa amalan memakan buah naga dapat mengawal kadar glukose di dalam darah.

2. Melancarkan sistem pencernaan dan menyihatkan jantung.

Buah naga merah mengandungi serat yang tinggi. Serat sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan yang ada masalah. Digalakkan juga untuk mereka yang sedang diet untuk memakan buah naga. Serat juga berfungsi sebagai zat yang melawan dan mencegah penyakit seperti serangan jantung, stroke dan gangguan kardiovaskular. Kandungan betakaroten dalam buah naga merah membuatkan vitamin A bekerja dan memperbaiki penglihatan.

3. Meningkatkan nafsu makan

Kandungan vitamin B1 dan B2 dalam buah naga merah boleh membantu meningkatkan nafsu makan bertambah. Ini adalah kerana di dunia perubatan kedua-dua vitamin tersebut sering digunakan untuk menambah nafsu makan khususnya untuk proses penyembuhan sakit. 

4. Meningkatkan Kekebalan Tubuh

Kekebalan tubuh kita akan menjadi lebih kuat jika vitamin C dalam tubuh telah dipenuhi. Hal ini adalah kerana buah naga merah mengandungi banyak vitamin C, oleh itu buah naga boleh dijadikan sebagai alternatif untuk pengambilan vitamin C terhadap tubuh kita. Kekebalan dan kekuatan tubuh selalunya akan terganggu ketika cuaca tidak menentu seperti musim hujan atau panas.

5. Memperkuatkan tulang dan gigi

Kandungan fosforus dan kalsium pada buah naga adalah sangat bagus untuk memperkuatkan tulang dan gigi. Sepertimana yang kita tahu bahawa tualng dan gigi sangat memerlukan kandungan fosforus dan kalsium yang mencukupi supaya tulang dan gigi kita sihat.

6. Merawat kesihatan kulit.

Manfaat dari pada buah naga yang berikut ialah berguna untuk merawat masalah kulit. Vitamin C yang terdapat di dalam buah naga merah juga digunakan untuk merawat masalah kulit. Iaitu dengan cara membuat ianya menjadi sebagai mask. Carany ialah dengan mengupas kulit buah naga dan mengambil isinya lalu blend sehingga halus. Masukkan ke gelas dan ambil airnya lalu dioleskan ke wajah anda. Mask ini boleh menjadi ubat herba untuk menghilangkan jerawat dan juga bekas jerawat. 

7. Membantu melambatkan proses penuaan diri.

Buah naga mengandungi antioksida yang tinggi sehingga mampu melambatkan proses penuaan diri. Kandungan zat yang terdapat dala buah naga akan mengeluarkan racun dengan efektif.

8. Rendah Lemak

Terdapat banyak biji-biji kecil dalam buah naga. Biji-biji tersebut merupakan lemak yang baik untuk kesihatan kerana boleh menurunkan kadar kolestrol dan menghilangkan kolestrol yg jahat. 

9. Menurunkan Kadar Kolestrol Darah

Kandungan zat dalam buah naga yang berfungsi menurunkan kadar kolestrol di dalam tubuh badan. Dengan mengamalkan memakan buah naga secara teratur makan ianya akan membantu menurunkan  kadar kolestrol dalam darah dan melancarkan peredaran darah dan jantung.

10. Mengandungi zat yang baik untuk tubuh badan

Di dalamnya terkandung berbagai zat yang baik untuk tubuh badan seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, vitamin C, fosforus dan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan. 


Kesimpulannya,

Setiap apa yang dicipta oleh Allah S.W.T mempunyai kelebihan masing-masing.Cuba anda bayangkan dengan hanya sebiji buah , mampu menyelamatkan manusia? Sebiji buah yang mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihan. 


Sekian. 

Tags

إرسال تعليق

3تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!