Arah Tuju Drama dan Filem Tempatan ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sampai bila... industri lakonan dan perfileman Malaysia masih di tahap yang sama ? Setiap hari , semua produk yang dihasilkan masih sama. Semuanya sudah basi. 
Sampai bila... drama dan filem tempatan mahu maju ke hadapan?Drama tempatan yang masih lagi genre " adaptasi novel " dan juga filem tempatan dengan genre "syok sendiri". Semuanya masih lagi sama dalam satu dekad.
Berkembang atau Tidak ?
Drama tempatan di negara kita , rasanya tidak berkembang.Sebab apa ? Sebab sekarang ni , drama tempatan semuanya diadaptasi daripada novel. Kalau sebelum ini, semuanya ialah hasil idea dan olahan para penghasil drama , tetapi sekarang semuanya ialah hasil daripada novelis , yang ada antaranya masih lagi belajar dan mempunyai impian yang sama seperti yang diceritakan di dalam novel.
"Perempuan yang datang daripada keluarga miskin , kerja di sebuah syarikat , kemudian terjatuh hati dengan seorang lelaki Tanpa disedari lelaki tersebut merupakan bos syarikat tersebut. Kemudian konflik berlaku , apabila mereka rupanya telah dikahwinkan kerana kedua ibu bapa mereka bersahabat daripada kecil. Seterusnya datang pula seorang wanita , kekasih gelap lelaki itu tadi datang. Di akhir cerita , semuanya menjadi bahagia , apabila mereka dikurniakan bayi kembar. The end." 

DRAMA KLISE ? 
Drama yang sepertinya boleh diagak. Sebab apa ? Semua jalan ceritanya seperti sama sahaja. Kalau berbeza , mungkin pada watak dan juga ada beberapa konflik lain. Secara asasnya semuanya sama. Masyarakat di hidangkan dengan drama yang sama.
Yang peliknya , drama-drama sebegitu diterima masyarakat khususnya golongan wanita , yang sanggup tunggu di hadapan kaca televisyen semata-mata mahu melihat drama kegemaran mereka. Kononnya , itulah impian setiap wanita , mahu berkahwin dengan lelaki yang berharta.
Dimana naskhah- naskhah drama yang hebat? Di mana drama yang betul - betul penuh gaya dan idea dan juga menunjukkan kisah masyarakat yang sebenar-benarnya?
Semuanya masih menjadi persoalan... tanpa sebarang jawapan.. 
 Sekian

12 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. setepek kena kat muka.... >_<
    tp tak semua orang suka memberat kan fikiran dengan drama yang terlalu komplete. air mata. oh... memang tak tgk la. tengok something yang menghiburkan shj. mood pun ok je.

    ReplyDelete
  2. setuku angah, kadang2 naik bosan gak kan :)

    ReplyDelete
  3. adaptasi novel ke layar perak, diberi nafas baru ..mana boleh lawan evergreen.. 2,3 kali tgk masih teringi nak menonton lg. Susah mau cari..

    ReplyDelete
  4. wah entry berani mati tu. haha sebab ramai gila kut skarg peminat drama adaptasi.

    betullah tu angah. klise. sbb tu skrg ainaa nk tgk drama melayu pun rasa malas. dah lama oh xtgk. last tgk pun crita apa entah. haha

    ReplyDelete
  5. Drama adaptasi novel kebanyakkannya... jalan cerita novel lagi best...
    tu penilaian bonde he he he

    ReplyDelete
  6. semua cerita yang wujud kat tv tu buat aku semakin berani nak kunyah remote dan baling tv dengan pinggan mangkuk. meluat dengan semua cerita yang di adaptasi dari novel. yang kebanyakkan nya cerita cinta. BOSAN BOSAN !! padahal wujud novel yang triller tanak pulak naikkan.

    ReplyDelete
  7. senang tugas penulis skrip sekarang... jalan cerita dah ada, tinggal olah je jadi skrip drama.. penerbit dan syarikat tv kaut keuntungan mudah, cerita mcm mana hampas pun tetap hits jugak.. tajuk drama dah la makin lama makin merepek.... arrrggghhh...!! bosan... :(

    sorry, sesi luah perasaan plak... hahahahahahaa...
    apapun akak tak layan gak citer2 klise-baca-tajuk-dah-tahu-macam-mana-jalan-cerita-dan-ending-nya.... hhuuuhhh...!

    ReplyDelete
  8. yeap sangat cliche. ada je novel yg tak cliche.novel fixi terutamanya.tapi takde pulak nak apdatasi dari fixi hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post