Jangan Terlalu Mengharap !!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Baru-baru ini angah baru belajar konsep jangan mengharap sangat pada seseorang. Sebenarnya angah bukanlah seorang yang suka meminta pertolongan. Selagi mana angah boleh buat sesuatu perkara itu , selagi itu angah akan cuba buat sedaya upaya. Bila mana dah sampai ke tahap tak reti atau perlukan bantuan , barulah angah akan meminta bantuan orang lain.
Kejadian yang baru berlaku seminggu lepas benar-benar mengajar angah konsep  JANGAN TERLALU MENGHARAP. Semuanya angah rasa atas sebab angah sendiri. Biasalah , kehidupan di tempat orang tanpa adik beradik mahupu ahli keluarga , sangat menyusahkan. Yang paling terdekat dengan diri kita  , sudah semestinya  sahabat.
Ceritanya sebegini:-
"Tempoh hari , angah telah bersama seorang rakan , beliau berjanji untuk membantu angah tentang suatu perkara pada beberapa hari lagi. Bla tiba hari yang dijanjikan , bantuan yang diharapkan rupanya tidak dapat ditunaikan. Itupun angah ketahui dalam jangka masa beberapa minit sebelum apa yang angah nak buat itu terjadi. Keajaiban berlaku apabila akhirnya di saat-saat terakhir , ada juga rakan lain yang membantu. Ketika itu, fikiran angah sudah buntu. Sebab apa? Kalau perkara ini tidak dapat dijalankan juga, habislah hidup angah." 
 Alhamdulillah , nasib baik ada juga rakan lain yang sanggup membantu. Itulah gunanya Sahabat. Sama ada rapat atau tidak , yang penting sifat bantu membantu sangat diperlukan dalam kehidupan sekarang ini.
Angah dapat rasakan juga bahawa sepatutnya kejadian seperti di dalam cerita diatas sepatutnya tidak berlaku, jika angah tidak mengharap pada orang. Kemungkinan angah mampu lakukan sendiri , tetapi apabila sudah disaat-saat akhir , angah perlukan bantuan.
Kesimpulannya,

Angah belajar dua perkara iaitu jangan terlampau berharap pada orang dan juga , sebagai seorang sahabat , bantu membantu adalah sangat penting walaupun kita rapat mahupun tidak.  

6 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post