Roti RM8.50 sebelum GST , harga terkini?



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Ini ialah kejadian sebenar yang terjadi kepada keluarga angah. Tiada kena mengena dengan keluarga lain dan juga orang lain.

Situasi : Family saya baru sahaja ke kedai runcit yang terletak berdekatan dengan rumah. Setelah ke kedai , ayah saya membeli sejenis roti yang sering dibeli. Apabila melihat harganya , sudah bertukar!! Daripada harga asal iaitu RM8.50 sudah bertukar harganya ke RM9.50.
Apa yang menjadi pelik dan menyebabkan angah pening, mengapakah harga roti tersebut naik sebanyak RM1.00 ?? Bukankah kalau sepatutnya , 6 % sahaja , bukan bermakna RM1.00 ? 
PENING KEPALA
Pening kepala bila fikirkan harga barang banyak yang meningkat. Kalau setakat beberapa sen tu masih boleh diterima lagi , tapi bila dah naik RM1.00 itu dah menjadi satu masalah. Itu baru harga roti , belum tengok harga barangan lain lagi. Angah rasa mungkin ada banyak lagi barang yang naik harga secara melampau!
 SALAH PENIAGA!!?
Salah satu sebab terawal barang menjadi mahal ialah PENIAGA. Rasanya ramai peniaga yang mengambil jalan untuk cepat dapat hasil dengan menaikkan harga barang. Bila pembeli tanya ,"Ohh barang-barang ni memang tak kena GST tapi kitaorg terpaksa naikkan juga sebab sewa kedai dah naik." Angah rasa , kalau nak naikkan harga barang , dari dulu boleh naikkan. Angah bukannya apa , cuma ada lagi kedai yang lebih murah , tapi janganlah sampai menipu pembeli sampai amcam ni. Semata-mata nakkan keuntungan lebih.

GST PADA MASA YANG TIDAK SESUAI!!?
Bagi angah sendiri , soal masa, rasanya bukanlah satu sebab. Sebab apa , lambat laun pihak pemerintah negara akan buat juga GST ini memandangkan dah hampir seluruh dunia dah melaksanakannya. Mungkin ada beberapa sebab lain kut yang membuatkan perlaksanaan GST ketika ini membuatkan ianya bagaikan bencana di negara kita.
Sekian. 

8 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Kalau GST tak kena tempat....laporkan segera.
    Welcome to EFG team!

    ReplyDelete
  2. tu lah angah.. masanya tak sesuai nk laksana GST.. akibatnya byk peniaga amik kesempatan..

    ReplyDelete
  3. sangat menyakitkan angah, sehingga mana kita harus terus dalam kebelengguan ni entahlah.

    ReplyDelete
  4. Ikutlah GST Bonde...ramai yg sokong tu GST Bonde
    nak tau sila ke http://kumahuitu.blogspot.com

    done follow sini 2501 n #exchangefeedgroup

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post