Telefon Pintar LENOVO anda Original atau Tidak ??!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


palsu , original

Untuk entri edisi kali ini , angah nak kongsi dengan pengguna telefon pintar yang sama seperti jenama yang angah gunakan iaitu LENOVO. Angah merupakan pengguna Lenovo sejak akhir tahun 2014. Angah rasa berpuas hati dengan telefon yang angah sedang gunakan. Jadi , angah nak share dengan pengguna Lenovo berkenaan cara mengetahui sama ada telefon pintar anda itu original atau tidak.
Sememangnya telefon pintar merupakan satu gadget yang sudah menjadi kemestian bagai kehidupan manusia pada zaman kini. Mempunyai telefon pintar yang berkualiti merupakan satu perkara yang diutamakan. Malangnya , dengan harga yang mahal , mampukah anda? 
Kini , pelbagai telefon pintar dengan pelbagai jenama dipamerkan dengan harga yang murah. Telefon jenama Lenovo buat masa sekarang harganya sangat murah dan boleh dimilik oleh sesiapa sahaja. Lenovo yang merupakan syarikat China menawarkan harga yang agak tinggi , tetapi apabila di Malaysia , harganya lebih murah berbanding yang di cadangkan oleh Lenovo.
Untuk pengetahuan anda , telefon Lenovo yang terdapat di pasaran mempunyai dua jenis iaitu set AP dan juga original.Perbezaan yang ketara daripada dua jenis set ini dapat dilihat daripada segi jaminan , dan juga kemaskini firmware. Antara perbezaan lain yang dapat dilihan ialah sepeti bahasa , pembungkusan ,cap SIRIM dan sebagainya.

Oleh itu , sekiranya anda ingin membeli di pasaran , anda dapat mengesan melalui harga bagi set AP lebih murah berbanding set original. Lebih baik , anda tanya pada penjual tentang keoriginalan dan pelbagai lagi untuk ketahuan keasliannya. 

Cara lain yang anda boleh lakukan ialah melalui web.


 Anda perlu buka laman web Lenovo dahulu iaitu http://mobilesupport.lenovo.com/my/ms/warrantylookup


Buka telefon pintar Lenovo anda untuk mendapatkan nombor IMEI.
Cara untuk mendapatkan nombor IMEI ialah , tekan *#06# . Nombor IMEI anda akan terpapar pada skrin paparan.Untuk sesetengah telefon , ia akan memberikan dua nombor IMEI yang berbeza. Ianya adalah untuk telefon pintar Lenovo yang boleh digunakan dengan 2 kad sim.
 Masukkan nombor IMEI tersebut ke dalam laman web tersebut.

Klik pada CHECK WARRANTY /SUBMIT. Pemberitahuan  berkenaan tarikh jaminan , status dan sebagainya akan dipaparkan selepas itu.
 Selesai. Anda boleh lihat keaslian telefon Lenovo anda dan sekiranya mempunyai masalah, anda boleh hantarkannya untuk diperbaiki di pusat perkhidmatan Lenovo yang terdapat di seluruh Malaysia.
Sumber : PC 

2 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم