Cerita #Raya Serba Tak Kena


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ini adalah sambungan kepada cerita hari raya dalam entri tempoh hari. Alhamdulillah, raya tahun ini angah rasa syukur kerana dapat berkumpul satu keluarga bersama-sama. Cuma ada sedikit rasa tak sedap ataupun dengan bahasa mudahnya tak best bila ada kejadian-kejadian yang angah harapkan menjadi, tetapi tidak menjadi.
Angah harapkan raya tahun ini meriah dengan suasana hari raya seperti sebelum ini, tetapi semuanya agak hambar memandangkan hampir keseluruhan Ramadhan angah berpuasa di Shah Alam tanpa seorang pun sanak saudara. Kalau tidak, sebelum ini , angah akan berbuka bersama dan membeli barang-barang persiapan dengan lebih awal. 
 Raya Serba Tak Kena
Salah satu perkara yang patut di beri perhatian oleh orang ramai ialah amalan memberi duit raya. Mungkin di sesetengah tempat amalan ini masih segar dan masih diamalkan, tetapi di sebahagian kawasan, ianya seperti sudah tiada. Mungkin hanya terjadi pada keluarga angah sahaja, di mana seluruh rumah di kampung tersebut yang angah dan sekeluarga bertandang, tiada satu rumah pun yang memberikan duit raya kepada adik beradik angah.
Mungkin angah dah besar, yelah umur dah 20 tahun, tapi adik angah yang baru darjah 6 tak dapat duit raya. Kesian adik angah. Seingat angah, angah masih lagi dapat duit raya sampailah angah habis SPM. Tapi mungkin ada sebab - sebab lain, contohnya masalah ekonomi? 
 Juadah
Juadah raya yang ada pada tahun ini agak tidak menarik. Tapi kalau dilihat balik,semuanya sama seperti tahun lepas. Ada suatu ketika dahulu, ayah angah dan jiran-jiran bertungkus lumus memasak lemang di hadapan kawasan rumah. Ketika itu, riuh dan meriah apabila ramai-ramai berkumpul pada malam sebelum raya. Sekarang, sudah tiada, mungkin kerana semua orang dah merancang untuk pulang awal ke kampung halaman masing-masing.

 Sekian
 

1 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم