Marvel Cinematic Universe : Iron Man 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Filem Iron Man 2 merupakan sebuah filem adiwira yang telah ditayangkan pada tahun 2010. Sebuah filem yang berdasarkan watak yang terdapat di dalam komik Marvel, dihasilkan oleh Marvel Studio dan diedarkan oleh Paramount Pictures. Filem ini merupakan filem sequel kepada filem Iron Man (2008) dan juga merupakan filem ke tiga di dalam Marvel Cinematic Universe. Filem ini telah diarahkan oleh Jon Favreau dan di tulis oleh Justin Theroux.

Sedikit tentang plot filem ini, selepas 6 bulan terjadinya kejadian di Iron Man, Tony Stark menerima panggilan daripada kerajaan Amerika Syarikat untuk menyerahkan teknologi Iron man selain itu juga beliau sedang berjuang mengenai kesihatan beliau yang semakin merosot disebabkan oleh punca tenaga yang terdapat di dadanya. Sementara itu, saintis Rusia, Ivan Vanko telah membangunkan teknologi dan senjata yang sama seperti Tony Stark dalam usaha untuk melepaskan dendam terhadap Stark family. Ivan Vanko juga turut bersekutu dengan musuh ketat Start di dalam bisnesnya iaitu Justin Hammer.


Filem ini telah ditayangkan di Amerika Syarikat pada 7 Mei 2010. Filem ini mendapat kejayaan apabila mendapat kritikan positif daripada pengkritik dan juga penonton. Selain itu, filem ini juga berjaya memungut kutipan box office apabila berjaya memungut USD623.9 juta bagi kutipan seluruh dunia. Filem ketiga bagi siri Iron Man, Iron Man 3 telah ditayangkan pada 3 Mei 2013.



Pelakon :-


  • Robert Downey Jr. - Tony Stark/Iron Man
  • Gwyneth Paltrow - Pepper Potts
  • Don Cheadle - James "Rhodey" Rhodes
  • Scarlett Johansson - Natalie Rushman/Natasha Romanoff
  • Sam Rockwell - Justin Hammer
  • Micke Rourke - Ivan Vanko
  • Samuel L. Jackson - Nick Fury
........................................................................................

Filem Iron Man 2 ni bagi aku sendiri adalah filem yang baik, tetapi lebih banyak filem yang lebih baik daripada filem ini di dalam MCU.

No comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.